Friday, June 13, 2014

DAY 2 (25 NOV 2013 – MON): SYDNEY... MUNG TUNGGU AKU MARI..! (Part 2)



Hyde Park Inn dah bekalkan roti (incl sapuan) dan susu. Sekadar nak alas perut memang boleh sangat laa.. Tapi masakan tetap disediakan untuk bekalan picnic nanti. Jadi, tak perlu susah-susah nak cari restoran halal.

Ramalan cuaca kata hari ni ada shower rain.. so, bersedia juga dengan payung.
Asalnya kami nak pusing sekitar Hyde Park dulu, tiba-tiba ternampak bas Explorer semalam tu di sekitar Australian Museum. Terus jer masing-masing naik dan ambil port di bumbung. Trip ni membawa kami ke laluan kedua, Bondi Explorer.

Dari hotel merentas Hyde Park

Melintas di hadapan muzium dan terus naik bas Explorer

Nampak awan mendung tu.. selalunya ramalan cuaca hampir tepat seperti yang dijangka

dalam perjalanan menuju ke Bondi



Bondi Explorer

Laluan kali ni lebih kepada menikmati bays and beaches. Seperti semalam juga, 90 minit bersiar-siar dengan bas.. just sit and relax..

Bondi Beach.. kalau nak gi surfing, boleh turun sini

Kami ambil gambar dari bas jer.. kejar masa..! 

Rose Bay...

banyak benor perahu layar...

 
Cuaca dah kembali cerah.. yeayy..




Pyrmont Bridge – Darling Harbour – Cockle Bay

Untuk ke sekitar Darling Harbour, kami perlu menukar bas yang membawa ke Sydney Explorer. Pertukaran dibuat di hentian Central, betul-betul depan bangunan Central. 

Central – penukaran tren, tram, bas etc

Hentian bas Explorer di depan bangunan Central


Kami meneruskan perjalanan dengan bas Sydney Explorer dan berhenti di hentian Maritime Museum. Kalau minat sejarah maritim, masuk laa muzium ni.. kami ni cuma bypass jer..

Bas Explorer berhenti di sekitar Maritime Museum

kalau berminat, boleh melawat kapal dan muzium


Asalnya nak ke Pyrmont Bay.. lepak-lepak.. tapi masing-masing dah terus terkam ke Pyrmont Bridge.. alasannya.. sama jer.. jeti dan air. 



Follow penunjuk arah...
tapi tarikan Pyrmont Bridge mengatasi segalanya..  
Menyeberangi Pyrmont Bridge

Melepak sambil menikmati angin benua

Pyrmont Bridge.. dari Maritime Museum

...menuju ke Darling Harbour
 
Melintasi Pyrmont Bridge hinggalah sampai di penghujung jambatan yang dikenali sebagai Darling Harbour – Pier 26. Kami buka bekalan.. makan dengan bertemankan tiupan angin benua ni memang sungguh menyelerakan.. hingga berlaku ‘incident’ di mana pinggan-pinggan melamin kami juga turut diterbangkan ke air..

Nasi goreng.. habis makan terus transform jadi 'piring terbang'

lebihan makanan menjadi rezeki seagulls




Pier 26

merenung untuk mengejar burung


Tak melawat pun tempat-tempat lain di sekitar seperti Wild Life, Sea Life, Madame Tussaud atau Imax sebab semua dah diracuni untuk berkejar ke lokasi Sehangat Asmara.. Kami menyusuri Cockle Bay untuk ke hentian bas Explorer yang boleh membawa kami ke Dawes Point.

berlatarkan hotel mewah di Darling Harbour
boleh juga pusing dengan tram harbourside
meninggalkan jejak dan pinggan
terus melangkah untuk menuju ke hentian bas Explorer di sekitar IMAX
berehat sejenak di Cockle Bay Wharf
weee weeeee..
dalam bas Explorer di bahagian bawah


Dawes Point

Ini adalah antara tempat yang patut dikunjungi.. memang kami suka sangat-sangat. Di sini boleh tengok Harbour Bridge dengan lebih dekat lagi. Betapa gahnya jambatan ni (sejarah boleh search sendiri).

mengabadikan jejak kami di sini..
besi jer.. tapi kelihatan sungguh gah..



di kaki jambatan


pylon harbour bridge

rimbunan di sekitar kaki jambatan



Sedang asyik bercanda di sekitar Harbour Bridge, kami disirami dengan hujan.. cuaca hari ni 'shower rain'.. bersedia untuk mandi hujan..

berteduh daripada hujan di bawah jambatan...

...sambil merenung Luna Park nun di seberang...




Menyambung kembali aksi-aksi di Dawes Point Park..
Juga, boleh bergambar dengan berlatar belakang Sydney Opera House..

lebih segar setelah dibasahi hujan seketika

inilah gayaku...

iconic



Tiket Explorer pun dah expired bermakna dah 24 jam kami menikmati Kota Sydney. Dari Dawes Point, kami menyusuri water front, melalui The Rocks, dan tiba semula di Circular Quay.

berjalan menyusuri The Rocks

masih basah selepas hujan


pokok pun tumbuh dengan seni

ni lagi satu muzium.. The Art of Contemporary..
Custom House

menariknya sebab burung tu cuma satu kaki sahaja








Round trip ferry

Sebelum menaiki tren dari CQ ke MS untuk pulang berehat di hotel, akhirnya dapat juga memujuk ‘si dia’ naik feri.. trip yang paling pendek sekali. Tiada kos tambahan pun sebab tiket MyMulti3 meliputi feri. Feri di Wharf 4 sekadar berhenti di Kirribilli, Neutral Bay, Kurraba dan terus berpatah semula ke CQ. Cuaca masa ni hujan sekejap-sekejap yang tidak mengizinkan kami menikmati pemandangan di luar feri.


deretan wharfs

dalam ferry.. trip paling pendek..

hujan dan basah.. tak leh nak posing lebih-lebih

Kirribilli

bandar di pesisir air









Sekitar Hyde Park Inn

Selesai solat dan rehat sebentar, kami keluar menikmati kawasan sekitar hotel.Semestinya tempat tumpuan adalah Hyde Park.
Luas rupanya taman ni..cuaca yang nyaman memang best sangat untuk lepak-lepak bersama family..

Anzac Memorial and Pool of Reflection

diapit bodyguards

daun warna merah pun nampak lawa

beriadah

Dah semakin gelap menjadikan cuaca semakin dingin. Nak bergambar lagi pun dah mula tangan menggigil masa nak snap. Esok kita sambung laa lagi mana-mana yang tak sempat cover..

- Mrs Halim -

No comments: