Tuesday, November 11, 2008

Bi Mix Bikers


"Bikers Brotherhood" is the tag line for these unofficial moto club. Here is the blog refering to this club bimixbikers.blogspot.com
Currently there are  El presidente Mr Toni Lias (Blade 650) and members Dzul roket ( co founder), Bob HD (Co Founder), Wadi ( New member), Irwan@F4ring ( inviteee member), Mr Yob SRAD, Pok lah CBR and a few others.

Our bikes are in few models and brand .. CBR600RR, CBR600F4, GSX750 SRAD, Blade 650, Blade 250, Virago a.k.a Sportster, Aprilia 125, Ninja 250R, Cagiva Mito and coming soon Z750 and ZX6R. Other MOPED type are nouvo S, LC 135 ..

Our last TTs (Teh Tarik Session) was at Bangi Kopitiam. In general, we agree to meet and have a small ride in Saturday ( One or half day ride) because the members have others comitment too and subject to Finance Ministry approval ( he he ....bini korang laaa...).

Our next PROJECT is " Ride to Sg Kelah, Perak". Either in Mid December  or end December 08 which we expected to have at least 15 Bikes all together.

We will focus our club for small convoy and rides only. For big event we will join others club ...
Until now, we enjoying our status Quo ...
Let roll our tyre ...

Saturday, November 8, 2008

Malaysian Polini MotoGP 2008 rides



It 


It was a wonderful event and it was my first time joined such event. Me and my wife took a ride from Bangi to Dataran Merdeka, KL. We grouped with others Kawasaki's brand Superbike. There were more than 100 Bikes convoyed together to F1 circuit, Sepang.  

Part of Ninja's 250R gathered infront of Kawasaki GTR. Everybody were happy and enjoyed!!

Before we convoyed, there were a "sesi Taklimat" by police traffic ...wow ...we were escorted by them until Sepang ...best best .. 
Abang Polis yang baik hati ..dan menjalankan tugas mengawal trafik dengan cemerlang ..sekali...
true ...nikmatnya terasa bila jalan raya dikhususkan untuk convoy kali ini. Perjalanan tanpa sebarang masalah ..sejauh 60km dan mengambil masa 30 minit untuk sampai ...
Alhamdulillah ..

Port Dickson ride with Ninja250R malaysia

Konvoi ke Port Dickson (PD) telah disertai oleh kira kira 40 Biji moto yang kebanyakan nya Ninja250r. RV pertama ialah Stesen Minyak Shell selepas Tol Sg Besi (PLUS).
Kami bergerak secara berkumpulan ke PD melalui hiway PLUS dan terus ke Seremban , exit port Dickson. Second RV ialah Stesen Minyak PETRONAS selepas exit Seremban-PD. Kami berehat seketika sambil menunggu Geng Ninja Seremban, Nilai dan Sepang sampai. Perjalanan diteruskan hingga ke Teluk Kemang, PD. Lunch di taja oleh Kawasaki HQ ( Tq abang MAD).
Banyak bicara dan acara kenal mengenal sesama Ninja's berlaku ...
Selesai makan dan bergambar sakan, team Kawa HQ bersama reporter pulang ke KL, sementara kami meneruskan misi ke rumah en Kirana (Bad) untuk menghabiskan juadah rumah terbuka syawal beliau. Dari PD kami bergerak terus ke Bagan Lalang, Sepang. 
Sekali lagi kami duduk sambil makan dan bercerita tentang aktiviti lanjut ...
Dari sini kami berpecah menghala destinasi masing masing .
Saya bersama isteri berpacaran hingga ke rumah ......he he





Puan Fatimah di hadapan rumah En Kirana..
Amanat dari En Mad Kawa ...
Bersiap untuk rumah terbuka syawal ..
RV di Shell, Sg Besi
Bersama Otai Jepri Din sebelum bertolak ek PD

Thursday, October 30, 2008

Me and My new Bike


Salam to all Bloggers
Tenggelam dan timbul .. sudah beberapa kali saya cuba untuk mengupdate blog saya ..
Masa dan kesibukan adalah alasan "biasa" he he
Back to the story, I bought new "Baby Ninja 250R" in Aug 2008.
Why aaa ?
Simple, I just like riding ..and I enjoy riding this bike to my office ..TPM
But, recently my BOSS asking me to permanently shift my "Office" to HQ ..
Nevermind ... so now I'm riding this small bike to my new Office ..in KL ..
As usual, KL "mesti Jamm" so with this bike, there is no jam or late to opis ..he he

Even ..I got new friends out there ..sharing and having same machine ...
We enjoy riding and convoy togother ...
look here to
Looks above pic ..my bike is the black one ..the orange bike is ZX10R ..

Aduss ... Now my weekend almost full with activities ...
1. Go Pasar Basah
2. With famili outing
3. With Bikers "Ninja" TTs
4. With MixBikers [ opis mate ] TTs
5. Balik kampung ...
and so on ....
The life must goes on as usual ....
see you later ...



Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya


Salam Hari raya kepada semua pelayar pelayar internet
Kepada yang pulang dengan memandu, berhati hatilah ..
Moga raya ini memberikan keinsafan dan kegembiraan buat semua
Amin

Monday, August 25, 2008

Antara Permatang Pauh dan Olimpik 2008

Tajuk nya sahaja sudah tiada kaitan. Begitulah kehidupan kita.
Cuma nak beritahu, Olimpik 2008 di juarai oleh China ..satu kejutan.
Adakah Permatang Pauh juga akan berlaku kejutan ?
Saya tidak terkeut kerana media massa begitu memainkan serangan "reverse psychology" terhadap pengundi dan juga rakyat Malaysia umumnya.
Kempen kempen BN lebih kepada betapa "Kerajaan" telah dizalimi, betapa secara halusnya menyatakan PKR akan membuat onar dan kacau bilau ...
Betapa bahaya nya jika PKR menang ...
Di tambah dengan kes kes pergaduhan, ingatan silih berganti Pak Menteri yang meminta tiada rusuhan atau pergaduhan dicetuskan ...
Polis yang secara proaktif telah mengembling begitu ramai tenaga ke Permatang Pauh ....

Benar lah ... Kita patut denda Wan Azizah kerana melepaskan tanggung jawab sebagai MP terlalu awal .... banyak wang dan tenaga habis begitu sahaja ...

Apa yang diharapkan ... keputusan Permatang Pauh menjadi satu keputusan yang berbaloi ..
Kepada pengundi PErmatang Pauh, sekali lagi selamat mengundi .....

Monday, August 11, 2008

MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS



Saya ingin memberi pendapat tentang perkara ini. Laman blog chedet [ www.chedet.com] telah mengulas isu ini panjang lebar. Kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa English. Saya tidak menafikan kepentingan bahasa Ilmu ini, tetapi bila setiap polisi kerajaan ditukar adakah kita membuat kajian dan penilaian terlebih dahulu ? Kajian dan penilaian hendaklah dibuat berterusan dan disusuli dengan fakta fakta dan penemuan. Dari sini barulah kita mengorak langkah ...
Bayangkan, anak kecil yang berbahasa MELAYU , CINA atau Tamil 100% tetiba diajar dalam bahasa English !! Alangkah sukarnya mereka ... saya sendiri bertungkus lumus memastikan mereka memahami setiap "TERM" dan perkataan yang dipelajari.

Benda yang senang, menjadi susah ... apalah salahnya kalau asas SAINS dan Matematik ini diajar dalam bahasa ibunda ? Biarlah kita mengajar SAINS dan Matematik dalam bahasa asing pada peringkat yang lebih tinggi setelah anak anak kita faham dan mendapat asas yang secukupnya.

Setakat sekolah rendah, apalah sangat kecanggihan Matematik dan SAINS yang kita ajar ? Kita belum pun mengajar mereka tentang ilmu Biology, ilmu kimia, ilmu fizik atau Matematik kabur ..
Kita hanya memperkenalkan asas asas Matematik, "campur, tolak, kali dan bahagi". Kita tidak memperkatakan tentang ilmu kamiran atau ilmu kebedaan. Jauh lagi tentang Applied Math !!

Anak dibandar mungkin menguasai, tetapi fikirlah tentang mereka yang di pendalaman. ...
Fikirkanlah ...

Wednesday, July 23, 2008

Di manakah kewarasan penyelengaraan Proton Perdana sebgitu mahal ?

Biar saya berbicara, dimana kewarasan dan pertimbangan sehingga begitu mahal kos penelengaraan sebuah kereta sehingga mencecah ratusan ribu ringgit ?

Bagi yang sudah biasa menyelengara kereta, kemungkinan kereta tersebut telah pecah engin, rosak gearbox, tukar cat, tukar tayar, penghawa dingin rosak dan ECU yang malfunction.
Inilah kos yang besar.
Biasanya, ini berlaku bila batuan kereta mencecah 150,000KM ke atas.
Saya menuntut ketulusan kerajaan Ahmad Said supaya menyiasat kos sebenar. Jika didapati ada penyelewengan, biarlah undang undang yang mendakwa mereka yang terlibat.
Bagi PROTON, ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kereta NASIONAL.
Saya menyokong pembelian Mercedes baru, tetapi kegunaan mestilah untuk kegunaan RASMI.
Kereta tersebut mestilah diletakkan di Garaj Kerajaan, dan bukan di rumah pegawai tinggi yang mendapat faedahnya.
Dan lantiklah BENGKEL PANEL supaya mudah pemantauan dibuat.

Petikan Utusan Malaysia 23 Julai 2008
Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).

“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.

Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.

Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.

Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.

“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.

Tuesday, July 22, 2008

Procedure naik taraf HP Ipaq RW6828

Assalamualaikum,
Saya menulis procedure ini untuk membantu pengguna siri HP Ipaq RW68x8 yang terperangkap dalam OS WM5 yang lama lagi perlahan.
Setelah 2 minggu kajian, saya telah berjumpa dengan satu group yang telah berjaya menghasilkan software untuk upgrade Ipaq kesayangan ke OS WM6.1
Sebelum memulakan apa apa proses, pastikan kita telah faham sepenuhnya risiko yang bakal di hadapi :-
  1. PDA kong --> Buang tong sampah
  2. Update fail --> ROM korup
  3. Tak cover warranty
So sebelum mulakan pastikan PDA dah habis warranty.

Untuk merenjis semangat korang aku upload screen capture PDA aku yang telah di upgrade sebulan yang lalu ..best best, laju superb !! siap ada flying windows ...Lihatlah screen capture diatas ..saya pun tak percaya di Seremban2, Line celcom disana ada EDGE ..betul ke ? Tapi itu yang HP saya dapat ...menda ni dah dikesan sebelum saya upgrade OS lagi...
Hanya CELCOM yang boleh beritahu kenapa ada EDGE kat Seremban 2, tapi tempat lain tak de ler pulok ...
Itulah sebahagian dari screen capture yang ada dalam HP Ipaq RW6828 saya. Saya juga telah install program Pocket Islam ..memang best ..sangat membantu saya dalam soal solat 5 waktu ..


Ok berbalik kepada Procedure installation.
Ini checklist yang perlu:-
  • HP IPAQ RW6828 / RW6818 [ Jika tiada, abaikan procedure yang seterusnya]
  • Mini SD card [ Saya hanya menunjukan cara cra upgrade dengan mengunakan SD card ..]
  • diskimage dari NHOCBANME [ ini fail dia diskimg.nb0 ..size MESTI 64,000 KB]
  • Flash card Reader [ untuk copy diskimage yang telah dimuat turun ke mini SD anda ]
  • Computer Berinternet [ untuk download dan backup HP anda..]
  • Charge HP IPAQ anda ..100% [ Kalau bateri abis semasa upgrade ..sendiri tanggung ..]
Untuk download file boleh "google : diskimg NHOCBANME", ambil yang paling latest ..Feb 2008
-->> http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=389743
Cara untuk upgrade :
  1. Keluarkan Card CELCOM / DIGI / MAxis dari HP sehingga selesai [ yang ini perlu offkan dulu HP, keluarkan bateri dan cabut SIM card anda ]
  2. Keluarkan Mini SD dari HP anda
  3. Backup kesemua content Mini SD anda ke Komputer [ guna flash card reader ]
  4. Backup dan sync contact phone anda ke komputer anda [ Guna usb sync cable ]
  5. Pastikan 3 langkah diatas telah anda lakukan dengan jayanya kerana bila OS upgrade sama seperti kita mmbuat "hard reset"
  6. Padamkan semua content dan directory dalam MiniSD card anda [ dalam kata mudah ..format SD card ...]
  7. Copy / Salin file yang anda download "diskimg.nbo" ke Mini SD card
  8. Pastikan :-
    • Saiz file tersebut 64,000 KB genap
    • namanya : diskimage.nb0
    • fail berada pada root folder [ bukan dalam direktori ....kalau ada alihkan pada root]
    • Tiada file lain
  9. Bina satu folder baru dalam Mini SD card anda , folder bernama CABS
  10. Masukkan mini SD card anda kedalam IPAQ
  11. Keluarkan Stylus Pen
  12. Tekan Butang Kiri dan Kanan IPAQ anda serentak

  13. Cucuk stylus pen anda pada lubang reset [ Sekejap jer ..]
  14. Pastikan anda masih menekan butang kiri dan kanan sehingga keluar LOGO HP, kemudian lepaskan butang tersebut
  15. Biarkan proses menggantikan ROM berjalan kira kira 30 minit
  16. Apabila selesai, HP anda akan automatik restart
  17. Anda akan di Prompt dengan screen tertulis perkataan NHOCBANME
  18. off semula HP, dan masukkan kad SIM anda
  19. On dan selamat menggunakan HP IPAQ be OS WM6.1
Sebarang kemusykilan sila tanya disini sahaja.
Ingat, proses ini adalah dibawah risiko anda sendiri.
Thanks

Wednesday, July 9, 2008

Kempen 3: Belilah di kedai yang menjual pada harga murah

Saya menyeru kita semua membeli di kedai yang menjual harga yang murah.
Murah bukan bererti kita membeli beras hancur, ikan yang pecah perut atau bawang yang sudah busuk.
Murah jika dibandingkan dengan kualiti dan tawaran tawaran kedai lain. Janganlah kita abaikan soal keselamatan makanan. Ini penting, minda yang cerdas dari makanan yang bermutu !!

Di Bangi, saya mendapati Kedai Petronas menjual BERAS FAIZA tempatan pada harga RM28.00. Manakala di Fasa 1, BBB ada sebuah kedai yang menjual beras pada Harga Rm26.50. Ini sudah cukup murah jika dibandingkan dengan beberapa pasaraya "gergasi" lain yang menawarkan beras pada kualiti yang sama tapi pada harga yang jauh lebih tinggi sekitar RM40 ...mahal tuu.

Di pasar malam, terdapat peniaga yang menjual sayuran daun pada harga 50sen seikat ...okey lah ..
Cuma harga ikan basah tidak banyak beza antara peniaga pasar malam dan pasar raya!!
Jika tuan puan melayari internet, kita boleh mendapatkan banyak barangan pada harga yang murah ..kenapa tidak kita membeli nya ? Penjimatan penting untuk kita semua menghadapi kesan inflasi yang akan menunjukan taringnya sebulan dua lagi ...

Pesan saya, bersedialah ...

Friday, July 4, 2008

Kempen 2: Kesan kesan ke atas kita

Petikan penuh boleh di baca dari laman web Dr Mahathir http://www.chedet.com
Saya bukanlah pecinta Dr M, tetapi beberapa kenyataan menarik yang saya hendak kongsi supaya kita tidak leka. Kepayahan hidup hari ini bukanlah semata mata atas faktor tempatan, ia juga dipengaruhi faktor luaran. Kita terkena terus dengan faktor luaran tanpa ada apa apa penampan dari pihak kerajaan.
Kenapa saya berkat begitu ? Lihat lah harga Beras yang telah kerajaan canangkan ..Dunia kekurangan makanan ..harga beras dunia meningkat ..dan lain lain lagi ..
Akibatnya, harga beras di pasaran tempatan pun naik hingga 100% , sungguh kejam permainan perniagaan hari ini.
Saya tidak pasti, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi 2-3 tahun lagi ?
Sudahkah anda bersedia ?

Berikut petikan lama web Dr M. Baca dan hayatilah minda beliau
31. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.

32. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.

33. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.

Thursday, July 3, 2008

Kempen 1 : Turun harga barang keperluan

Jom Pakat Turunkan Harga Barang
Hari ini, marilah kita sama sama berjuang unutk menurunkan harga barang barang yang nampaknya naik menggila.
Tiada tindakan ataupun pelan yang benar benar berkesan.
Kesan kesan ini sangat buruk pada ekonomi kita untuk tempoh sekurang kurangnya 2-3 tahun.
Senarai Harga hari ini:-
  • Minyak Petrol : RM2.70/l
  • Beras : RM40/10kg untuk beras istimewa tempatan 5%
  • Tepung gandum : RM2.50/kg
  • Ayam bersih : RM7/kg
Kalau tuan tuan ada senarai harga barangan sila beri pada saya. Biar saya simpan buat graf unjuran sehingga 1 tahun.
Jom sama sama kita sumbangkan idea bagaimana kita harus bermula.
Isu beras : Kenaikan harga sehingga 100% dalam pasaran tidak dapat diterima. Malaysia sendiri menghasilkan 70% keluaran padi tempatan, makna nya hanya import 30%.
Takkan yang import dapat menentukan harga beras tempatan ??
Ada yang mengambil untung atas kesusahan kita ......
Harga sebelum: RM 2 /kg
Harga Selepas: Rm 4/kg
Jika tuan tuan menyimpan 10 tan metrik beras dalam stor pada harga lama, secara automatiknya tuan tuan akan mendapat untung sebanyak
== [ Harga Selepas - Harga Sebelum ] x [10 tan x 1000 kg/tan]
== RM2/kg x 10,000 kg
== RM20,000
secara sekelip mata pengedar beras dapat untung sebanyak RM20,000 .
Itu baru 10 tan, kalau ada beratus ratus tan macam mana ?Lu pikir ler sendiri

Berita pelik : Kes Liwat DSAI dan Saiful, Akuan bersumpah Raja Petra, Kes Altantuya, Kes Hakim Ian Chin dan pelbagai lagi kes sampingan

Jangan kita lari dari isu asal kita sebagai rakyat. Biar kan Berita pelik itu di selesaikan oleh mereka sendiri. Benar tetap benar. Hanya masa yang menentukan [ Seperti Hang Jebat ... ]

Friday, June 27, 2008

Jalan Jalan Makan Mee Udang

Lokasi: Aziz Mee udang Pak Ngah Sg Dua, Penang
Cara nak sampai: Kalau dari Selatan terus ke Tol Sg Dua. Sebelum tol ade exit ke Sg Dua. Ambik simpang ke kanan. Jalan terus dalam 500 meter anda akan jumpa warong ini di sebelah kiri. Di hadapan warung ini stesen minyak Mobil [ Kalau tak silap saya ..]


Saya park kereta kat tepi Bendang ..

Sungguh cantik bendang padi yang menghijau di Sg Dua

Yang saya order : Mee udang biasa . Harga RM6.00
ada 5 ekor udang, 2 size s, 1 size M dan 2 size L
Kalau nak udang galah pun boleh, harga timbang RM7.00 per 100g

Sedap ... nyum nyum try laa

Puas ... lihat lah pelanggan yang tidak putus putus hadir ke gerai ini ..
Jika ke Utara, jangan lupa singgah sebentar di sini untuk menikmati
MEE UDANG Pak Ngah, Sg DUA

Thursday, June 19, 2008

Jenaka: Kesan kenaikan Minyak

Refund ? I renew my Roadtax yesterday and I will claim it on July. The cash actually can hold until end of August only ..I spent on fuel almost RM600 per month[old price RM1.92 per litre]!!



Now, I need to change my life style. Sold my BIG car and use small car. Buy Viva and its enough for me, my wife , 2 daughters and maid. Cramp ? The car small ? aahh ... those the only car fitted into my budget now. I follow PM ..Change my life style ....err when PM will change his life style ?

And I need to find more money, thats mean I need extra work !!

It a modern life style. Do you care to use public transport ? How good it is ?
Try laa ..
From Seremban to KL [ Jalan Sultan Ismail, work place]
1. I need to wait Bus from house to Terminal 1 Seremban [ 30 minute - 1 hour ]
2. Que to get SKS [ 15 minit to 1 hour]
3. Arrived KL [ 1 hour, stop near Pasar Seni,]
4. Take Putra LRT [ que and wait 10 minute - 30 minute]
5. Drop at Dang Wangi station [ 5 minute]
6. Walk to office [30 minute]

Total minimum minute: 150 minute [ on the very lucky day !! no jamm, no que and no people rushing to use public transport!!]
or anonther alternative take Komuter Seremban to Bandar Tasik Selatan, exchange komuter to STAR LRT and drop at Hang Tuah and exchange with Monorel and Drop at Sultan Ismail station.
How long ? Lu kira ler sindiri ....

Tuesday, June 17, 2008

La Hot Spring [ Kolam Air Panas La, Jerteh]

Taman Rekreasi Air Panas La [ La Hot Spring ], terletak di daerah Jerteh, Terengganu. Terletak di Kampung LA [ Sebab tu namanya pun La Hot Spring ..La bukan Los Angeles ke ?]. Untuk sampai ke situ perlu menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta. Jika dari Kuala Terengganu, sila menghala ke Pekan Jerteh. Lepas itu ikut sign board [ macam dalam iklan kat TV, miss you go down and follow the sign board"]. Jarak Kampung La dengan Pekan Jerteh lebih kurang 30Km. Lepas tu teruskan ikut signboard ke La Hot Spring , lebih kurang 10Km dari Kampung La. Jangan terperanjat, anda akan menuju ke kaki Gunung Tebu dan melalui kebun kelapa sawit kepunyaan Peneroka Felda Tenang, Jerteh. Walaupun agak jauh, tetapi trip kali ini amat mengembirakan kerana pemandangan flora dan fauna yang cantik!!


Setiba di La Hot Spring, anda kena bayar Tol [ parking ] RM2 kalau tak silap. Di sini disediakan chalet untuk anda bermalam pada kadar Rm 60 [ lebih kurang ..kena tanya sendiri ler ..]. Kalau ikut signboard atas, dari sini anda boleh jungle trekking ke Gunung Tebu dan kawasan sekelilingnya ...ada banyak tempat saya dah tak ingat ...

Gazebo [ Wakaf ] untuk seisi keluarga bersantai meletakkan barang barang perkelahan.

Surau untuk bersembahyang
Gerai Makanan juga ada ..jika anda tidak membawa bekalan, boleh menjamu selera di gerai milik Warga tempatan disitu



Yang ini punca mata air, panas sungguh !! Mengikut kenyataan disitu air ini boleh menjadi sepanas 100 Celcius pada waktu waktu tertentu !!

Punca air ini mengalir dari celah celah batu, saya memang tertarik sangat.
Air yang mengalir sangat banyak !!

Di Kolam ini, ramai yang mengambil kesempatan mandi manda dan merendam kaki. Bau sulfur sangat kuat ... saya rasa kepanasan air tersebut mencecah 50 - 60 celcius. Saya mengambil kesempatan merendam kaki sahaja sebab saya tidak membawa baju mandi bersama. Ini lah padahnya jika kita tidak plan awal untuk ke sana ...walaupun begitu ..anak anak gembira kerana dapat mandi air sungai yang separuh sejuk dan separuh panas ...hmm best best ..lain kali saya datang lagi ..

Wednesday, June 11, 2008

JPN dan Sijil Mati

Kerenah sijil mati

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Seorang bapa terkilan kerana bukan saja terpaksa membayar denda RM10 kerana lewat mendaftar kematian anaknya, malah sijil kematian yang dinantikan itu gagal diperoleh berikutan kerenah birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mohd Supan Abdullah, 63, mendakwa masalah itu timbul apabila dia lewat mendaftar kematian anaknya, Nazarudeen, 32, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 32, Jalan Muar-Segamat pada 28 Mei lalu.

Katanya, kelewatan membuat pendaftaran kematian itu tidak disengajakan berikutan keluarganya dalam keadaan kelam-kabut untuk menguruskan jenazah ke Subang, Selangor dan mendapatkan rawatan menantu dan cucunya yang cedera parah.

“Menantu dan cucu saya yang berusia empat tahun parah akibat kemalangan jalan raya itu. Oleh itu kami dalam keadaan kelam-kabut untuk menguruskan jenazah anak saya dan dalam masa yang sama menghantar menantu dan cucu untuk rawatan.

“Saya hanya membuat pendaftaran kematian di pejabat JPN Johor pada 2 Jun lalu. Ketika urusan dijalankan saya diberitahu kakitangan JPN bahawa kes ini kini dirujuk sebagai kelewatan mendaftar kematian dan dikenakan denda RM10,” katanya, semalam.

Namun apa yang membuatkan Mohd Supan terkilan ialah sijil kematian itu hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh sebulan atau selepas mendapat kelulusan Pengarah JPN negeri.

“Masalahnya, saya memerlukan sijil kematian anak saya itu dengan segera untuk urusan tuntutan insurans dan hal berkaitan keluarga yang lain kerana saya terpaksa pulang bertugas di Pattaya, Thailand dengan segera,” katanya.

Namun, sijil kematian itu dikatakan hanya boleh dikeluarkan dengan cepat sekiranya mendapat tanda tangan daripada pengarah.

“Beberapa kali saya membuat susulan berhubung perkara ini dan yang terbaru semalam, tetapi sijil itu belum ditandatangani kerana pengarah tiada di pejabat kerana menghadiri urusan di Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN Johor ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima rayuan daripada Mohd Supan supaya menyegerakan pengeluaran sijil kematian anaknya.

“Perkara itu sudah diambil tindakan dan kini hanya menunggu tanda tangan pengarah JPN negeri, malangnya beliau kini mempunyai urusan di Putrajaya dan hanya akan kembali ke Johor Bahru minggu depan,” katanya

**********************************************************
Apa kata JPN ? Saya harap kelewatan sengaja atau tidak sengaja tidak lah sampai begitu hukumanya. Karenah Birokrasi harus di buang. Mungkin takrif "Lewat" harus dikaji.
Kenapa harus menghukum waris simati akibat lewat daftar ?
Kenapa sehingga begitu susah sekali procedure jika lewat daftar ?
Tidak cukupkah report polis yang dilakukan oleh waris ?
Atau, JPN sengaja menutup mata membiarkan procedure "lewat" untuk menghukum ?
Saya serahkan pada anda dan mereka yang terlibat dalam polisi tersebut untuk memikirkannya.
Harapan saya, buat lah yang terbaik untuk rakyat ...

Sunday, June 8, 2008

Euro 2008 vs Sukma 2008

Sukma 2008 edisi ke XII telah hampir melabuhkan tirainya. Malam ini diadakan majlis penutup.
Saya kira Tuan Rumah Terengganu masih mendahului Pungutan Emas setakat ini, 55 Emas dan diekori rapat oleh juarabertahan 2006 Selangor 50 Emas. Apa apa pun, tahniah Terengganu kerana penganjuran yang hebat serta tuan rumah menunjukkan aksi yang superb!! Lihat lanjut disini http://www.sukma-2008.com.my/result.aspx

Malam tadi pula bermulanya demam Euro2008, pertandingan prestig bola peringkat Eropah. Dua perlawanan, Swiss lawan Rep. Chech [ 0-2] dan Portugal Lawan Turkey [ 2 - 0]. Bila menyaksikan pertandingan ini kita secara tak langsung akan mengaitkan dengan mutu permainan pasukan Kebangsaan kita. Bilakah agaknya permainan bolasepak kita kembali menyaingi Eropah ? Jika diteliti ulasan Arsene Wenger tentang Cesc Febregas, " Walaupun cesc berbadan kecil tetapi kerana ketajaman pemikiran beliau dapat mengatasi lawan yang lebih besar dan sasa". Saya rasa, pemain kita juga tidak kurang pandainya, perlu diasah minda lagi ketika bermain supaya lebih pantas berfikir sambil bergerak. Kelajuan sudah menjadi asas dalam bola sepak moden, tetapi tidak mustahil permainan kita boleh menyaingi kepantasan mereka dengan gerakan bijak dan tersusun!!

Anda peminat setia bola, pasukan manakah yang anda sokong ? Yang manakah akan menjadi juara euro2008 ?

Bagi saya, France itu pun jika lepas pusingan 1 [kumpulan maut ni] !!

Friday, June 6, 2008

Emas Hitam ... kenaikan yang munasabah

Tajuk Utama Akhbar Utusan hari ini
  1. Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan

  2. Pengusaha Lori mula naikkan Sewa
  3. Kos Petronas meningkat lebih 200%, ramai tidak peduli - Hassan
  4. Inflasi cecah 5% bulan ini
  5. Rebat tunai di 686 Pejabat Pos
  6. Kadar baru cukai jalan diumum Ogos
Hmm baru 2 hari pengumuman harga baru PETROL RM2.70 pelbagai respons dah keluar. Nampaknya strategi mengekang inflasi tidak diaturkan dengan betul.
  1. Pengumuman kenaikan Harga PETROL terlalu mendadak !!
  2. Kadar Baru cukai jalan [ baru nak diumumkan ogos nanti] selepas 2 bulan minyak naik
  3. Jangkaan inflasi 5% , naik dari 2% sekarang ini.
Rebat tunai masih belum jelas procedurenya ...
Tup tup PETRONAS umum kos pengurusan [ Overhead cost] naik 200%. Tapi untung tetap berbillion billion. F1 tetap di taja.
Alahai ..kasilah kami 1 Billion tu ..cash atau kerajaan larang penjualan petrol kepada luar. Petrol yang digali di Malaysia untuk Malaysia ..mesti cukup untuk 30 tahun !!

Secara rasminya, apakah langka anda untuk tidak terjebak dalam kemelut ini ?
  1. Makan Ubi ?
  2. Kayuh basikal ?
  3. Tidak melancong ?
  4. Simpan duit bawah bantal ?
  5. Jual kereta ? Naik BAS ?
Ke manakah pergi nya subsidi 4 Billion [ masa Kerajaan umumkan kenaikan 30sen dulu].
Kemudahan awam di sekitar KL memang teruk !! Di luar KL lagi lagi teruk!!
Jika Rakyat kena ikat perut, kena berjimat ..saya juga menyeru Kerajaan Malaysia untuk bersama sama berhemah.
  1. Potong gaji YB 40%
  2. Potong Gaji Menteri 40%
  3. Potong Elaun elaun YB dan Menteri 40%
  4. Potong Budget Kerajaan 40%
  5. Kurangkan lawatan kerja ke Luar negara 40%
Umumnya kurangkan segala nya 40% ..lihat ..berani atau tidak ?
Sebab kami kena tanggung kenaikan 40%!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 5, 2008

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan
mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan
penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh
kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami
ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah
gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan
akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda
yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi
Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon
kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu
sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala yang mengasihani" .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang
lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa
Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan
doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

ps: petikan dari email , jadi kalau saudara semua kena demam atau penyakit kronik, kita harus bersedia menerimanya dengan redha. Kunci ketabahan orang yang dalam kesakitan adalah Redha ..selepas kita redha kita akan lebih mudah menghadapi segala kemungkinan.
Tuhan sayang kan hambanya, maka dengan itu ia diuji dengan pelbagai cubaan.

Tuesday, June 3, 2008

Back to the NET after 2 weeks off line

Hi ..
Lame gak offline ni ..tapi bagus juga sekali sekala korang offline lame lame ..
Baru rasa hidup dalam reality .... Banyak perkara yang dilakukan dan yang dah berlaku ...
Tak pe ..korang terus kan kehidupan korang sementara aku cuba untuk mengarang sikit sebanyak pengalaman offline dari dunia cyber [ Termasuk Handphone] selama ini.
Dulu rasa macam tak leh hidup ..rupa rupa nya boooleh!!

Banyak kerja yang terbengkalai ni, Kedai online aku tak siap lagi ni ..kain batik sutera corak baru banyak masuk ni ...
Stok lame sutera dah habis ... ... dan kehidupan aku harus diteruskan ...

Aku sempat jugak singgah untuk bersama sama rakyat Terengganu masa perasmian SUKMA tempoh hari .. ye lahh tengok stadium baru yang canggih gituuuu

Thursday, May 22, 2008

Ekoran Mahathir Keluar – Pemimpin UMNO Berkecamuk

Ditulis oleh MatStringer
Wednesday, 21 May 2008
Masing-masing terus memberi pendapat apabila diserang wartawan, akibatnya pemimpin UMNO berkecamuk sesama sendiri. Shafie Apdal berkata, perumpamaan "duri dalam daging" yang ditujukan oleh Musa Hitam kepada Dr. Mahathir adalah tidak wajar.
Katanya walaupun bertentangan pendapat, Musa Hitam tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian terhadap Dr Mahathir yang banyak memberi sumbangan kepada perjuangan parti dan pembangunan negara dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Sementara itu, Rafidah Aziz berkata tindakan Dr. Mahathir seolah-olah "membakar kelambu kerana marahkan nyamuk".
Rafidah juga seolah-olah menganggap Mahathir menjadikan UMNO sebagai 'tebusan' untuk mencapai cita-cita atau hasrat bagi kepentingan diri sendiri.
Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhamad Taib pula kelam kabut dan berkata, beliau akan turun padang memberi penerangan kepada anggota UMNO di semua peringkat mengenai tindakan Dr Mahathir.
Mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mendesak agar Abdullah melepaskan jawatan, Muhammad berkata, ia bukan budaya UMNO dan terserah kepada anggota parti untuk membuat keputusan pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Annuar Musa pula percaya tindakan Dr Mahathir keluar UMNO, mempunyai agenda tersendiri dan disertai dendam peribadi.

Katanya, tindakan Dr Mahathir itu lebih kepada sindrom kecewa berikutan tindakan Abdullah Ahmad Badawi mengubah dasar yang pernah dilaksanakannya sebelum ini dan bukan semata-mata kerana bangsa dan negara.
Kelmarin beberapa pemimpin UMNO telah pun 'merapu' macam-macam pasal hal Dr. Mahathir keluar UMNO.

Musa Hitam mengata tindakan Mahathir sebagai 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Mungkin dia tak boleh lupa peristiwa Dr. Mahathir memecatnya.
Musa juga berkata dalam jangka pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan

Ali Rustam mungkin lebih sayang kepada Mahathir, kerana dia dapat naik masa zaman Mahathir. Jadi dia minta Mahathir tarik balik keputusan

Ku Li pula dipercayai 'percaya' kata-kata bomohnya, yang dia akan jadi Perdana Menteri juga suatu hari nanti. Sebab itu dia tidak akan ikut jejak Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno, sebaliknya akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember ini

Azalina memang 'style' dia, tak boleh nak cakap lembut-lembut, walaupun nampaknya sekarang dia dah berhias 'sakan' baru bertukar jadi 'wanita'.

Azalina kata tindakan itu tidak menyelesaikan masalah , sebaliknya hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang.
Noraini Ahmad Si Ketua Puteri memang lah. Sebagai budak-budak baru dalam UMNO, mesti ungkit mengungkit. Dia kata tindakan Mahathir bertentangan dengan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada pemimpin muda sebelum ini
Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan Dr Mahathir untuk keluar Umno akan memburukkan lagi keadaan ketika parti sedang melalui suasana sukar.

Yang 'cool' sikit Mad Said kut? Dia boleh jadi gitu mungkin sebab telah melalui krisis pelantikan MB Terengganu baru ni.

Wednesday, May 21, 2008

Kematian yang pasti, selamat tinggal dunia yang fana


Petang semalam, setelah pulang dari kerja kira kira jam 7.40 aku mendapat panggilan talipon yang menyatakan abg iparku sudah tiada.
Nama: Che Mazelan Bin Sulong
Umor: 54 tahun
Sebab kematian: Kanser
Tempat meninggal: Rumah Hiliran

Ya Allah, termakbul juga hajat arwah yang mahu menghembus nafas terakhir dirumah Hiliran.
Buat anak anak beliau, tabahlah menghadapi dugaan. Jagalah ibu.

Aku pulak ? terlantar di rumah kerana diserang demam panas/sejuk secara tiba tiba. Sudah merancang untuk pulang melawat jenazah arwah, tapi apakan daya Tuhan tidak mengizinkan.
Terima kasih kepada kawan ku, yang sudi mengambil sedikit foto buat kenang kenangan.
Akhir kata, marilah kita sama sama mensedekahkan Al-fatihah untuk Arwah Abang Lan.Tinggal kenangan. Putrajaya 2 Jan 2006

Tuesday, May 20, 2008

Trip Mencandat Sotong: Project De'Sotong

Project De'sotong telah diilhamkan oleh Saudara Md Ranzi. Maka saya sebagai tuan rumah [Gganu] telah diberi task untuk mendapatkan Bot Candat Sotong[ Naik di Jeti Marang, Terima Kasih Buat Pak Mat & Tekong Pok De Awi].
Di samping itu, saya juga menyediakan tempat bermalam, makan dan minum untuk ahli rombongan di rumah saya yang baru sahaja siap di ubahsuai.

Trip kali ini sangat berjaya kerana lebih daripada 20 ekor sotong Saiz XXL berjaya di tangkap. Manakala saudara Baharum berjaya menangkap sotong saiz M [ sotong yang bermain diatas air] yang saya kira lebih dari 20 ekor. Tahniah sebab hanya 3-4 orang sahaja yang biasa ke laut ..yang lain baru 1st time!!

Aktiviti sampingan lain termasuk membeli ole ole di Pasar Payang, berjalan di sekitar Losong termasuk Jeti Pulau Kambing dan melawat serta bersembahyang di Masjid Kristal.

Saya sebagai tuan rumah juga amat terharu diatas kerjasama mereka untuk mensedekah bacaan Yasin untuk abang Ipar saya yang sakit kuat [ Che Mazlan bin Sulong]. Jasa kalian hanya Allah yang balas.

Sebagai tuan rumah juga saya tidak ketinggalan mempromosi 3 jenis masakan Gganu :-

  1. Nasi Dagang [ Kedai Ladang]
  2. Ikan masak Singgang [ Ikan Aye] -> tapi depa kata itu ikan TUNA ha ha
  3. Gulai Ayam Gganu
Tanpa segan silu, ahli Trip menjamah dengan selera sekali, alhamdulillah [ Lapar kot ?? ]

Untuk melihat gambar gambar disekitar Trip, boleh lah klik pada gambar dibawah atau melayari fotopages milik fotographer kita, Mr Pojie.Penuh semangat.. - Fotopages.com

Sekali lagi tahniah untuk Trip Rombongan: Ranzi, Harith, Waklan, Wak Aris, Pojie, Baharum, Azwar, Suhaimi dan Ayie


Jangan serik untuk pergi mencadat lagi, Marilah kite ke Teganu!!! Banyok weh ikang dan sotong segar ....