Sunday, June 15, 2014

DAY 7 (30 NOV 2013 – SAT): SYDNEY... NOK BALIK DOHH..! (Finale)

Hari ini genap seminggu kami di benua kecil ini. Sudah tiba masa untuk kembali semula tanah air. Rindu juga nak menyedut udara panas.. Memandangkan hari ini cuti, urusan pemulangan kunci dan deposit telah diselesai malam semalam. Semua bagasi telah dimuatkan ke kereta. Perjalanan MH ke airport dianggar dalam setengah jam. 

Kami tiba di airport sekitar 9.00 pagi. Masih ada 3 jam sebelum departure. Mr Hubby meneruskan perjalanan untuk memulangkan kereta dan kembali semula ke airport dengan shuttle Apex. AA agak strict dengan berat luggage... tak kira laa bagasi atau hand luggage.. semua ditimbang termasuk stroller Adam. 

Selesai urusan check-in, kami lepak di restoran Thai tu lagi. Ada yang masih rindu menyedut kopi dalam suasana yang dingin.

haruman dan keenakan kopi yang bakal dirindui
 

Sekadar menjamu mata di sekitar airport.. jauh di sudut hati melonjak ingin pulang. Hujan emas di negara orang.. hujan batu di tempat sendiri..

barangan berkaca di dalam beg merah woven dan beg galas
 
Memasuki pesawat semakin mendekatkan lagi ke tanah air.. yeayyy.. nok balik dohhh..!

moyok dohh bila nok balik..


Kesimpulan... jika berkesempatan, kami akan mengulang semula kenangan di bumi Australia.. Jelajah jer bandar Sydney sendiri.. senang dan tidak terikat dengan waktu seperti travel agent. Jika nak itinerary kit yang kami guna, boleh jer kami share.. ;-)

[...the end...]

- Mrs Halim -

Post a Comment