Friday, March 28, 2008

Sekitar Kuala Lumpur [ Night in KL]


Last night I spent my night with my wife at Kuala Lumpur. Why ? Because she had "Nutrition conference" here.
So I bring her to dine at "Ani Sup Utara" beside Medan Mara.
[free advertisement niiii]





You should try Mee soup here. Not the best, but still above others Mee soup. Try laaa
After finish "pkena" Mee soup, I order fish n Chip from next door stall.






What else ?? actualy along with Ani Soup Utara, there are a few stall, the famous one is Gerai Satay Samuri.
No need to go to Kajang or Stesen Awan Besar [ KESAS ], come here and try Satay Samuri.




That night I didn't spent on satay because ... for me, I still prefer go to Kajang Town to eat Satay ..muahhhhhaaa
The feeling and environment is different ...Kajang Maaaaa, Town of Satay !!!

Dulu dan kini 2

Dulu

Kini

Dulu


Kini


Thursday, March 27, 2008

Dulu dan Kini























Past and Present. Inilah antara objektif asal pengubahsuaian rumah ini. Keadaan asal yang sudah uzur dimakan usia diganti dengan yang baru. Lihat berbandingan bilik air. Dulu, ada kolah tetapi kini hanya ada pancuran air sahaja. Ruang kolah dibuang menjadikan ruang bilik air luas dan selesa. Jubin juga ditukar kepada warna yang lebih garang dan berani ..Kuning!!

Wednesday, March 26, 2008

Cerita tentang sinki

Cerita tentang sinki, he he saya sebut sink + Ki jadinya sinki. Just panduan untuk you all semua, kalau modified atau renovate dapur kat area sinki korang bleh buat cam aku buat ni ha. Tak caya tengok gambar diatas. Ada perasan tak ape apa perbezaan dengan sinki biasa ?
Design 2 sinki. Sebenarnya memudahkan kerja kerja membasuh pinggan dan cawan. satu sinki untuk meletakkan pinggan dan cawan kotor dan sebelahnya untuk pinggan dan cawan yang hendak dibilas. Dalam erti kata yang lain, kerja membasuh dan membilas pinggan mangkuk dan cawan bleh dibuat secara berpasangan ..heiii romantik tuuu. Tapi kalau rase malas, sorang pun dah cukup heh ....

Yang kedua pulak, dengan sengaja nya area sinki tu ada "barrier". Cuba perati betul betul. Design ni aku dapat bile melawat rumah Ipar aku. Kebetulan dier pun tengah renovate kat dapur. Reason nya ialah untuk mengelakkan air dari terus tumpah ke lantai, people said in Manglish " to avoid water from spill to the floor" dalam laen bahasa
  1. Um Wasser aus dem Boden zu Spill [German]
  2. [Arab] لتجنب تسرب المياه من اجل الكلمه
  3. Per evitare la fuoriuscita di acqua dal pavimento [Italy]
  4. D'éviter les déversements d'eau de la parole [France]
  5. Para evitar derrames de agua a la palabra [Spanish]
  6. を避けるために、床に水をこぼす
    [Japan]
  7. 为了避免水溢出到地板 [Chinese]
Macam mane nak sebut itu aku pun tak tahu ....

ps: Bahasa&tulisan yang diguna pakai adalah dari dialek harian orang "Kota Key Ell"

Sunday, March 23, 2008

Kayu lerek : Seni Melayu

Lihat Kayu lerek dipasang di bahagian atas rumah. Kemas dan menarik setelah di "varnish". Idea meletakkan kayu lerek disini datang setelah dinding asal dibuang akibat dimakan anai anai. Demi keselamatan anak anak, kami mungkin menambah lagi beberapa ciri penghadang dibahagian ini seperti kayu buluh atau grill besi.

Friday, March 21, 2008

Liver Damage

Dear Friends........
Good rest and sound sleep is very
Important... if u don't sleep well,
The toxic in your body will accumulate..
Affecting your health and your mood...


The main causes of liver damage are:


1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause.


2. Not urinating in the morning.


3. Too much eating.


4. Skipping breakfast.


5. Consuming too much medication.


6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.


7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.


8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule."


Because....Evening at 9 - 11pm:
is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (de-toxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health.


Evening at 11pm - 1am:
The de-toxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.


Early morning 1 - 3am:
De-toxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.

Early morning 3 - 5am:
De-toxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the de-toxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.


Morning 5 - 7am:
De-toxification in the colon, you should empty your bowel.


Morning 7 - 9am:
Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick.


Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit.

Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.


Aside from that, midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood.

Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

Sharing Is Caring!


source: email circulation

Tuesday, March 18, 2008

Cat dalaman dan Lantai

Lantai Dapur Kering siap , yang belum tentu ialah pintu kabinet dapur

Cove, perhatikan siku jubin [ mungkin terlalu kecil tak nampak ... ]

Lantai ruang makan

Lantai Master Bedroom

Ruang famili, bahagian atas

Dinding Ruang Famili bahagian atas, menghala ke bilik air

Bilik tetamu, atas.

Lantai Dapur basah

The Curve, pemandangan dari Dapur kering

Nampaknya, jubin telah siap dipasang. Kini menunggu pemasangan jubin di Para dapur dan bilik air.
Proses terakhir ialah mengemas keliling rumah serta menebang 4 batang pokok disekeliling.

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

KUALA LUMPUR 17 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

MBM yang mewakili 40 pertubuhan belia di negara ini berpendapat, ketika ini Perdana Menteri sebagai pemimpin utama negara memerlukan sokongan untuk menguatkan kerajaan dan beliau tidak seharusnya didesak.

Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, MBM yang mewakili generasi belia sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘MBM mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

‘‘Tumpuan yang perlu diberikan sekarang adalah bagaimana untuk menguatkan semula kerajaan, memelihara perpaduan kaum dan kestabilan negara,’’ katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MBM di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur.

sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2008

Apalagi UMNO ? Saya tak mo campor .. tapi kan lebih baik duduk same same semua dan berbincang dan bermuafakat. Apa la semua dok pakat guna suratkhabar sokong sane skong sini, kutuk sana kutuk sini. Ini kan masalah dalaman. Dok diam diam bincang secara dalaman udah lew ..

Saya nak ambik quote " Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur."

Jadi sape yang salah ? Rakyat yang kuar mengundi ke yang salah ? Bukan cari salah tapi muhasabah diri sendiri dan kenapa anda semua ditolak begitu ... Ada yang cabar rakyat guna kuasa undi ..itulah padahnya ..

Yang saya nampak, banyak gula gula disuakan. Kata orang tua tua, yang benar itu pahit. Jika pahit telan jer la .. Sape yang berani nak mengata yang benar ?

Jadi tidak salah jika ada suara suara yang mintak kepimpinan UMNO sekarang meletak jawatan, sebab yang benar itu pahit. Yang manis itu gula gula yang membuai angan angan. Bak lagu Mawi "Angan dan sedar"

Saya tak nak menghasut ahli UMNO, tapi berkata benarlah semua, terimalah hakikat .

Yang benar itu pahit, sudah pasti.

Peace

Monday, March 17, 2008

Ayah I.T (xxx)

Seorang ayah yang sangat berhati2 apabila menceritakan perihal pendidikan seks didatangi oleh anak lelakinya..

Kemudian dengan selambanya anak yang genius lahir di zaman teknologi maklumat itu bertanya kepadanya...

"Ayah, macamana saya boleh lahir kat dunia ni?"

Memandangkan topik yang dibawa boleh menjerumus ke arah cerita2 berbaur seks lalu si ayah cuba menerangkannya menggunakan istilah I.T. dengan harapan si anak itu memahami dengan lebih jelas dan tepat..

Hmm....
Nak, macam ni ceritanya...

Pada suatu hari tu Mak dan Ayah berkenalan secara tak sengaja di dalam chat room di Yahoo!

Kemudian ayah tentukan janjitemu pertama kami via e-mail..

Lepas tu kami pun dating di Cyber Cafe..

Ayah ajak Mak kamu dalam Private Room dan kami bersetuju untuk File Sharing dan mengUpload data daripada Hard Drive ayah ke Tablet Mak kamu.

Masa kami tengah syok dok upload tu barulah kami terperasan yang Mak ngan Ayah ni tak pasang satupun Firewall..

Masa peristiwa tu berlaku, Ayah pulak boleh lupa nak tekan Button Delete jadi Ayah suruh Mak kamu jumpa Dr Norton atau sekurang-kurangnya suruh Mak kamu telan PCSilin..

tapi Mak kamu memang degil dan akibatnya sembilan bulan kemudian kami dapat Pop-Up Window kat pc kami bertulis :

You Have Got 1 Mail! (I mean Male!)

Cat luar rumah hiliran

Keadaan rumah pada Disember 2007, sebelum projek ubahsuai di jalankan


Rumah Hiliran pada 16 Mac 2008.

Project delay ?? Yes, my expectation the project will finish by early Mac 2008, however my main contractor ask for extension another 2 weeks. Thats mean I will get my house key by early April 2008.
Not to worry so much, all running fine as per plan. In fact, the color scheme also 80% as per discussion.
As you can see, the house look more cheerful from outside. The yellow and White combination is really awesome!!
Look at the original house, look old, haunted and "kelam".


Sunday, March 16, 2008

Cuti cuti di Kuala Terengganu

School Holiday mac 2008 ( klik pada Gambar )


Sempena cuti sekolah [ 1 minggu] saya mengambil kesempatan untuk pulang ke KT selepas mengundi dan menghadiri majlis Kahwin sepupu di Triang, Pahang.
Jika ke Kuala Terengganu, apa yang terlintas difikiran anda ?
Sudah tentu Keropok lekor dan Kain Sutera Terengganu yang murah !!
Berada di negeri Terengganu memang menyeronokkan, bermula dari bangun pagi anda boleh membeli bermacam macam juadah pagi seperti Nasi dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak dan Kuih muih.
Di mana hendak merasa semua ini di pagi hari ?
Senang sahaja, jika dari bandar KT pergi sahaja ke Ladang, Kuala Terengganu. Ada beberapa deretan gerai. Kunjungilah salah satu dan enjoy lah makan pagi anda bersama keluarga. Saya biasanya menghabiskan 2 hingga ke 3 bungkus makanan yang pelbagai di atas meja. Cubalah.
psss Ladang adalah nama tempat berhampiran Batu Burok dan Primula Beach Resort.

Selesai bersarapan, pergilah ke Syah Bandar [Berhadapan dengan Pejabat POS dan Stesen bas lama]. Tunggu lah"Bas Kayu" yang unik. Naiklah bas ini dengan bayaran RM1 .
Bas ini akan membawa anda berpusing pusing sekitar KT. Bermula ke arah Masjid Terapung, Nor Arfa Batik Craft Center, dan berpusing balik ke Bandar KT dan terus ke Losong.
Dari losong ia melalui Muzium Losong [ Muzium terbesar di Asia] dan terus ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam [TTI]. Anda boleh turun di sini, dan menaiki bas yang berikutnya untuk balik ke SyahBandar.
Perjalan pulang akan melalui Losong dan ia berhenti di salah satu gerai yang menjual keropok Lekor Terengganu. Belilah ....makan yang rebus pasti sedap!!

Sampai di Syahbandar, anda boleh berjalan kaki ke Pasar Payang atau pergi ke jeti untuk untuk menaiki bot menyusur sungai Terengganu ..terpulang pada anda ....

Apa ada di Pasar Payang ? Macam macam ada ... kain sutera, batik, barangan logam, tembaga, cenderahati, keropok, ikan dan banyak lagi ...datang sendiri dan sediakan poket yang penuh untuk membeli belah ...

Untuk makan tengah hari, anda boleh menikmati makan di Kedai makan di Pasar Payang . Untuk bersolat, anda boleh berjalan ke Masjid Puteh, betul betul di tengah bandar KT.

Sebelah petang anda boleh duduk Pantai Batu Burok sambil menikmati juadah keropok, ikan, udang dan sotong goreng.

Gerenti anda suka sehari di KT.


Monday, March 10, 2008

Sekitar Pilihan raya Umum ke 12, Paya jaras

PRU12 [Click picture]


Hari mengundi 8 Mac 2008, saya bergegas ke Paya Jaras, Selangor kerana masih tidak menukar tempat mengundi di Seremban. Perjalanan sejauh 100km dari tempat saya tinggal.
Keputusannya, Ir Mohd Bushro Mat Johor [BN] mengekalkan kerusi DUN paya Jaras. Tahniah
Untuk Parlimen, Siva dari PKR telah memenangi Parlimen Subang.

Perubahan besar untuk negeri Selangor. Harapan saya, pemerintah yang berikutnya akan memerintah dengan adil dan berkhidmat untuk rakyat Selangor sepenuhnya.

Jika tidak, undi sekali lagi berubah tangan ....

Thursday, March 6, 2008

Windows Hiliran 2008

Ini bukan nya windows Vista atau windows Longhorn. Tetapi adalah bentuk bentuk windows, dalam bahasa "tingkap".
Tingkap nako dan kayu masih dikekalkan di bahagian atas rumah.





Lihat, nampak sangat klasik. Ia dibuat sekitar tahun 1978.
Mengekal bentuk asal adalah satu kebanggaan kami.







Sentuhan pintu rumah bawah agak kotemporari.
Satu bentuk yang moden, gabungan frame berwarna "koko".
Dan pintu sliding kaca.





Ruang makan juga tidak ketinggalan mendapat tingkap yang tersendiri.
Lihat diluar, pemandangan hijau sangat cantik dari meja makan.
Impak cahaya dan udara segar disini menjadikan ruang makan sangat strategik.



Pemasangan tingkap di bilik bacaan.
Satu lagi revolusi pada rumah ini, bilik bacaan khas.






Bilik utama, mendapat 3 daun tingkap.
Kenapa ? Sebab utama supaya cahaya dan udara segar masuk sebanyak mungkin.







Ruang dapur basah. 2 daun tingkap.
Basin tempat basuhan betul betul mengadap tingkap.








Ini tingkap di ruang dapur kering sebelah kanan.





Ruang dapur kering juga mendapat tingkap.
1 disebelah kanan dan 1 lagi dibahagian belakang.
Moga ruang dapur ini menjadi ruang yang begitu ceria dan segar.
Tiada lagi kemuraman [ kurang cahaya ]