Sunday, March 16, 2008

Cuti cuti di Kuala Terengganu

School Holiday mac 2008 ( klik pada Gambar )


Sempena cuti sekolah [ 1 minggu] saya mengambil kesempatan untuk pulang ke KT selepas mengundi dan menghadiri majlis Kahwin sepupu di Triang, Pahang.
Jika ke Kuala Terengganu, apa yang terlintas difikiran anda ?
Sudah tentu Keropok lekor dan Kain Sutera Terengganu yang murah !!
Berada di negeri Terengganu memang menyeronokkan, bermula dari bangun pagi anda boleh membeli bermacam macam juadah pagi seperti Nasi dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak dan Kuih muih.
Di mana hendak merasa semua ini di pagi hari ?
Senang sahaja, jika dari bandar KT pergi sahaja ke Ladang, Kuala Terengganu. Ada beberapa deretan gerai. Kunjungilah salah satu dan enjoy lah makan pagi anda bersama keluarga. Saya biasanya menghabiskan 2 hingga ke 3 bungkus makanan yang pelbagai di atas meja. Cubalah.
psss Ladang adalah nama tempat berhampiran Batu Burok dan Primula Beach Resort.

Selesai bersarapan, pergilah ke Syah Bandar [Berhadapan dengan Pejabat POS dan Stesen bas lama]. Tunggu lah"Bas Kayu" yang unik. Naiklah bas ini dengan bayaran RM1 .
Bas ini akan membawa anda berpusing pusing sekitar KT. Bermula ke arah Masjid Terapung, Nor Arfa Batik Craft Center, dan berpusing balik ke Bandar KT dan terus ke Losong.
Dari losong ia melalui Muzium Losong [ Muzium terbesar di Asia] dan terus ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam [TTI]. Anda boleh turun di sini, dan menaiki bas yang berikutnya untuk balik ke SyahBandar.
Perjalan pulang akan melalui Losong dan ia berhenti di salah satu gerai yang menjual keropok Lekor Terengganu. Belilah ....makan yang rebus pasti sedap!!

Sampai di Syahbandar, anda boleh berjalan kaki ke Pasar Payang atau pergi ke jeti untuk untuk menaiki bot menyusur sungai Terengganu ..terpulang pada anda ....

Apa ada di Pasar Payang ? Macam macam ada ... kain sutera, batik, barangan logam, tembaga, cenderahati, keropok, ikan dan banyak lagi ...datang sendiri dan sediakan poket yang penuh untuk membeli belah ...

Untuk makan tengah hari, anda boleh menikmati makan di Kedai makan di Pasar Payang . Untuk bersolat, anda boleh berjalan ke Masjid Puteh, betul betul di tengah bandar KT.

Sebelah petang anda boleh duduk Pantai Batu Burok sambil menikmati juadah keropok, ikan, udang dan sotong goreng.

Gerenti anda suka sehari di KT.


2 comments:

Ixorariana said...

Aiseh,saya tak gemar la kt word verification nih. kalau buang lg cantik.eheh

Oh,ya status incik mau berada di Hawaii telah saya luluskan. hehehehe.

Eh,takleh sign in as wordpress user ke? hmm.. kuciwanya daku. =(

regards,
ixora a.k.a rama-rama

Unknown said...

ok benda tu supaya orang tak leh spamm heh