Sunday, February 24, 2008

Rumah Hiliran Masuk Fasa hampir siap [1]

Keadaan ruang tamu. Serba putih tetapi akan di cat Hijau [ Elektrik Lime ]. Dan "trim" akan di biar cat putih [ Pearl white ]. Rujuk artikel disini untuk colour scheme rumah ini . Adakah sesuai perabot jati diletak disini ?

Barisan ruang kedai dihadapan rumah , bahagian bawah. 3 unit ini akan disewakan kepada mereka yang berminat.
Ruang Dapur basah, disini akan diletakan mesin basuh baju dan dapur. Kami juga merancang untuk mendapatkan freezer untuk menyimpan makanan segar seperti ikan dan daging.

Pandangan ruang dapur kering. Lihat sebelah kanan adalah ruang basin untuk basuh pinggan mangkuk. Tingkap yang lebih luas juga dibina untuk mendapatkan cahaya dan aliran udara secukupnya. Disini merupakan nadi rumah ini.

Penggunaan Kaca untuk membiarkan cahaya menembusi ruang makan menjadikan keadaan cukup cahaya dan tidak merimaskan.
Post a Comment