Tuesday, March 18, 2008

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

KUALA LUMPUR 17 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

MBM yang mewakili 40 pertubuhan belia di negara ini berpendapat, ketika ini Perdana Menteri sebagai pemimpin utama negara memerlukan sokongan untuk menguatkan kerajaan dan beliau tidak seharusnya didesak.

Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, MBM yang mewakili generasi belia sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘MBM mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

‘‘Tumpuan yang perlu diberikan sekarang adalah bagaimana untuk menguatkan semula kerajaan, memelihara perpaduan kaum dan kestabilan negara,’’ katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MBM di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur.

sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2008

Apalagi UMNO ? Saya tak mo campor .. tapi kan lebih baik duduk same same semua dan berbincang dan bermuafakat. Apa la semua dok pakat guna suratkhabar sokong sane skong sini, kutuk sana kutuk sini. Ini kan masalah dalaman. Dok diam diam bincang secara dalaman udah lew ..

Saya nak ambik quote " Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur."

Jadi sape yang salah ? Rakyat yang kuar mengundi ke yang salah ? Bukan cari salah tapi muhasabah diri sendiri dan kenapa anda semua ditolak begitu ... Ada yang cabar rakyat guna kuasa undi ..itulah padahnya ..

Yang saya nampak, banyak gula gula disuakan. Kata orang tua tua, yang benar itu pahit. Jika pahit telan jer la .. Sape yang berani nak mengata yang benar ?

Jadi tidak salah jika ada suara suara yang mintak kepimpinan UMNO sekarang meletak jawatan, sebab yang benar itu pahit. Yang manis itu gula gula yang membuai angan angan. Bak lagu Mawi "Angan dan sedar"

Saya tak nak menghasut ahli UMNO, tapi berkata benarlah semua, terimalah hakikat .

Yang benar itu pahit, sudah pasti.

Peace

No comments: