Leader dalam office mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai sikap merancang kehadapan dan meneroka segala isu isu atau masalah yang akan berbangkit kemudian. Mereka meramalkan masalah, sentiasa peka pada keperluan semasa dan bertindakbalas, dan juga sentiasa menimbangkan langkah langkah wajar sebelum bertindak.
Bila situasi ramalan berlaku, mereka akan mengutarakan pemikiran berikut; "What if thinking"
- Apa yang ada dihadapan?
- Jika ia berlaku, apakah reaksi mereka ?
- Siapakah yang terlibat ?
- Apakah akibatnya ?
- Patutkah kita ambil tindakan ?
- Jika kita bertindak, apakah yang mesti kita lakukan ?
- Bagaimana jika kita tidak ambil pusing [ignore] ?
- Akibat yang manakah akan berlaku ?
Jadi, memang patut setiap dari kita mengambil masa 15 hingga 30 minit setiap pagi memikirkan perkara perkara di pejabat. Cubalah tanya diri sendiri dengan persoalan persoalan diatas ... masalah harian yang sering kita hadapi, tetapi kali ini kita memikirkan masalah masalah tersebut secara tersusun dan kita menyusun strategi strategi bagi mencari jalan keluar atau strategi strategi mengelakan kita dari bertembung dengan masalah tersebut.
Ambillah prinsip ..plan to fail ..supaya kita lebih bersedia...
No comments:
Post a Comment