Friday, June 13, 2014

DAY 1 (24 NOV 2013 – SUN): SYDNEY... MUNG TUNGGU AKU MARI..! (Part 1)



LCCT
Flight kami 11.40 malam (23 Nov 2013). Masa tu take off dari LCCT lagi. Ingatkan bila dah sampai di LCCT dalam 8.30pm tu banyak masa.. rupanya tidak laa begitu sebenarnya. Queue untuk drop bag laa.. queue imigresen laa.. etc.. Moralnya, pergi laa awal supaya tak terkejar-kejar.

Sydney Airport
Kami sampai dalam pukul 11.00am waktu tempatan. Kami bawa bekalan makanan untuk beberapa hari sepanjang di sana.. terutama masa stay tengah bandar. Bagi masa anak-anak adjust dengan suasana baru..



Tips bawa bekalan makanan:
a)  Declaration. Tak payah nak sorok atau cuba seludup. Lane berbeza bagi yang declare atau tak. Kalau sorok pun biasa boleh detect dek anjing.
b)  Semua yang dah declare tu (termasuk supplement, panadol, vitamin etc) dimasukkan dalam beg berasingan. Bersedia jika diminta untuk inspection.
c)  Sediakan senarai lengkap semua barang makanan dan ubatan yang dibawa (termasuk kuantitinya). (Kalau rajin, boleh capture gambar setiap jenis makanan tu, senarai ramuan.. ni memang yang betul-betul rajin laa..)
d)  Jika bawa beras, pastikan paket beras yang dikilangkan siap dengan label (bukan yang jenis seal sendiri). Bebas daripada bubuk, sebab kalau ada memang masuk tong sampah.. Kalau bawa nasi segera dalam bentuk paket (nasi beriani etc), pastikan tiada kandungan daging/ayam. Kalau nak bawa, kena cari yang jenis retort dan siap ditinkan (bukan jenis paket).
e)  Daging/ayam/ikan dalam tin (kari ayam, sup daging, tuna etc..) pada kebiasaannya lepas, tapi kalau dalam paket tu masuk tong sampah laa.. Dalam kata lain, canned foods  lepas, tapi bentuk paket tak lepas.
f)   Semak ramuan pada label makanan (termasuk biskut, roti, instant drink etc), jika ada susu, sah kena reject. Lebih baik jika bawa produk yang juga ada English translation.

Pengalaman kami, mereka hanya semak senarai yang kami sedia sahaja, memastikan semua item tersebut ada bersama kami dan sedia untuk bekerjasama menunjukkan barangan tersebut pada bila-bila masa tanpa ragu-ragu. Akhirnya, beg kami langsung tak kena buka, siap puji lagi sebab sediakan senarai lengkap barangan declaration tersebut.

Di sini ada restoran halal – Taste of Thai. So, makan siap-siap supaya bila sampai hotel boleh berehat jer terus. Portion size memang besar kedabak bagi kami.. so, makan memang boleh share jer..

 
Tiket MyMulti3 pun kami terus beli di sini.. Harga tiket dewasa AUD61 yang meliputi tren, bas dan feri selama seminggu (kanak-kanak dan student separuh harga). Kalau tak mengenangkan nak mengusung luggage ni semua, terus boleh guna tiket ni naik tren untuk sampai ke hotel yang cuma beberapa meter dari Museum Station (MS). Tapi tak per.. demi keselesaan semua yang masih ‘jetlag’, ambil teksi jer laa.. 


Keluar daripada bangunan airport, tak perlu queue mana untuk dapatkan teksi. Since kami dikira berlima, perlu ambil maxi cab.. Straight to the hotel untuk berehat sebab rasa agak penat..

Keadaan bilik Hyde Park Inn.. selesa..









 
 
Pemandangan dari verandah bilik.. terus menghadap Hyde Park


Sydney Sightseeing 

Ikutkan rasa memang semua nak membuta. Semua kena paksa bersiap pukul 4.00pm untuk ke Circular Quay (CQ). Kami ambil tren dari MS ke CQ (selang 2 stop jer..). Kalau nak jalan kaki pun boleh sebenarnya.. demi keselesaan anak-anak, guna jer public transport..

Tren dua tingkat di Sydney
sambil study map.. sebelum sampai next stop


Stesen Circular Quay yang berlatarkan Harbour Bridge

Sampai di stesen CQ, kami dah nampak Harbour Bridge. Keluar dari stesen, kami ke bus stop (Stand B) yang ada poster Sydney Explorer. Ni adalah cara yang mudah dan cepat serta tidak memenatkan anak-anak untuk menikmati bandar Sydney dan sekitarnya dengan bas. Sydney Explorer mempunyai dua laluan yang berbeza, Bandar Sydney dan Bondi dengan menggunakan tiket sama yang sah dalam tempoh 24 jam atau 48 jam. Setiap pusingan bagi setiap laluan memakan masa hampir 90 minit. Laluan tersebut meliputi keseluruhan tempat tumpuan pelancong bagi kedua-dua bandar tersebut, Sydney dan Bondi.

Sydney Explorer – bas dua tingkat
Bus stand B yang ada poster Sydney Explorer
Sydney Explorer.. seat bumbung lagi best

Just sit and enjoy the scenes.. berlatarkan QVB

Woolloomoolloo Bay
  
biarpun mentari menyinar, tak rasa panas pun

Laluan menuju ke Sydney Opera House

Sekitar Hyde Park - St Mary Cathedral

Melalui trip Explorer ni, kami dah boleh short listed tempat-tempat yang perlu untuk memperuntukkan lebih masa bagi melepak nanti.


Circular Quay

Dah habis pusing Bandar Sydney, kami lepak di Circular Quay.. (FYI ‘quay’ ni sebutannya ‘key’). Ni kira water front laa.. sambil melayan seagull, mengunyah fries, tengok feri, tengok orang etc.. Just sit and relax.. Nak ajak naik feri, ada yang mabuk laut.. huhuhu.. so, lepak jer laa..

Sekitar Circular Quay



Mercu tanda Circular Quay


Melayan seagulls sambil berkongsi makanan

Family yang menjadi 'mangsa tuntutan' seagulls

Aboriginal.. terutama sekitar Fleet Park

jom pulang berehat..


Sedar tak sedar, rupanya dah 7.30pm (tapi masih cerah.. sebab di ambang musim panas). Kami ambil tren di CQ dan turun di Town Hall untuk grocery shopping (mana-mana yang tak bawa dari Malaysia macam telur, sayur). Ni yang wajib beli.. buah.. apa-apa jenis buah pun semua rasa sungguh sedap..

Town Hall ni banyak kedai-kedai di sekitar, ada kedai yang mewah-mewah, juga pasar raya Woolworths tempat kami beli barang makanan.
Jika berkesempatan, hayatilah kesenian dan keindahan Queen Victoria Building (QVB) di sekitar kawasan ini.

Town Hall
Queen Victoria Building (QVB)

Balik hotel, naik tren dari Town Hall dan turun di next stop, Museum Station. Kalau nak berjalan pun boleh sebab tak sampai 1km.. sediakan dinner and enjoy our meal..

Bawa rice cooker. Masak sardin, sup daging Adabi dan sayuran dari Woolworths
 
- Mrs Halim -

Post a Comment