----- Kg Hiliran Jejawi, Kuala Terengganu. Rumah tradisi Terengganu. -----
Sunday, June 15, 2014
%%%%%% Project G'Ganu %%%%%%: DAY 1 (24 NOV 2013 – SUN): SYDNEY... MUNG TUNGGU A...
%%%%%% Project G'Ganu %%%%%%: DAY 1 (24 NOV 2013 – SUN): SYDNEY... MUNG TUNGGU A...: LCCT Flight kami 11.40 malam (23 Nov 2013). Masa tu take off dari LCCT lagi. Ingatkan bila dah sampai di LCCT dalam 8.30pm tu banyak ...
DAY 7 (30 NOV 2013 – SAT): SYDNEY... NOK BALIK DOHH..! (Finale)
Kami tiba di airport sekitar 9.00 pagi. Masih ada 3 jam sebelum departure. Mr Hubby meneruskan perjalanan untuk memulangkan kereta dan kembali semula ke airport dengan shuttle Apex. AA agak strict dengan berat luggage... tak kira laa bagasi atau hand luggage.. semua ditimbang termasuk stroller Adam.
Selesai urusan check-in, kami lepak di restoran Thai tu lagi. Ada yang masih rindu menyedut kopi dalam suasana yang dingin.
haruman dan keenakan kopi yang bakal dirindui |
Sekadar menjamu mata di sekitar airport.. jauh di sudut hati melonjak ingin pulang. Hujan emas di negara orang.. hujan batu di tempat sendiri..
barangan berkaca di dalam beg merah woven dan beg galas |
Memasuki pesawat semakin mendekatkan lagi ke tanah air.. yeayyy.. nok balik dohhh..!
moyok dohh bila nok balik.. |
Kesimpulan... jika berkesempatan, kami akan mengulang semula kenangan di bumi Australia.. Jelajah jer bandar Sydney sendiri.. senang dan tidak terikat dengan waktu seperti travel agent. Jika nak itinerary kit yang kami guna, boleh jer kami share.. ;-)
[...the end...]
- Mrs Halim -
DAY 6 (29 NOV 2013 – FRI): KIAMA & WOLLONGONG... PULLOK! (Part 6)
Aktiviti hari ini merupakan tujuan utama yang menyebabkan kami menyewa kereta. Kami ingin menempuh perjalanan luar daripada Sydney... untuk bermesra dengan alam di negara orang.
Symbio Wildlife Park (SWP)
Si kenit Adam merupakan pencinta haiwan. Walaupun di Sydney ada pilihan seperti Taronga Zoo atau Wildlife di Darling Harbour, kami memilih untuk ke sini berdasarkan review jika ingin bermesra dengan haiwan..
SWP terletak di Helensburgh... dalam 60km dari MH. Cuaca pula agak mendung hari ini.. Perjalanan dianggarkan mengambil masa dalam satu jam melalui highway tanpa tol.. sambil berharap kot-kot ada pemandangan yang menarik di sepanjang perhalanan..
sepanjang perjalanan |
Setiba di SWP, hujan turun sekejap-sekejap.. hmm.. berpicnic dalam kereta laa jawabnya.. Staf di kaunter tidak menjangka untuk menerima kunjungan daripada pelancong macam kami gamaknya.. siap kena interview mana kami tahu pasal tempat ni. Entrance ticket dapat 'diskaun'.. Semasa di airport, kami ada ambil guide book. Di belakang guide book tersebut ada kupon-kupon diskaun termasuk laa free entrance ke SWP. Memandangkan kami satu family, kupon free tu boleh pakai satu sahaja.. Total kos dalam AUD57 (bawah 15 tahun AUD15, dewasa AUD27, Adam FOC).
signage kepala koala - Symbio Wildlife Park |
home to native Australian animals |
lepas entrance |
Kebanyakan haiwan iconic memang ada di sini. Sesetengah haiwan dibiar bebas tanpa dikurung.. Cuaca yang agak lembap langsung tidak menjejaskan keterujaan kami di sini. Apatah lagi masuk jer terus terkam ke rumah koala bear.. duk merengkuk tidur.. Koala ni memang kuat tidur.. 22 jam sehari !
most iconic animal was sleeping |
Kami pusing lagi sekitar.. melayan Adam yang tak berhenti bertanya itu dan ini pasal binatang.. Memang budak-budak kecik memang seronok jumpa binatang secara live gini..
makanan rumput-rumput kering jer ?? |
my little pony |
olloo.. manja nyer.. |
tu kambing jer Adam.. |
alligator ke biawak ?? |
black swans |
Dalam duk pusing.. kami jenguk semula rumah koala dengan harapan koala ni dah bangun. Tetiba koala ni angkat kepala..wahh ! Kami memang sungguh-sungguh teruja.. yess.. kiranya koala ni macam anak dara yang malas laa.. kol 11 pagi baru bangun..
tetiba koala angkat kepala |
me and koala |
Nun jauh di tengah padang kami melihat sekawan binatang sedang melompat-lompat.. kanggaru.. di kaki kami pula datang 'anak kanggaru'.. layan laa 'anak-anak kecil' ni.. Bila dah balik Malaysia baru kami tahu rupanya yang kami sibuk layan tu adalah wallabies..
toingg.. toingg.. |
wallabies rupanya.. |
Nasib ada yang rajin gi tengah padang juga.. ada laa kenangan..
Lesson learned: baby kanggaru cuma duk dalam kantung mak nyer..
gelakk laa tu.. |
baby kanggaru dalam kantung.. bukan berkeliaran macam wallabies |
Juga, kalau kena masa ada laa show binatang.. kami dapat melihat kelincahan critters.. manja dan cerdik..
Habis pusing taman ni dalam pukul 12.00 gitu.. kalau terus balik, sejam dah sampai MH ni.. jomm.. kita terus lagi ke depan.. Wollonggong.. Since tak sangka nak pergi, tak ada laa search apa yang menarik di situ.. tapi layan jer laa..
Wollonggong
Cuaca yang sesekejap hujan menjadikan suasana agak nyaman dan sejuk.. Anak-anak memang suka sebab dapat laa feel macam betul-betul duk overseas..
Wollongong ni pun tepi laut gak.. kuat laa angin.. sejuk pulak tu..
Menyusuri jalan membawa kami tiba di atas bukit. Panorama Wollonggong Harbour dan keunikan dengan dua rumah api di satu tempat menarik perhatian kami. Bercanda seketika di Flagstaff Hill Park sambil melayan angin sejuk.. grrrr....
Wollonggong Harbour... ni satu rumah api.. kan ada satu lagi |
model sweater Australia.. AUD10 jer sehelai |
deruan ombak dan angin.. bestt sangat.. |
Flagstaff Hill Park di mana terletaknya rumah api kedua |
memang best sangat bersantai di bukit ni |
Makin suka pulak dengan tempat ni dengan cuaca yang nyaman.. Memang tak menyesal singgah.. nak berpicnic pun boleh..
aksi-aksi kami bersantai |
leka mengejar seagulls |
Mengelilingi bukit ini membawa ke satu lagi sudut panorama.. melepak sambil memandang lautan..
tempat Adam 'membuang'... tanda nak datang lagi nanti |
sedang minta makanan |
Dah puas bercanda di atas bukit, kami meneroka kawasan sekitar, Foreshore Park dan Belmore. Ada juga restoran seafood di kawasan sini.. dan banyak taman-taman seperti Belmore Basin Lions Park. Juga, turut ke sekitar harbour melihat perahu layar.
unik kan pokok tu |
Wollonggong Harbour |
perahu layar dan seagulls |
ada restoran seafood sekitar taman sini |
deretan kedai di sekitar |
Kalau dah melepasi Wollonggong, bermakna tak jauh pun dengan Kiama yang terkenal dengan blowhole... teruskan perjalanan..
ni tanda dah sampai.. |
Tiba di sini dah rasa macam angin musim tengkujuh. Lepak seketika di Point Caravan Park. Kalau suka berjalan atau berbasikal, boleh ikut laluan Kiama Coast Walk sepanjang pantai di sini.. jauh gak.. 22 km..
Kiama Caravan Point Park |
sauh yang berkarat |
Terus menuju ke arah laut merupakan kawasan berbatu. Di sinilah kawasan Blowhole tersebut. Ingatkan cuma tengok kawasan batu yang berlubang-lubang.. rupa-rupanya.. suatu pemandangan yang indah dan unik apabila air laut bersembur keluar daripada lubang-lubang tersebut..
semburan-semburan air |
Sekali dah tengok.. membuatkan kita tertunggu-tunggu 'semburan' seterusnya.. dah addicted pulak.. ni betul-betul unspoilt natural beauty.. suka sangat-sangat..
bila air dah penuh dalam 'chamber', baru jadi 'semburan' |
Kalau google pasal blowhole ni.. ada laa yang kata..
"...a natural rock formation where water spouts into the air... can be up to 20 meters or more...!! "
Kami yang suka laut memang sangat-sangat suka dengan Kiama ni.. Kalau ikut cerita pun, nama Kiama tu pun ada kaitan dengan laut dalam bahasa asli..
"...kiaram-a = where the sea makes a noise..."
Bila air tersembur keluar tu boleh dengar suatu bunyi yang kuat macam "oomph" gitu..
Selebihnya, bercanda dengan berlatarkan suasana di sekitar sini.. Kiama Lighthouse.. lautan lepas.. hempasan ombak.. etc..
Kiama Light House |
"..fly without wings, dream with open eyes.." |
sound of waves.. |
Bila sampai di MH, baru kami tahu rupanya bukan selalu boleh tengok semburan air tu. Kadang tu, tunggu seharian belum tentu.. banyak bergantung kepada faktor angin dan ombak.. Alhamdullillah.. kiranya kami bertuah dapat menyaksikan fenomena alam ini.. ;-)
- Mrs Halim -
Subscribe to:
Posts (Atom)