Saturday, June 14, 2014

DAY 5 (28 NOV 2013 – THU): SYDNEY... GI MANER LAGI WEHH...? (Part 5)



Perjalanan hari ini lebih santai. Menjelajah pun sekitar kawasan sekitar sahaja.. sekadar memenuhi hajat-hajat sampingan semasa perancangan awal sebelum ke sini.
 
Paddy's Market

Masih menggunakan bas pagi ni dari MH ke Central. Dari Central, kami mengambil tram (light rail) dan berhenti betul-betul di depan pintu masuk Paddy's Market. Tak perlu ambil tiket lain kerana tiket MyMulti3 juga meliputi light rail ni. Sebenarnya, kalau nak berjalan dari Central ke Paddy's Market pun tidak sampai 1km.

tram - light rail
laluan tram
turun tram betul-betul depan pintu masuk Paddy's Market
pintu masuk ke Paddy's Market
building market

Aktiviti di sini lebih kepada shopping.. mencari pelbagai jenis souvenirs sebagai kenangan kami di sini. Paddy Market ni tutup pada hari Isnin dan Selasa, jadi rancang laa.. 

dah mula rambang mata..
pilihan barangan souvenirs
boomerangs
shot glasses.. pens.. fridge magnets (rata-rata AUD10 untuk 3 paket).. key chains

Kebanyakan barang souvenir seperti datang dari China.. cuma lebih bercirikan benua kecil ini. Kebanyakan harga adalah 'nett price'.. antara kedai pun tak ada beza harganya.. Sesetengah kedai-kedai tu mempunyai owner yang sama.

Juga, di sini ada pasar basah.. nak beli buah.. sayur.. semua ada.. 


Di seberang Paddy Market ada restoran Opporto (ayam..kentang..). Rata-rata Opporto merupakan restoran yang mendapat pengiktirafan halal di Australia.


Selesai di Paddy Market, Mrs Wifey pulang ke MH bersama anak-anak.. naik semula tram ke Central dan tunggu bas ke MH di depan Central. Manakala Mr Hubby meneruskan perjalanan untuk mengambil kereta sewa di Mascot, sekitar Sydney Airport. 


Apex Car Rental

Dari Central, ambil tren yang menuju ke airport (guna tiket MyMulti3 - tiada tambahan kos). Sampai di airport, perlu bayar gate pass dalam AUD12.30. Di airport, buat temu janji dengan shuttle syarikat Apex ni untuk dibawa ke Mascot.

pick up kereta di sekitar airport

naik shuttle Apex
 
Banyak syarikat kereta sewa di Sydney.. kami memilih Apex Car Rental. Tempahan dibuat melalui online sebelum datang ke sini. Kadar sewa bergantung kepada pilihan kita.. kami memilih option yang mempunyai insurance coverage, lengkap dengan GPS, millage yang maksimum (nak pergi sampai ke Adelaide, Melbourne, Canberra, Brisbane dan Cairns... cuma isi minyak jerr laa.. bukan isi dengan air jer..).

Bilangan penumpang juga perlu disesuaikan dengan kereta. Bukan main boleh sumbat jer.. berapa bilangan bagasi juga mempengaruhi jenis kereta yang patut disewa. Tak perlu mengambil international license kerana lesen memandu kita diterima di sana.

kereta sewa.. plat Z lagi..

Rancang di mana kereta diambil dan ke mana akan dipulangkan. Kami memilih sekitar airport untuk memudahkan kami pulang nanti. Tak perlu lagi membayar sewa maxi cab yang agak 'lumayan' (airport ke Hyde Park Inn dalam AUD60; Hyde Park Inn ke MH dalam AUD 30). 

Kadar sewa kereta 'full package' yang kami pilih ni dalam sekitar AUD76 sehari. Minyak telah diisi penuh (pulang kereta nanti pun kena isi penuh semula). Stesen minyak pun sebelah MH jer.. tak rajin nak survey stesen mana yang offer harga lebih murah.

Memandu seperti di Malaysia (right handed) dengan berpandukan GPS. Follow jer.. Nak pergi memana cuma perlu tahu alamat.. dan setkan GPS. Mudah gitu..


University of Sydney

Destinasi pertama kami dengan Hyundai Elantra ZQG649 adalah melawat universiti idaman.. USyd.. Mana laa tahu kot-kot terjangkit aura nak further study lagi.. buat Phd ke.. Antara tempat yang nak tengok depan mata.. The Main Quadrangel dan jacaranda tree yang ditanam pada tahun 1928.

di hadapan the great tower
memasuki quadrangel
jacaranda tree.. lagi cantik di musim bunga

Sukanya berangan menjadi student di sini.. tak tahu pulak sama ada anak-anak pun mempunyai impian yang sama ke tak.. Harap-harap moga lawatan ni menjadi inspirasi kepada mereka untuk belajar hingga ke puncak menara gading. 

mencipta impian

moga meniup inspirasi kepada anak-anak


World Kitchen, Alexandria

Seterusnya kami singgah di World Kitchen di sekitar Alexandria (O'Riordan St). Semestinya tempat ni adalah idaman wanita yang minat dengan corning ware, corelle, pyrex dan yang seangkatan dengannya. Harga memang sangat murah.. kalau tak mengenangkan limit luggage dan siapa yang nak membawanya.. mahu shopping tak beringat jadinya..

Set makan pinggan dan mug yang 16 pcs (design lama) boleh dapat dalam AUD25.. yang kalau convert tu cuma RM75 ! Kalau set 16 pcs (design baru) boleh dapat dalam AUD39.. 
Gambar lupa nak snap.. sebab lebih teruja tengok pinggan mangkuk.. set tu semua pulak dah semua eksport ke rumah Hiliran di Kuala Terengganu.. 

30 pcs set pinggan dan mangkuk (tanpa mug) - AUD57

Coogee Beach

Pantai Coogee tak jauh dari MH.. kalau drive dalam sekitar 10-15 minit. 
Rasanya, kami lebih sukakan pantai di sekitar Terengganu.. ngehh.. ngehh..


- Mrs Halim - 

No comments: