Tolak permohonan halang bina tembok penghadang
KUALA LUMPUR: Harapan kira-kira 30,000 penduduk untuk mengekalkan menggunakan laluan ke Bandar Mahkota Cheras, Kajang, 'musnah' selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi mereka bagi menghalang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd, membina semula tembok penghadang di persimpangan ke kawasan berkenaan.
Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee membuat keputusan itu dalam kamarnya, menolak permohonan injunksi Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras, Tan Boon Wah, yang difailkan pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Muhamad Ideres tidak mengarahkan sebarang perintah kos berhubung kerosakan penghalang jalan itu.
Tan diwakili peguam Yap Boon Hau dan Teo Nie Chiang yang juga Ahli Parlimen Serdang, manakala peguam Logan Sabapaphy mewakili Grand Saga.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Penduduk Taman Desa Permai, Taman Bukit Permai dan Taman Makmur di Bandar Sungai Long, Kajang, terpaksa melakukan sendiri operasi mengalihkan batu di Jalan Bukit Permai 1 dan Jalan Shahbandar 24/6, Bandar Mahkota Cheras sebagai langkah terakhir supaya persimpangan terbabit boleh dilalui penduduk sekitarnya. sumber www.hmetro.com.my
++++++++++++++++++++++++
Fakta:-
++++++++++++++++++++++++
Fakta:-
- Grand Saga Sdn Bhd was incorporated 26 July, 1991
- The company was entrusted by the Government to undertake the design, construction, maintenance and operation of the privatized section of the Federal Route 1; namely, the Cheras – Kajang Highway
- The Concession Agreement signed on 19 September 1995 granted Grand Saga a concession period of 30 years on a build, operate and transfer (BOT) basis
- The company started collecting toll with effect from 15th January 1999 at the two toll plazas along the highway; one at Batu 9, Hulu Langat and the other at Batu 11, Cheras.
- Grand Saga is a consortium of three companies, namely, Peak Synergy Sdn Bhd, Europlex Consortium Sdn Bhd and Cerah Sama Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment