Friday, July 4, 2008

Kempen 2: Kesan kesan ke atas kita

Petikan penuh boleh di baca dari laman web Dr Mahathir http://www.chedet.com
Saya bukanlah pecinta Dr M, tetapi beberapa kenyataan menarik yang saya hendak kongsi supaya kita tidak leka. Kepayahan hidup hari ini bukanlah semata mata atas faktor tempatan, ia juga dipengaruhi faktor luaran. Kita terkena terus dengan faktor luaran tanpa ada apa apa penampan dari pihak kerajaan.
Kenapa saya berkat begitu ? Lihat lah harga Beras yang telah kerajaan canangkan ..Dunia kekurangan makanan ..harga beras dunia meningkat ..dan lain lain lagi ..
Akibatnya, harga beras di pasaran tempatan pun naik hingga 100% , sungguh kejam permainan perniagaan hari ini.
Saya tidak pasti, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi 2-3 tahun lagi ?
Sudahkah anda bersedia ?

Berikut petikan lama web Dr M. Baca dan hayatilah minda beliau
31. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.

32. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.

33. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.

No comments: