Friday, April 18, 2008

Cerita tentang Kolestrol

Saya mahu berkongsi cerita tentang kolestrol dengan anda semua.
Kenapa ya ? Sebab kali kedua saya menjalani saringan kesihatan [ Kementerian Kesihatan Malaysia] tahap kolestrol saya masih tinggi. Tahap yang dibenarkan ialah dibawah 6.2 ..saya punya berada pada paras 7 mmol/L.
Berikut ialah penanda aras kolestrol yang saya petik dari Yayasan Jantung Malaysia:-

Total Cholesterol [mmol/L (mg/dl)]

Desirable: <5.2 (<200)
Borderline High: 5.2 - 6.2 (200 - 239)
High: >=6.2 (>=240)

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Pakar Pemakanan, saya berisiko diserang penyakit berkaitan jantung jika tidak mengurangkan paras kolestrol. Oleh itu saya mula mencari penyelesaian untuk mengurangkan paras kolestrol.

Sebenarnya kolestrol terbahagi kepada 2 jenis
  1. LDL [ Low Density Lipoprotein] - Yang ini dikenali sebagai kolestrol jahat, kerana ia mengundang pengumpulan lemak didalam salur darah yang dikenali sebagai "plague". Yang bahaya nay, jika "plague" ini terlepas ke bahagian salur darah di Otak yang akan menyebabkan penyakit STROK !!!! Kalau ia berada dijantung, ia akan menyebakan anda diserang sakit jantung ... hmmm kenyataan ini yang membuat saya takut ..
  2. HDL [ High Density Lipoprotein] - Yang ini adalah kolestrol baik, ia bertindak membawa pergi pengumpulan lemak dalam salur darah untuk digunakan oleh badan.
Kata Pegawai Pemakanan tersebut, ambillah oat sebanyak 70g sehari selama sebulan insyallah akan dapat mengurangkan kadar kolestrol saya. Apa yang special pada oat ? Oat mengandungi Beta-Glucan. Apa fungsi nya ?

Beta-Glucan ialah bahan yang aktif dalam serat larut Oat. Mengikut kajian US FDA, Beta-glucan berfungsi mengurangkan kolestrol dalam darah. Kajian menunjukan, Beta-glucan mengurangkan kolestrol terutama LDL dalam
darah!!
Jadi bagaimana Beta-glucan itu memainkan peranannya ?
Oat beta-glucan works non-systemically, passing safely through the digestive tract without ever entering the bloodstream or being filtered by the liver or kidneys. Best taken with meals, oat beta-glucan forms a highly viscous solution in the stomach. This gel passes into the intestines and binds to bile acids, which the liver produces out of cholesterol in the blood. Once bound, these bile acids pass from the body as part of normal excretion. Lower levels of bile acids in the blood stimulate the production of additional bile acid, thereby further reducing blood cholesterol levels. Decomposition of beta-glucans begins in the colon. Fibre is required to carry the cholesterol-rich bile acids out of the body, otherwise they will be reabsorbed into the bloodstream.

Kesimpulannya, Saya mesti ambil oat sekurang kurangnya 70g. 70g oat bersamaan 3g Beta-glucan yang diperlukan untuk memberi kesan pengurangan kolestrol. jika kurang 3g Beta-glucan tidak efektif.

Blogger Halimsaleh - 11pm 17thApril 2008

No comments: