Saturday, October 31, 2009

Budget 2010 - National Automative Policy (NAP)

Dah dengar budget 2010 ? Saya tak sempat dengar sebab dalam meeting room masa tu.
Tak pe, kita boleh dapat membaca nya dimerata rata tempat dalam internet.
Saya hanya terpanggil dalam mendalami NAP, sebab saya pun tertunggu tunggu apakah akan ada perubahan ...
Ya, memang ada perubahan, tetapi ianya tidak menampakkan apa apa impak kepada suasana permotoran di Malaysia. Sebenarnya saya menunggu pengumuman kadar tarif yang lebih rendah dan membolehkan kita membeli kereta import yang berkualiti pada harga yang sepatutnya.
Bukan memandang rendah pada PROTON atau PERODUA, tetapi hakikatnya, harga kereta keluaran mereka masih mahal berbanding dengan pendapatan kita.
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ...1 Malaysia ...
Jika boleh, biarlah PROTON menjadi kereta rakyat, harga rendah, mampu milik. Jika berhutang pun, kurang dari 3 tahun sahaja. Rakyat kelas menengah bawah dan rakyat bawahan sahaja yang merasa tempiasnya. Pak Menteri serta kaum kerabatnya bukan peduli pun.
Rakyat didahulukan ..untuk menjadi PAK SANGGUP moden. Yang penting "pencapaian diutamakan" untuk Gergasi koporat ..yang konon nya menjadi penaung kepada 100,000 pekerja. Saya merasakan ..perlunya PROTON mengeluarkan kereta berharga serendah RM20k untuk keperluan dan kepentingan 1Malaysia.
Bandingkan harga kereta dengan pendapatan per kapita ( sumber http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GNIPC.pdf)
Kebanyakan kereta yang dijual di USA sekitar USD20k pada pendapatan per kapita mereka sekitar USD47K !! Dan di United Kingdom, Pendapatan per Kapita dalam USD45k dan harga kereta yang dijual sekitar GB8k atau sekitar USD 18k.
Nah, cuba bayangkan harga kereta di Malaysia ? Mesti kalian akan tempelak kerana saya membandingkan statistik dengan negara Maju. Reason saya senang sahaja. Mereka US dan Uk dah membuktikan mereka adalah tanda aras untuk kita kejar ...moga ekonomi kita sampai kea rah itu.
Berbalik kepada Harga kereta di pasaran tempatan, maka wajarlah kita menikmati harga yang berpatutan dan pada harga yang ditawar sekarang, sepatutnya rakyat Malaysia sudah mendapat kereta dengan pelbagai ciri keselamatan tambahan seperti Airbag,ABS,EBD dan traction contol yang amat berguna menyelamatkan keselamatan penumpang.
Ubah lah gaya hidup!
Jika itu moto yang dilaungkan sebelum ini ( ingat bila harga petrol setinggi RM2.70 ?) maka tidak salah lah rakyat juga akan benar benar merubah kehidupan!! Biasanya "perubahan"yang efektif bermula dari atas ke bawah!!

No comments: