Tuesday, April 1, 2008

Senario politik terkini Malaysia

Pilih yang paling layak -- Ahli UMNO mesti jujur, berani menentukan pemimpin – Hishammuddin

KUALA LUMPUR 31 Mac – Ahli-ahli UMNO mesti berani dan jujur untuk memilih serta menentukan siapa yang paling layak menerajui parti keramat itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan pilihan raya umum lalu menuntut ahli-ahli UMNO di semua peringkat supaya melakukan muhasabah diri dan menerima realiti senario politik negara pada hari ini. Berita lanjut klik disini


Sumber berita diatas dipetik 1 April 2008 [ Ini bukan April fool]

Betul lah kata Hishamudin tu, tapi apakan daya luka dan nanah telah lama ada barulah sekarang hendak merawatnya. Belum terlambat, silalah rawatnya.

Saya hendak beritahu contoh yang terang dan nyata pihak kerajaan tidak mempedulikan nasib rakyat bawahan :-

1. Krisis Minyak dunia: Alahai, kenaikan 30 sen tempoh hari sangat memberi kesan keatas kami. Kenaikan minyak 30 sen di ikuti dengan kenaikan barangan harian pengguna. Kerajaan kata akan pantau, yelah ..pantau ..tapi tiada kekangan yang berkesan untuk mengelakan kenaikan harga barangan berterusan. "Ubah gaya hidup" menjadi slogan kerajaan, dan berterusan menyalahkan kami rakyat marhain. Mana adil ?

Fakta kenaikan minyak : 17%

2. Konsesi TOL : Tiada kesudahannya ...ini semua salah penilaian. Buat infrastruktur yang terbaik untuk kami, kami terima dan bangga. Tetapi, janganlah ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Hidup di kotaraya KL, hampir tiada jalan yang tidak dikenakan TOL, kami akur, tetapi kenaikan TOL setiap 3 Tahun sekali tidak munasabah langsung !!! Konsep penswastaan yang telah disalah gunakan. Tidak bolehkah TOL itu ditiadakan ? Atau TOL itu ditetapkan pada kadar RM1 sahaja sehingga bila bila? Tidak bolehkah perjanjian ini dicapai ? saya pasti boleh, jika sebahagian kos pembinaan atau dana nya datang dari Kerajaan sendiri. Atau kerajaan sendiri yang membuat budget dan melaksanakan projek tersebut. Tentu boleh ..Malaysia Boleh ..!!!

3. Perbandingan yang memualkan. contoh .."kenaikan harga minyak kita yang paling rendah berbanding dengan Singapura ...etc etc ...". "Inflasi kita antara yang terendah ...di Asia". Kenaikan walaupun 5 sen akan diikuti oleh kenaikan barang barang lain. Contoh Tepung naik 5 sen [ 3% kenaikan], di ikuti dengan kenaikan Kuih muih sebanyak 10 sen [ dulu kuih 20sen] lihat kenaikan kuih tersebut 50% !!!

Contoh 2, TOL LDP dulu RM1.00 [ kalau tak silap] sekarang ?? RM1.60, berapa kenaikan ? 60% tau!! Kalau kenaikan 60% TOL ini akan dikuti dengan kenaikan barangan harian lain sekurang kurangnya 15 % - 20%.

Contoh 3, Kicap Habhal cap kipas udang [ Ini bukan keperluan harian, tetapi ramai yang beli ..] Dulu RM2.40 harga yang tertera, sekarang RM2.90 kenaikan 50 sen, Berapa peratus ?? 20.8% tau ... hasilnya, kos Ayam masak kicap naik, ikan masak kicap naik ..kita makan tengah hari kat kedai , dulu Ayam masak kicap Rm2.50 tetapi sekarang RM3.00 ...naik lak 50sen ..berapa peratus ?? 20% jugaaak! errr kerajaan boleh kawal ke yang ini ? Susah kan ..!! so mekanisme mengawal kenaikan ialah dengan mengawal harga barangan asas, minyak, TOL, Ikan, AYAM dll.

Kalau tanya pengeluar kicap, kenapa naik harga, jawabnya TOL dan minyak naik, upah pekerja naik.
Tanya pekerja, kenapa minta upah naik ? sebab minyak, TOL naik dan brangan harian naik ....last last jadi cerita bangau oh bangau ...tiada kesudahan nya

Berbalik kepada cerita Politik, nampaknya Laksamana kita dah terpekik. dan saya pasti akan diikuti dengan sahutan sahutan yang lain macam ayam berkokok dipagi hari [ err kat KL tak de ler ...]. Bagus lah tu, berkokok lah. Potong lah sebelah kaki yang dah busuk bernanah tu, buang lah jauh jauh. [ Lepas ni tempanglah ia ..selama lamanya ...]




1 comment:

Anonymous said...

inilah MALAYSIA....sumer BOLEHHHHHHHH!! naik tol boleh...naik minyak boleh...naik harga barang boleh...direct tender boleh......PAK LAH TURUN....tak boleh pulokkk!