
Di samping itu, saya juga menyediakan tempat bermalam, makan dan minum untuk ahli rombongan di rumah saya yang baru sahaja siap di ubahsuai.
Trip kali ini sangat berjaya kerana lebih daripada 20 ekor sotong Saiz XXL berjaya di tangkap. Manakala saudara Baharum berjaya menangkap sotong saiz M [ sotong yang bermain diatas air] yang saya kira lebih dari 20 ekor. Tahniah sebab hanya 3-4 orang sahaja yang biasa ke laut ..yang lain baru 1st time!!

Saya sebagai tuan rumah juga amat terharu diatas kerjasama mereka untuk mensedekah bacaan Yasin untuk abang Ipar saya yang sakit kuat [ Che Mazlan bin Sulong]. Jasa kalian hanya Allah yang balas.
Sebagai tuan rumah juga saya tidak ketinggalan mempromosi 3 jenis masakan Gganu :-
- Nasi Dagang [ Kedai Ladang]
- Ikan masak Singgang [ Ikan Aye] -> tapi depa kata itu ikan TUNA ha ha
- Gulai Ayam Gganu
Tanpa segan silu, ahli Trip menjamah dengan selera sekali, alhamdulillah [ Lapar kot ?? ]
Untuk melihat gambar gambar disekitar Trip, boleh lah klik pada gambar dibawah atau melayari fotopages milik fotographer kita, Mr Pojie.

Jangan serik untuk pergi mencadat lagi, Marilah kite ke Teganu!!! Banyok weh ikang dan sotong segar ....
1 comment:
Tahniah kau orang berjaya mencandat sotong di laut & di pulau kambing. termasuk dpt undang ketak. bravo
Post a Comment