LCCT
Flight
kami 11.40 malam (23 Nov 2013). Masa tu take off dari LCCT lagi. Ingatkan bila
dah sampai di LCCT dalam 8.30pm tu banyak masa.. rupanya tidak laa begitu
sebenarnya. Queue untuk drop bag laa.. queue imigresen laa.. etc.. Moralnya,
pergi laa awal supaya tak terkejar-kejar.
Sydney Airport
Kami sampai dalam
pukul 11.00am waktu tempatan. Kami bawa bekalan makanan untuk beberapa hari
sepanjang di sana.. terutama masa stay tengah bandar. Bagi masa anak-anak
adjust dengan suasana baru..
Tips
bawa bekalan makanan:
a)
Declaration. Tak payah nak sorok atau cuba
seludup. Lane berbeza bagi yang declare atau tak. Kalau sorok pun biasa boleh
detect dek anjing.
b)
Semua yang dah declare tu (termasuk
supplement, panadol, vitamin etc) dimasukkan dalam beg berasingan. Bersedia
jika diminta untuk inspection.
c)
Sediakan senarai lengkap semua barang makanan
dan ubatan yang dibawa (termasuk kuantitinya). (Kalau rajin, boleh capture
gambar setiap jenis makanan tu, senarai ramuan.. ni memang yang betul-betul
rajin laa..)
d)
Jika bawa beras, pastikan paket beras yang
dikilangkan siap dengan label (bukan yang jenis seal sendiri). Bebas daripada
bubuk, sebab kalau ada memang masuk tong sampah.. Kalau bawa nasi segera dalam
bentuk paket (nasi beriani etc), pastikan tiada kandungan daging/ayam. Kalau
nak bawa, kena cari yang jenis retort dan siap ditinkan (bukan jenis paket).
e)
Daging/ayam/ikan dalam tin (kari ayam, sup
daging, tuna etc..) pada kebiasaannya lepas, tapi kalau dalam paket tu masuk
tong sampah laa.. Dalam kata lain, canned foods
lepas, tapi bentuk paket tak lepas.
f)
Semak ramuan pada label makanan (termasuk
biskut, roti, instant drink etc), jika ada susu, sah kena reject. Lebih baik
jika bawa produk yang juga ada English translation.
Pengalaman
kami, mereka hanya semak senarai yang kami sedia sahaja, memastikan semua item
tersebut ada bersama kami dan sedia untuk bekerjasama menunjukkan barangan
tersebut pada bila-bila masa tanpa ragu-ragu. Akhirnya, beg kami langsung tak
kena buka, siap puji lagi sebab sediakan senarai lengkap barangan declaration tersebut.
Tiket MyMulti3 pun kami terus beli di sini.. Harga
tiket dewasa AUD61 yang meliputi tren, bas dan feri selama seminggu
(kanak-kanak dan student separuh harga). Kalau tak mengenangkan nak mengusung
luggage ni semua, terus boleh guna tiket ni naik tren untuk sampai ke hotel
yang cuma beberapa meter dari Museum Station (MS). Tapi tak per.. demi
keselesaan semua yang masih ‘jetlag’, ambil teksi jer laa..
Keluar daripada bangunan airport, tak perlu
queue mana untuk dapatkan teksi. Since kami dikira berlima, perlu ambil maxi
cab.. Straight to the hotel untuk berehat sebab rasa agak penat..
Sydney Sightseeing
Tren dua tingkat di Sydney |
sambil study map.. sebelum sampai next stop |
Stesen Circular Quay yang berlatarkan Harbour Bridge |
Sampai di stesen CQ, kami dah nampak Harbour Bridge. Keluar dari stesen,
kami ke bus stop (Stand B) yang ada poster Sydney
Explorer. Ni adalah cara yang mudah dan cepat serta tidak memenatkan
anak-anak untuk menikmati bandar Sydney dan sekitarnya dengan bas. Sydney
Explorer mempunyai dua laluan yang berbeza, Bandar Sydney dan Bondi dengan
menggunakan tiket sama yang sah dalam tempoh 24 jam atau 48 jam. Setiap
pusingan bagi setiap laluan memakan masa hampir 90 minit. Laluan tersebut
meliputi keseluruhan tempat tumpuan pelancong bagi kedua-dua bandar tersebut,
Sydney dan Bondi.
Sydney Explorer – bas dua tingkat |
Bus stand B yang ada poster Sydney Explorer |
Sydney Explorer.. seat bumbung lagi best |
Just sit and enjoy the scenes.. berlatarkan QVB |
Woolloomoolloo Bay |
biarpun mentari menyinar, tak rasa panas pun |
Laluan menuju ke Sydney Opera House |
Sekitar Hyde Park - St Mary Cathedral |
Melalui
trip Explorer ni, kami dah boleh short listed tempat-tempat yang perlu untuk
memperuntukkan lebih masa bagi melepak nanti.
Circular Quay
Sekitar Circular Quay |
Mercu tanda Circular Quay |
Melayan seagulls sambil berkongsi makanan |
Family yang menjadi 'mangsa tuntutan' seagulls |
Aboriginal.. terutama sekitar Fleet Park |
jom pulang berehat.. |
Sedar
tak sedar, rupanya dah 7.30pm (tapi masih cerah.. sebab di ambang musim panas).
Kami ambil tren di CQ dan turun di Town
Hall untuk grocery shopping (mana-mana yang tak bawa dari Malaysia macam
telur, sayur). Ni yang wajib beli.. buah.. apa-apa jenis buah pun semua rasa
sungguh sedap..
Town
Hall ni banyak kedai-kedai di sekitar, ada kedai yang mewah-mewah, juga pasar raya
Woolworths tempat kami beli barang makanan.
Jika berkesempatan,
hayatilah kesenian dan keindahan Queen Victoria Building (QVB) di sekitar
kawasan ini.Town Hall |
Queen Victoria Building (QVB) |
Balik hotel, naik tren dari Town Hall dan turun di next stop, Museum Station. Kalau nak berjalan pun boleh sebab tak sampai 1km.. sediakan dinner and enjoy our meal..
Bawa rice cooker. Masak sardin, sup daging Adabi dan sayuran dari Woolworths |
- Mrs Halim -
No comments:
Post a Comment