Ditulis oleh MatStringer | |
Wednesday, 21 May 2008 | |
Masing-masing terus memberi pendapat apabila diserang wartawan, akibatnya pemimpin UMNO berkecamuk sesama sendiri. Shafie Apdal berkata, perumpamaan "duri dalam daging" yang ditujukan oleh Musa Hitam kepada Dr. Mahathir adalah tidak wajar. Annuar Musa pula percaya tindakan Dr Mahathir keluar UMNO, mempunyai agenda tersendiri dan disertai dendam peribadi. Katanya, tindakan Dr Mahathir itu lebih kepada sindrom kecewa berikutan tindakan Abdullah Ahmad Badawi mengubah dasar yang pernah dilaksanakannya sebelum ini dan bukan semata-mata kerana bangsa dan negara. Musa Hitam mengata tindakan Mahathir sebagai 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Mungkin dia tak boleh lupa peristiwa Dr. Mahathir memecatnya. Ali Rustam mungkin lebih sayang kepada Mahathir, kerana dia dapat naik masa zaman Mahathir. Jadi dia minta Mahathir tarik balik keputusan Ku Li pula dipercayai 'percaya' kata-kata bomohnya, yang dia akan jadi Perdana Menteri juga suatu hari nanti. Sebab itu dia tidak akan ikut jejak Mahathir Mohamad. Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno, sebaliknya akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember ini Azalina memang 'style' dia, tak boleh nak cakap lembut-lembut, walaupun nampaknya sekarang dia dah berhias 'sakan' baru bertukar jadi 'wanita'. Azalina kata tindakan itu tidak menyelesaikan masalah , sebaliknya hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang. Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan Dr Mahathir untuk keluar Umno akan memburukkan lagi keadaan ketika parti sedang melalui suasana sukar. Yang 'cool' sikit Mad Said kut? Dia boleh jadi gitu mungkin sebab telah melalui krisis pelantikan MB Terengganu baru ni. |
----- Kg Hiliran Jejawi, Kuala Terengganu. Rumah tradisi Terengganu. -----
Thursday, May 22, 2008
Ekoran Mahathir Keluar – Pemimpin UMNO Berkecamuk
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment