Friday, June 13, 2014

Sydney - Persediaan awal



Citer tak abis wehh.... mehhh kita 'take over' dengan versi kita sendiri.. ngehh.. ngehh..

Memandangkan trip ini tanpa melalui sebarang travel agent dan tanpa pengalaman menjejakkkan kaki ke bumi Australia, semestinya kena buat research terlebih dahulu. Juga, perlu ambil kira kemampuan setiap ahli termasuk si kenit, Adam.

1.    Tiket flight
Bagi penjimatan yang maksima, booking tiket awal-awal masa tengah sale tu. Kalau staf gomen, boleh gak tunggu masa MAS buat offer untuk staf (tapi kadang-kadang info tak sampai.. tahu-tahu dah lepas daa..). Kami naik AirAsia, dan semestinya perlu pre-order makan.. minimum dua kali makan jika travel sebelah siang.

2.    Accommodation
Paling jimat adalah di Malaysia Hall (MH), tinggal seperti tata cara dan peraturan asrama. Tuala dan toiletries sila bawa sendiri.
Paling convenience adalah sewa apartment, especially yang boleh masak dan ada laundry sendiri.
Cara mewah, booking laa memana hotel.. tapi, berbaloi ke sebab kebanyakan masa habis di luar dan hotel ni lebih kepada untuk mandi dan tidur sahaja.

Kami booking Hyde Park Inn (HPI) untuk dua malam.. anggar sedang elok boleh cover bandar Sydney (CBD). Juga, sebab dekat dengan tren (Museum Station); boleh memasak (tapi kena booking awal dan beritahu nak bilik yang ada stove); boleh sumbat satu family dalam satu bilik (5 pax).

Lepas tu, baru kami pindah ke MH untuk empat malam. Maksima boleh tinggal di MH cuma lima malam. Kami juga siap booking sarapan dan dinner dengan pihak MH. So, kalau perut Melayu memang tak payah risau takut tak jumpa nasi.

Ni laa MH..

3.    Itinerary
Google blog dan travel log tempat-tempat menarik. Susun jadual supaya boleh merangkumi kebanyakan tempat tersebut. Ambil kira mode perjalanan (naik bas ke.. jalan kaki jer ke.. etc..). Kalau bawa budak-budak, ambil kira faktor kepenatan mereka supaya semua boleh enjoy.

Jangan tertekan jika tak sempat cover semua tempat yang kita rancang. Kadang kena ambil kira keadaan anak-anak juga. Janji semua boleh enjoy.. tak boleh nak ikut rentak kepala kita jer.. Bajet masa juga supaya tak leka.

Ni contoh itinerary kami.. siap dengan anggaran kos.. mode..map..bekal.. etc..



4.    Makanan
Masak atau beli.
Kalau nak masak, kena sesuaikan dengan accommodation. Kena ambil kira sumber bahan mentah.. bawa ‘bekal’ dari Malaysia atau dibeli di sana.
Di MH, memasak adalah tidak dibenarkan.
Kalau nak beli, ambil kira dalam faktor bajet. Minimum sekali makan dalam AUD 15-20 per meal per pax ! Kena ambil kira tempat-tempat yang ada restoran halal juga.
 
5.    Pengangkutan
Bergantung kepada pilihan hati dan kesesuaian tempat kita bermastautin.
Jika accommodation…:      tengah bandar  - public transport is better
                                                pinggir bandar  - public transport pun ok
                                                (atau di MH)        sewa kereta senang parking

Kami guna public transport dan booking kereta sewa (online). Public transport kami ambil tiket MyMulti3 untuk seminggu. MyMulti3 ni boleh cover public transport hingga ke Blue Mountain. So, depends ke mana destinasi kita, itu yang membezakan jenis MyMulti yang perlu dipilih. Harga pun berbeza.. ;-)
Memandu di sana tak jadi masalah, sama macam di Malaysia (right handed). Driving license Malaysia pun boleh pakai masa nak ambil kereta tu. Follow jer GPS. Cuma, kalau dalam town, parking fee agak costly laa..



6.    Duit AUD
Kalau rajin, buat laa survey money changer..ada yang boleh bagi murah, boleh tawar.. dan ada yang sebaliknya. Harga tukaran juga bertukar.. Berbelanja secara berhemah. Sebab tu itinerary tu ada bajet sekali.. so, tukar duit tu pun dalam lingkungan tu jugak laa..


7.    Medical - Insurance - Visa
Bekalan dan persediaan.. just in case. Bawa ubat yang basic macam paracetamol, ubat demam budak-budak, minyak yuyi, cool fever etc.. 
Ambil juga insurance yang boleh cover satu family.. Juga, kena ambil visa.. Kalau nak mudah, insurans dan visa ni minta travel agent yang buat.. tak payah pening..

- Mrs Halim -

No comments: