Friday, June 13, 2014

DAY 4 (27 NOV 2013 – WED): BLUE MOUNTAIN... SAMPAI JUGOK (Part 4)




Hari ni semua bersemangat kerana kami akan melalui perjalanan yang agak jauh. Bekalan makanan untuk picnic kami dah tempah awal di café MH. Cuma tak boleh keluar awal lagi sebelum 7.30am kerana itulah waktu operasi café untuk kami bersarapan dan mengambil bekalan untuk berkelah di Blue Mountain.

pemandangan dari MH mengadap ke litar lumba kuda
Seperti biasa, kami menyeberang jalan menanti bas 372 atau 374 yang boleh membawa kami ke Central. Mana-mana bas ni memang menuju ke Central, bezanya hentian di sekitar Central.. Mana-mana berhenti, cari jer landmark bangunan Central tu..

berhenti di bus stop.. sedang menuju ke Central
Tiba di Central, kami mencari tren Blue Mountain Line yang menuju ke Lithgow di antara platform 4-15. Tidak perlu membeli tiket lain kerana tiket MyMulti3 turut merangkumi tren Blue Mountain Line. Perjalanan melalui tren ini dijangka memakan masa dalam 2 jam untuk tiba ke tempat yang dituju. Nak sambung tidur pun boleh lagi..

tren on time..
lebih daripada 20 platforms..
kalau tido, tak boleh enjoy scenery along the journey
Kami tiba di Stesen Katoomba dalam pukul 10.30am. Cuaca sungguh mengujakan kerana matahari bersinar dengan terang.
Sekiranya mencari sebarang souvenir berkait dengan Blue Mountain, singgah laa di mana-mana kedai di pekan kecil ini kerana dikhuatiri kedai sudah ditutup bila waktu pulang nanti.

Seterusnya, kami mengambil bas untuk ke kawasan sekitar. Memandangkan kami menggunakan tiket MyMulti3, kami tunggu bas 686 atau Trolley Bus yang diliputi di bawah tiket ini. 

sedang tunggu bas di Katoomba

Bas tersebut boleh didapati di sekitar bus stand berhampiran Hotel Carrington. Hotel ni agak tersorok, jadi paling senang, ambil jalan yang ada landmark jam, dan bus stand tersebut adalah di sebelah kanan. 

kalau tak pasti jalan mana nak tunggu bas, cari landmark jam tu

Alternatif lain, boleh beli tiket Explorer Bus di luar Stesen Katoomba untuk menjelajah lebih banyak tempat.
tak worth it kalau datang sini sekadar day trip..
hop in hop off..

Echo Point

Destinasi yang kami tuju adalah Echo Point. Di sini merupakan look out point untuk melihat beberapa dataran dan juga bertemu dengan Three Sisters

di kelilingi pelbagai dataran.. yang ingat cuma Gibraltar..
the famous 'three sisters'
antara pemandangan dari lookout point

close-up

Jika berhajat mencari kenangan bersama Three Sisters, beli laa souvenir di sini kerana ia tiada dijual di tempat lain.


Scenic World

Menunggu bas yang sama, kami meneruskan perjalanan ke Scenic World Station. Sebelum memulakan apa-apa aktiviti, kami berpicnic dulu di picnic area memandangkan waktu sudah 12.00pm. Makan dengan penuh khusyuk sampai lupa nak snap hidangan nasi goreng café MH yang sungguh enak. Juga, solat di kawasan sekitar.


Selesai makan, kami membeli tiket (AUD88 per family) untuk menikmati alam semulajadi di sini. Kalau tak, tak ada maknanya datang ke Scenic World ni. Ada empat zon utama yang meliputi Scenic Skyway, Scenic Cableway, Scenic Railway dan Scenic Walkway. Rancang masa dengan baik supaya boleh meliputi semua pengalaman tersebut. Perjalanan pergi dan balik juga menjanjikan pengalaman yang berbeza.. jadi, manafaatkan peluang sampai ke sini dengan sebaiknya.

jomm.. kita explore satu per satu.. timing please..

a)    Scenic Cableway
Memang ada yang gayat naik cableway ni.. tapi sebab agak besar dan lebih tertumpu menikmati pemandangan, perjalanan sepanjang 510m ni terasa lancar jer.. 

macam cable car biasa.. cuma lebih besar.. tak gayat pun..


b)   Scenic Walkway
Sampai di stesen, kami menikmati walkway sekitar sahaja. Tak pergi jauh pun, kan penat nak meredah lebih 2km ni.. Kemudian kami berpatah semula naik cableway untuk pulang ke stesen utama.

lebih kepada explore hutan.. cintai alam sekitar
c)    Scenic Railway
Seterusnya kami sungguh teruja untuk naik railway ni setelah melihat evolusi tren ni daripada open, berjaring dan kini tertutup sepenuhnya. Semasa perjalanan pergi, seat kami agak depan.. menberi kami peluang merasa ‘kecut perut’ melalui kecuraman 52 darjah. Sungguh tak terkata..

memang patut cuba.. pergi dan balik.. duduk laa paling ke depan..
Adam cool jer.. caya laa..
duk depan boleh tengok kecuraman.. gerun wehh..

Kami sekadar meninjau sekitar sementara menanti tren untuk berpatah balik. Pengalaman balik secara mengundur juga merupa suatu pengalaman baru yang agak unik.

suatu waktu dahulu.. macam ni laa rupa keretapi tu..
tunggu tren untuk balik secara mengundur..
d)   Scenic Skyway
Kami berusaha mengejar waktu untuk melengkapkan pengalaman terakhir melalui skyway. Perjalanan sepanjang 384m pada ketinggian 270m sungguh melekakan. Lantai cermin membolehkan kita memandang terus ke bawah. Kiri kanan merupakan pemandangan air terjun, juga apa yang kita lihat semasa di look out point merangkumi Jamison Valley, pelbagai dataran dan three sisters.

boleh see through.. seperti kita di awangan..
pemandangan yang lebih 'real' berbanding di Echo Point

Di Scenic World Station juga terdapat pilihan souvenir yang tidak diperolehi di Sydney. Macam eksklusif gitu.. Juga ada sculpture three sisters dan bapa mereka.. tapi agak ‘sensitif’ dengan budaya kita.. (sebab tanpa seurat benang..!)


Kami berpatah semula semula ke pekan Katoomba untuk menanti tren dengan menaiki bas yang sama. Menikmati seketika pekan kecil begini terasa sungguh aman. 

  
Masing-masing kelihatan kepenatan dan ketiduran di dalam tren. Kami sampai di Central dalam pukul 6.30pm. Terus menyeberangi jalan besar untuk ke bus stand yang mempunyai route bas 372 atau 374 untuk pulang berehat sepenuhnya di MH.

Katoomba Station cuma sekitar sini.. seberang jalan..

- Mrs Halim -

No comments: