Thursday, March 6, 2008

Windows Hiliran 2008

Ini bukan nya windows Vista atau windows Longhorn. Tetapi adalah bentuk bentuk windows, dalam bahasa "tingkap".
Tingkap nako dan kayu masih dikekalkan di bahagian atas rumah.





Lihat, nampak sangat klasik. Ia dibuat sekitar tahun 1978.
Mengekal bentuk asal adalah satu kebanggaan kami.







Sentuhan pintu rumah bawah agak kotemporari.
Satu bentuk yang moden, gabungan frame berwarna "koko".
Dan pintu sliding kaca.





Ruang makan juga tidak ketinggalan mendapat tingkap yang tersendiri.
Lihat diluar, pemandangan hijau sangat cantik dari meja makan.
Impak cahaya dan udara segar disini menjadikan ruang makan sangat strategik.



Pemasangan tingkap di bilik bacaan.
Satu lagi revolusi pada rumah ini, bilik bacaan khas.






Bilik utama, mendapat 3 daun tingkap.
Kenapa ? Sebab utama supaya cahaya dan udara segar masuk sebanyak mungkin.







Ruang dapur basah. 2 daun tingkap.
Basin tempat basuhan betul betul mengadap tingkap.








Ini tingkap di ruang dapur kering sebelah kanan.





Ruang dapur kering juga mendapat tingkap.
1 disebelah kanan dan 1 lagi dibahagian belakang.
Moga ruang dapur ini menjadi ruang yang begitu ceria dan segar.
Tiada lagi kemuraman [ kurang cahaya ]
Post a Comment