Monday, February 25, 2008

Hikayat 1001 macam kisah ubahsuai



Picture talk more than words

Jalan Jalan cari makan: Satay RK, Seremban

Guys, if you come to Seremban, N Sembilan , Do not forget to come to taste Satay RK here. If in Kajang, you can buy satay kajang [Satay Hj samuri is one of the famous in Kajang] but in Seremban Satay RK is most delicious here.

Where is Satay RK Location ? If you from KL, take 1st PLUS highway exit [ Shown exit Seremban Labu]. Take left and continue your drive until 3rd traffic light. After the these traffic light there are rows of building on your left hand side. Enter to these area. Drive until end of the road. You will see Restoran Satay RK at the end of the road.
You can see satay RK from main road actually.

If you come from Bandar, Go toward Terminal 1 and enter to Jalan Sg ujong. From here go straight until traffic light [ Restoran Satay RK at your right hand side]. Make U turn and enter to the area.
Or you may find Hotel Seri Malaysia as a landmark

Look, the light so antique plus "ukiran kayu" . Very classic.










And these is the front of the restorant








Here, they "panggang" the satay on "bara api". I bet you smell of satay here very very good ...

Sunday, February 24, 2008

Rumah Hiliran Masuk Fasa hampir siap [1]

Keadaan ruang tamu. Serba putih tetapi akan di cat Hijau [ Elektrik Lime ]. Dan "trim" akan di biar cat putih [ Pearl white ]. Rujuk artikel disini untuk colour scheme rumah ini . Adakah sesuai perabot jati diletak disini ?

Barisan ruang kedai dihadapan rumah , bahagian bawah. 3 unit ini akan disewakan kepada mereka yang berminat.
Ruang Dapur basah, disini akan diletakan mesin basuh baju dan dapur. Kami juga merancang untuk mendapatkan freezer untuk menyimpan makanan segar seperti ikan dan daging.

Pandangan ruang dapur kering. Lihat sebelah kanan adalah ruang basin untuk basuh pinggan mangkuk. Tingkap yang lebih luas juga dibina untuk mendapatkan cahaya dan aliran udara secukupnya. Disini merupakan nadi rumah ini.

Penggunaan Kaca untuk membiarkan cahaya menembusi ruang makan menjadikan keadaan cukup cahaya dan tidak merimaskan.

Monday, February 18, 2008

ANTARA SEBAB GAGAL INTERVIEW

ANTARA SEBAB GAGAL INTERVIEW


A- Penemuduga







B- Orang yang ditemuduga

SITUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada .
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa…lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Gulp…

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.

A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.

A : Hmm…maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?

A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa…(melopong)


Jenaka dot kom V2.0 (Jdk²)

Sunday, February 17, 2008

Cadangan "House colour scheme"

Contoh colour scheme untuk rumah Hiliran seperti dalam bayangan pemilik [ Pn Fatimah ]. Bagaimana pun, Jubin tidak dimasukan lagi. Tetapi Jubin dan corak telah ditentukan. Nantikan hasilnya ....


Bahagian Luar
Wall: Cheerfull [ Yellow ]
Trim : Pearl White
Door : Pearl White















Toilet [ Atas, Bawah, MasterBedroom]
Wall: Cheerfull [ Yellow]
Trim : Pearl White
Ceiling: White












Kitchen
Wall : Cheerful [ Yellow]
Trim: Pearl White
Ceiling: White
Door : Pearl White












Dining Area
Wall: Cheerful [ Yellow]
Trim : Pearl White
Ceiling : white












Arch
Trim: pearl White













Living Room [ Bawah ]
Wall : Electric Lime [ Yellowish Green]
Trim: Pearl white
Ceiling : White











Stair Area
Wall & Store: Captivating Cream
Bilah pemegang Tangga: Pearl white
Anak Tangga & Pemegang : Natural wood
Door: Pearl White
Trim : Pearl White










Master Bedroom & Bilik Bacaan Bawah
Wall: Dancing Green
Trim : Pearl White
Ceiling: White
Door: Pearl White










Family Area [ Atas ]
Wall: Captivating Cream
Trim : Pearl White
Ceiling : White












Bedrooms [ Atas ]
Wall : Peach Blossom
Trim : Pearl White
Ceiling : White
Door: Pearl White

Good ..learn the pronounce ..

Saturday, February 16, 2008

Apa yang dah siap ?

Sudah agak lama tidak mengupdate perihal rumah Hiliran.
Bahagian atas, sudah siap dibina bilik dan di cat dengan "under coat"







DB electrikal juga telah siap. Dibina di sebelah tangga.









Syiling untuk rumah atas dan bawah juga telah siap, termasuklah telah siap dicat ....







Dan Beranda ini juga telah siap dibuang ..he he ...tiada beranda dibahagian ini.

Tidak lama lagi kami akan mebuat kerja kerja Pra siap [ finishing touch]
Yang menjadi masalah sekarang ialah kaler scheme rumah ni ..susah jugak nak buat sebab :-
  1. Rumah ini bentuk tradisional sikit
  2. Rumah ini 2 tingkat
  3. Tingkat bawah simen / bata
  4. Tingkat atas kayu
Apa tema yang sesuai ?????? Toloooonggggg

The Transporter :4

The transporter 1 & 2 are the film, but these are our transport for daily commute. I'm using Honda Civic 1.7 [ Standard ]. This is a superb Executive Sedan car. Performance is good. Maintenance ..is Honda standard .. sometime expensive sometime cheap ...average per maintenance cost is RM200. Petrol consumption ? Is a litle bit save compared to others ... 33litres for 560Km, plus it is an auto transmission ... hehe relax ...

Here is my wife car, a year 2006 Kelisa [Imago]. Had been hit at back by a proton wira [ cis cis ]. The car handling and suspension is good. on the highway, you can drive as fast as 140Km/h .. oh .. the engine come with 1000cc Twincam . Some people said the Kelisa petrol consumption is save but ..I think my Honda is more saver than this Kelisa ... cannot believe maaa ?
The third .. My Lagenda 110, use for "surau", send and pickup my daughters at school. In early days, I'm used this bike for commute to my work place from Putrajaya to Selayang ..fuhhh ..48Km per trip. Fuel consumption ? RM 6 for 2 days ... 3 litre for 200km ...is much save than my cars!!! but it come with high risk.. ( Bikers in Malaysia always in danger ...)

Fourth ..bicycles [bike] are for my daughters ... Yasmin and Aimi. These bikes used for "riadah" in the evening ... These are really "mesra Alam" ...no smoke no fuel consumption ...

wooahhhh ...

My dream is to have a superbike ..most likely Honda CB 400 Super Four or Yamaha Fazer 400 or being known as codename XJR400R




All these are Street Bike ..ouch ..best ooo ...
The only thing that block my dream is the price for Superbike in Malaysia is expensive. The Tax is higher than others country ...pity Malaysian ... we only opt to used Moped bike ...

Friday, February 15, 2008

Minyak Kereta Civic 1.7 Vtec

Tak Percaya ? Lihat sendiri Mileage dah masuk 561KM, isi full tank [RM66, 33 litre ]. Kereta ini memang jimat minyak. Kereta jenis apa ye ?
Buatan : Honda Civic 1.7 Vtec
Tahun: 2001

Saya ulang alik KL - Seremban dan purata speed 100km/h . Jadi kepada yang berkira kira nak membeli kereta, Honda Civic 1.7 Vtec boleh menjadi pilihan anda .... jimat tuuu

Performance ? Saya pasti anda akan suka dengan respons kereta ini. Tekan saje minyak enjin akan menderu laju ... Vtec ? Tak pernah saye rase ..sebab saya ni jenis bawa kereta sepoi sepoi bahasa ...

Lagi info menarik tentang kereta Honda civic 1.7 sila klik disini


Raya datang lagi

Kita baru saja menyambut Tahun Baru Cina [ Raya bagi kaum Cina], kini kita akan menyambut satu lagi raya yng biasanya diadakan 4-5 tahun sekali iaitu PilihanRaya Umum ke 12.

Bagi saya, ini kali ke 4 saya akan turun mengundi. Kawasan undi saya adalah seperti dibawah

Nama : xxxxxx
Tarikh Lahir xxxxxxx
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 107 / 38 / 13 / 001 - PAYA JARAS HILIR
Daerah Mengundi : 107 / 38 / 13 - PAYA JARAS HILIR
DUN : 107 / 38 - PAYA JARAS
Parlimen : 107 - SUBANG
Negeri : SELANGOR
Status Rekod: DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Anda boleh menyemak status tempat mengundi anda disini

Awas ADUN Paya Jaras, sudahkah anda melunaskan janji anda pada 2004 yang lalu ? Sendiri kena ingat. Jadi pemimpin mestilah betul betul ikhlas. Kepentingan umum mestilah lebih dari kepentingan diri sendiri.

Opps .. sini bukan tempat bicara politik ... jika anda tanya saya .. berikut adalah polisi undi saya :-
  1. Pemimpin yang BERSIH
  2. Polisi Parti yang diwakili
  3. Gerak geri pemimpin yang lain [ sama parti ] --> mesti juga BERSIH
  4. Ketuanya berwawasan
Tuntutan mudah saya jika PARTI yang bertanding nak undi saya seperti berikut :-
  1. Tiada lagi pemimpin yg korup
  2. Tiada Janji "TONG KOSONG"
  3. Jangan memberi harapan kepada perkara yang tak masuk akal
  4. Janji mesti berFakta [ Tahu fakta ? Sesuatu yang boleh dibuktikan dan ditunjukkan hasilnya...]
  5. Kebajikan saya dan keluarga saya untuk perkara asas .

Tahu tak tuntutan ke 5 itu ? Saya rasa kerajaan sekarang kurang memberi kepada yang ke 5. Bukan duit yang dipinta, bukan saham atau rumah Bunglow ..bukan bukan ... cukuplah sebuah Kerajaan yang mampu menjaga rakyat, mampu membina infrastuktur asas, mampu berfikir untuk kebaikan rakyat, mampu bertindak menghalang dan membendung keresahan hati rakyat. Bukannya Kerajaan yang hanya mampu bertindak dalam lingkungan "selamat" mereka.

Apadia lingkungan "selamat" ? Alah menda ni biasa je ..contoh Tol naik ... kerajaan akan kata sebegini .."ini termaktub dalam perjanjian ...." ha ayat selamat ler tu .. Bagi saya "kerajaan " yang berfikir akan memberi alternatif lain .. err macam bina lebuhraya baru tanpa TOL ...ha kan ke bagus tu ?

Kenaikan barang yang mendadak dipasaran juga tidak terkawal ..yang dikawal hanya harga ayam ...telur ayam ..daging dan sewaktu dengan nya .. Kerajaan mempunyai beribu Kaki dan Tangan yang sebenarnya jika digerakkan lebih efisien akan dapat mengawal kenaikan barangan. Setakat meletakan harga syiling bahan asas ..itu aje ke ? Kenapa barangan yang diluar kawalan tidak boleh dikawal ? Pihak yang mengaut keuntungan sewenang wenang nye manikkan harga ?
Contoh mudah : Kicap Cap Kipas Udang : RM 2.70 ... mesti kerajaan cakap ..ala beli ler kicap lain yg lebih murah ... kalau tak caya lepas tu kicap jenama lain pun akan naik harga nya ...hmmm cam mane ?

Pendidikan ? Malas lah saya ulas ... saya mempunyai 2 anak yg masih bersekolah rendah. Umum mengetahui pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa "ing gelisss". Isu di sini, ialah tahap penguasaan anak anak kita dan juga ibu bapa .. saya yang berpendidikan pun meghadapi masalah untuk mengajar anak saya sendiri ..tak tahulah ibu bapa yang lain ...

Kebanjiran Kolej swasta juga mcm tak terkawal ..hingga saya rasa mereka ini cuba untuk mengaut keuntungan yg berlipat ganda ... hmmm

Jadi kesimpulan mudah ..undi ditangan anda , jika wakil rakyat anda baru minggu ini muncul tak yah lah pangkah dia lagi ... kita mencari wakil yang muncul saban waktu ...yang kerjanya menjadi wakil rakyat .. bukan wakil diri sendiri keluarga dan temannya sahaja.
Kalau semua yang bertanding dikawasan anda juga baru muncul hari ini ..hmmm pilih dengan bijak .. Pilih ikut Wajah ..handsome ke tidak, Bersih ke tidak .., Partinya Ok ke tidak.., Ketua Partinya ok ke tidak ... sebab ..dah tentu wakil ni baru ..cmne nak nak tahu kan ?

Layaaann ...

Monday, February 11, 2008

Jaya Jusco Seremban 2 - Tarian Singa





Info: Tarian Singa

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

sumber: Wikipedia




Yasmin dan Aimi juga mengambil kesempatan memasuki pertandingan "Sand Art" yang di anjurkan oleh JJ Seremban.

Walaubagaimanapun, mereka hanya memenangi hadiah sagu hati sahaja



Gambar gambar sekitar sambutan Tahun Baru Cina boleh dilihat disini ..



Pokok Misai Kucing

Teka ..masa saya menghadiri kenduri kahwin sepupu di Jengka 17, saya secara tidak sengaja bergambar dengan pokok misai kucing. Nak ulas lebih lanjut, saya memang tidak tahu. Tapi pokok ini memang selalu dijadikan herba ubatan melayu ....
Emm memang macam misai kucing ....




Petikan dari wikipedia

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


sumber: wikipedia

Kenduri Kahwin Sepupu di Jengka 17

Kahwin Cemah

Manusia dan Buah - buahan [ Petikan JDK.com]


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasanganJadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman

Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.

Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya
ada biji yang berduri.



Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.





Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.

Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.




Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin
tua,semakin pedas.



Jangan bermuka-muka

Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bis a diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.


[
Posted By blalang to ISUHANGAT at 2/04/2008 01:40:00 AM]