Friday, June 13, 2014

DAY 3 (26 NOV 2013 – TUE): SYDNEY... MUNG TUNGGU AKU MARI..! (Part 3)



Hari ni last day boleh masak-masak sebab nanti dah nak check-out. So, habiskan semua stok yang perlu di masak dan tukar kepada bekalan picnic. Sebenarnya, untung duk di hotel tengah bandar sebab senang nak rancang untuk waktu solat.. sedia makanan.. take a nap.. etc.. dalam erti kata lain, lebih selesa.

siap sedia berjalan lagi



seberang hotel terus nampak Anzac Memorial

seberang taman terus nampak Australian Museum

Hyde Park dan sekitarnya

Sesudah selesai urusan check-out dan simpan beg, kami sambung menjelajah Hyde Park. Memang seronok lepak di taman sebegini.. berpicnic.. dengan suasana dan cuaca yang nyaman. 


Hyde Park = HP
habis taman ni kami pusing..
antara tempat lepak yang best.. sambil tengok Adam kejar burung..
Juga ada muzium di sekitar sini (tapi tiada yang berminat di antara kami). Rasanya kami lebih suka menikmati senibina bangunan di sekitar.. baik yang moden mahu pun yang antik. Kami menyusuri sekitar taman.. sekadar melintasi Cook & Phillip Park, St Mary Cathedral, HP Barracks etc…..

merentasi air pancut
belakang tu bangunan Land of Registry
St Mary's Cathedral
tepi taman ada taman - Cook and Phillip Park
dari belakang tu laa kami berjalan.. bypass museum..
Hyde Park Barracks Museum
sekitar HP Barracks
menyusuri jalanan - Elizabeth St
sekitar Macquarie St
Sayangnya Achibald Fountain sedang dalam usaha baik pulih. Jadi, tak boleh menghayati apa yang istimewa sangat dengan air pancut ni.

 
Check-in di Malaysia Hall (MH)
Memudahkan perjalanan seterusnya daripada mengheret bagasi, kami naik teksi ke MH, tempat kami menginap seterusnya. Kami disambut dengan ramah oleh Kak Nany yang menguruskan MH di sini. Juga, sempat menempah makanan untuk sarapan dan dinner dengan café sepanjang kami bertamu di sini. 

nampak pintu tu.. naik ke atas merupakan bilik-bilik 'asrama'
bersama Kak Nany.. pengurus MH Sydney
Ni bilik yang kami dapat.. attached toilet.. ada tv.. mini fridge..
 
Sydney Opera House dan Botanical Garden
Selesai urusan dan berehat seketika di MH, kami berpatah semula ke Sydney CBD untuk tempat yang paling sinonim dengan Australia, Sydney Opera House (SOH). Tunggu bas 373 atau 377 di seberang MH untuk terus ke CQ.

kalau naik bas, depan Caltex tu laa bas berhenti jika dari town.. MH bangunan oren
jika nak ke town, seberang jalan MH.. Alison Rd/Darley Rd

Dari bus stand, kami menyusuri Cahill Walk menuju ke tempat iconic. Jika kebetulan ada kapal besar ala Titanic berlabuh, boleh juga menjadi latar belakang gambar. Sememangnya untuk gambar yang lebih baik, datang laa di waktu pagi supaya gambar tidak berlatarkan matahari.

Cahill Walk.. rasanya datang sebelah pagi lagi better kot..
kebetulan ada kapal ala 'Titanic'
sedang menzahirkan kepuasannya..
jalan terus menuju ke Sydney Opera House
Melihat SOH dari jauh menggamit kami untuk menghampirinya. Inilah ikon yang sering dikaitkan dengan benua kecil ini. Apabila tiba di tepi SOH, sejujurnya tiada perassan gah seperti di sisi Harbour Bridge. Bukan citarasa gamaknya.. ;-)

ini laa rupa ikon tu dari dekat.. huhuhu..

jenuh jugak keliling rumah ni..
 
Rupanya lama juga kami mengelilingi SOH hinggalah ke Gate Queen Elizabeth II untuk memasuki Botanical Garden (BG). Hajat kami tak kesampaian untuk meronda BG dengan Choo Choo Train. Kami baru terlepas last trip. Hmm.. tak tercapai juga hajat melepak di Mrs Macquarie’s Chair. Bukan tak boleh berjalan, tapi tak nak memenatkan anak-anak. Jadi, kami santai jer sekitar sini. Di BG, kita digalakkan berbaring di atas rumput dan bermesra dengan pokok. Moralnya, cintai alam sekitar.

Choo Choo Train.. idamanku..
melepak di Botanical Garden..
menyedut dan mengeluarkan angin

creative murals
Setelah puas bersantai, kami berjalan ke CQ untuk menunggu bas yang sama (373 atau 377) untuk pulang ke MH. Ada beberapa bus stand di CQ.. jika tidak pasti bus stand yang mana, rujuk kaunter informasi di sekitar untuk maklumat yang tepat. Tak risau salah naik bas sebab tiket MyMulti3 boleh guna mana-mana route.

sekitar bus stand ni ada kaunter tiket/informasi
dalam bas menuju pulang ke MH

Sampai di MH, dinner dah siap.. masakan di café sini memang menepati selera kami.. (atau mungkin juga sebab angin benua dan perut lapar..!).

- Mrs Halim -

No comments: