Friday, June 27, 2008

Jalan Jalan Makan Mee Udang

Lokasi: Aziz Mee udang Pak Ngah Sg Dua, Penang
Cara nak sampai: Kalau dari Selatan terus ke Tol Sg Dua. Sebelum tol ade exit ke Sg Dua. Ambik simpang ke kanan. Jalan terus dalam 500 meter anda akan jumpa warong ini di sebelah kiri. Di hadapan warung ini stesen minyak Mobil [ Kalau tak silap saya ..]


Saya park kereta kat tepi Bendang ..

Sungguh cantik bendang padi yang menghijau di Sg Dua

Yang saya order : Mee udang biasa . Harga RM6.00
ada 5 ekor udang, 2 size s, 1 size M dan 2 size L
Kalau nak udang galah pun boleh, harga timbang RM7.00 per 100g

Sedap ... nyum nyum try laa

Puas ... lihat lah pelanggan yang tidak putus putus hadir ke gerai ini ..
Jika ke Utara, jangan lupa singgah sebentar di sini untuk menikmati
MEE UDANG Pak Ngah, Sg DUA

Thursday, June 19, 2008

Jenaka: Kesan kenaikan Minyak

Refund ? I renew my Roadtax yesterday and I will claim it on July. The cash actually can hold until end of August only ..I spent on fuel almost RM600 per month[old price RM1.92 per litre]!!



Now, I need to change my life style. Sold my BIG car and use small car. Buy Viva and its enough for me, my wife , 2 daughters and maid. Cramp ? The car small ? aahh ... those the only car fitted into my budget now. I follow PM ..Change my life style ....err when PM will change his life style ?

And I need to find more money, thats mean I need extra work !!

It a modern life style. Do you care to use public transport ? How good it is ?
Try laa ..
From Seremban to KL [ Jalan Sultan Ismail, work place]
1. I need to wait Bus from house to Terminal 1 Seremban [ 30 minute - 1 hour ]
2. Que to get SKS [ 15 minit to 1 hour]
3. Arrived KL [ 1 hour, stop near Pasar Seni,]
4. Take Putra LRT [ que and wait 10 minute - 30 minute]
5. Drop at Dang Wangi station [ 5 minute]
6. Walk to office [30 minute]

Total minimum minute: 150 minute [ on the very lucky day !! no jamm, no que and no people rushing to use public transport!!]
or anonther alternative take Komuter Seremban to Bandar Tasik Selatan, exchange komuter to STAR LRT and drop at Hang Tuah and exchange with Monorel and Drop at Sultan Ismail station.
How long ? Lu kira ler sindiri ....

Tuesday, June 17, 2008

La Hot Spring [ Kolam Air Panas La, Jerteh]

Taman Rekreasi Air Panas La [ La Hot Spring ], terletak di daerah Jerteh, Terengganu. Terletak di Kampung LA [ Sebab tu namanya pun La Hot Spring ..La bukan Los Angeles ke ?]. Untuk sampai ke situ perlu menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta. Jika dari Kuala Terengganu, sila menghala ke Pekan Jerteh. Lepas itu ikut sign board [ macam dalam iklan kat TV, miss you go down and follow the sign board"]. Jarak Kampung La dengan Pekan Jerteh lebih kurang 30Km. Lepas tu teruskan ikut signboard ke La Hot Spring , lebih kurang 10Km dari Kampung La. Jangan terperanjat, anda akan menuju ke kaki Gunung Tebu dan melalui kebun kelapa sawit kepunyaan Peneroka Felda Tenang, Jerteh. Walaupun agak jauh, tetapi trip kali ini amat mengembirakan kerana pemandangan flora dan fauna yang cantik!!


Setiba di La Hot Spring, anda kena bayar Tol [ parking ] RM2 kalau tak silap. Di sini disediakan chalet untuk anda bermalam pada kadar Rm 60 [ lebih kurang ..kena tanya sendiri ler ..]. Kalau ikut signboard atas, dari sini anda boleh jungle trekking ke Gunung Tebu dan kawasan sekelilingnya ...ada banyak tempat saya dah tak ingat ...

Gazebo [ Wakaf ] untuk seisi keluarga bersantai meletakkan barang barang perkelahan.

Surau untuk bersembahyang
Gerai Makanan juga ada ..jika anda tidak membawa bekalan, boleh menjamu selera di gerai milik Warga tempatan disitu



Yang ini punca mata air, panas sungguh !! Mengikut kenyataan disitu air ini boleh menjadi sepanas 100 Celcius pada waktu waktu tertentu !!

Punca air ini mengalir dari celah celah batu, saya memang tertarik sangat.
Air yang mengalir sangat banyak !!

Di Kolam ini, ramai yang mengambil kesempatan mandi manda dan merendam kaki. Bau sulfur sangat kuat ... saya rasa kepanasan air tersebut mencecah 50 - 60 celcius. Saya mengambil kesempatan merendam kaki sahaja sebab saya tidak membawa baju mandi bersama. Ini lah padahnya jika kita tidak plan awal untuk ke sana ...walaupun begitu ..anak anak gembira kerana dapat mandi air sungai yang separuh sejuk dan separuh panas ...hmm best best ..lain kali saya datang lagi ..

Wednesday, June 11, 2008

JPN dan Sijil Mati

Kerenah sijil mati

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Seorang bapa terkilan kerana bukan saja terpaksa membayar denda RM10 kerana lewat mendaftar kematian anaknya, malah sijil kematian yang dinantikan itu gagal diperoleh berikutan kerenah birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mohd Supan Abdullah, 63, mendakwa masalah itu timbul apabila dia lewat mendaftar kematian anaknya, Nazarudeen, 32, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 32, Jalan Muar-Segamat pada 28 Mei lalu.

Katanya, kelewatan membuat pendaftaran kematian itu tidak disengajakan berikutan keluarganya dalam keadaan kelam-kabut untuk menguruskan jenazah ke Subang, Selangor dan mendapatkan rawatan menantu dan cucunya yang cedera parah.

“Menantu dan cucu saya yang berusia empat tahun parah akibat kemalangan jalan raya itu. Oleh itu kami dalam keadaan kelam-kabut untuk menguruskan jenazah anak saya dan dalam masa yang sama menghantar menantu dan cucu untuk rawatan.

“Saya hanya membuat pendaftaran kematian di pejabat JPN Johor pada 2 Jun lalu. Ketika urusan dijalankan saya diberitahu kakitangan JPN bahawa kes ini kini dirujuk sebagai kelewatan mendaftar kematian dan dikenakan denda RM10,” katanya, semalam.

Namun apa yang membuatkan Mohd Supan terkilan ialah sijil kematian itu hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh sebulan atau selepas mendapat kelulusan Pengarah JPN negeri.

“Masalahnya, saya memerlukan sijil kematian anak saya itu dengan segera untuk urusan tuntutan insurans dan hal berkaitan keluarga yang lain kerana saya terpaksa pulang bertugas di Pattaya, Thailand dengan segera,” katanya.

Namun, sijil kematian itu dikatakan hanya boleh dikeluarkan dengan cepat sekiranya mendapat tanda tangan daripada pengarah.

“Beberapa kali saya membuat susulan berhubung perkara ini dan yang terbaru semalam, tetapi sijil itu belum ditandatangani kerana pengarah tiada di pejabat kerana menghadiri urusan di Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN Johor ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima rayuan daripada Mohd Supan supaya menyegerakan pengeluaran sijil kematian anaknya.

“Perkara itu sudah diambil tindakan dan kini hanya menunggu tanda tangan pengarah JPN negeri, malangnya beliau kini mempunyai urusan di Putrajaya dan hanya akan kembali ke Johor Bahru minggu depan,” katanya

**********************************************************
Apa kata JPN ? Saya harap kelewatan sengaja atau tidak sengaja tidak lah sampai begitu hukumanya. Karenah Birokrasi harus di buang. Mungkin takrif "Lewat" harus dikaji.
Kenapa harus menghukum waris simati akibat lewat daftar ?
Kenapa sehingga begitu susah sekali procedure jika lewat daftar ?
Tidak cukupkah report polis yang dilakukan oleh waris ?
Atau, JPN sengaja menutup mata membiarkan procedure "lewat" untuk menghukum ?
Saya serahkan pada anda dan mereka yang terlibat dalam polisi tersebut untuk memikirkannya.
Harapan saya, buat lah yang terbaik untuk rakyat ...

Sunday, June 8, 2008

Euro 2008 vs Sukma 2008

Sukma 2008 edisi ke XII telah hampir melabuhkan tirainya. Malam ini diadakan majlis penutup.
Saya kira Tuan Rumah Terengganu masih mendahului Pungutan Emas setakat ini, 55 Emas dan diekori rapat oleh juarabertahan 2006 Selangor 50 Emas. Apa apa pun, tahniah Terengganu kerana penganjuran yang hebat serta tuan rumah menunjukkan aksi yang superb!! Lihat lanjut disini http://www.sukma-2008.com.my/result.aspx

Malam tadi pula bermulanya demam Euro2008, pertandingan prestig bola peringkat Eropah. Dua perlawanan, Swiss lawan Rep. Chech [ 0-2] dan Portugal Lawan Turkey [ 2 - 0]. Bila menyaksikan pertandingan ini kita secara tak langsung akan mengaitkan dengan mutu permainan pasukan Kebangsaan kita. Bilakah agaknya permainan bolasepak kita kembali menyaingi Eropah ? Jika diteliti ulasan Arsene Wenger tentang Cesc Febregas, " Walaupun cesc berbadan kecil tetapi kerana ketajaman pemikiran beliau dapat mengatasi lawan yang lebih besar dan sasa". Saya rasa, pemain kita juga tidak kurang pandainya, perlu diasah minda lagi ketika bermain supaya lebih pantas berfikir sambil bergerak. Kelajuan sudah menjadi asas dalam bola sepak moden, tetapi tidak mustahil permainan kita boleh menyaingi kepantasan mereka dengan gerakan bijak dan tersusun!!

Anda peminat setia bola, pasukan manakah yang anda sokong ? Yang manakah akan menjadi juara euro2008 ?

Bagi saya, France itu pun jika lepas pusingan 1 [kumpulan maut ni] !!

Friday, June 6, 2008

Emas Hitam ... kenaikan yang munasabah

Tajuk Utama Akhbar Utusan hari ini
  1. Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan

  2. Pengusaha Lori mula naikkan Sewa
  3. Kos Petronas meningkat lebih 200%, ramai tidak peduli - Hassan
  4. Inflasi cecah 5% bulan ini
  5. Rebat tunai di 686 Pejabat Pos
  6. Kadar baru cukai jalan diumum Ogos
Hmm baru 2 hari pengumuman harga baru PETROL RM2.70 pelbagai respons dah keluar. Nampaknya strategi mengekang inflasi tidak diaturkan dengan betul.
  1. Pengumuman kenaikan Harga PETROL terlalu mendadak !!
  2. Kadar Baru cukai jalan [ baru nak diumumkan ogos nanti] selepas 2 bulan minyak naik
  3. Jangkaan inflasi 5% , naik dari 2% sekarang ini.
Rebat tunai masih belum jelas procedurenya ...
Tup tup PETRONAS umum kos pengurusan [ Overhead cost] naik 200%. Tapi untung tetap berbillion billion. F1 tetap di taja.
Alahai ..kasilah kami 1 Billion tu ..cash atau kerajaan larang penjualan petrol kepada luar. Petrol yang digali di Malaysia untuk Malaysia ..mesti cukup untuk 30 tahun !!

Secara rasminya, apakah langka anda untuk tidak terjebak dalam kemelut ini ?
  1. Makan Ubi ?
  2. Kayuh basikal ?
  3. Tidak melancong ?
  4. Simpan duit bawah bantal ?
  5. Jual kereta ? Naik BAS ?
Ke manakah pergi nya subsidi 4 Billion [ masa Kerajaan umumkan kenaikan 30sen dulu].
Kemudahan awam di sekitar KL memang teruk !! Di luar KL lagi lagi teruk!!
Jika Rakyat kena ikat perut, kena berjimat ..saya juga menyeru Kerajaan Malaysia untuk bersama sama berhemah.
  1. Potong gaji YB 40%
  2. Potong Gaji Menteri 40%
  3. Potong Elaun elaun YB dan Menteri 40%
  4. Potong Budget Kerajaan 40%
  5. Kurangkan lawatan kerja ke Luar negara 40%
Umumnya kurangkan segala nya 40% ..lihat ..berani atau tidak ?
Sebab kami kena tanggung kenaikan 40%!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 5, 2008

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan
mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan
penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh
kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami
ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah
gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan
akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda
yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi
Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon
kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu
sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala yang mengasihani" .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang
lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa
Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan
doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

ps: petikan dari email , jadi kalau saudara semua kena demam atau penyakit kronik, kita harus bersedia menerimanya dengan redha. Kunci ketabahan orang yang dalam kesakitan adalah Redha ..selepas kita redha kita akan lebih mudah menghadapi segala kemungkinan.
Tuhan sayang kan hambanya, maka dengan itu ia diuji dengan pelbagai cubaan.

Tuesday, June 3, 2008

Back to the NET after 2 weeks off line

Hi ..
Lame gak offline ni ..tapi bagus juga sekali sekala korang offline lame lame ..
Baru rasa hidup dalam reality .... Banyak perkara yang dilakukan dan yang dah berlaku ...
Tak pe ..korang terus kan kehidupan korang sementara aku cuba untuk mengarang sikit sebanyak pengalaman offline dari dunia cyber [ Termasuk Handphone] selama ini.
Dulu rasa macam tak leh hidup ..rupa rupa nya boooleh!!

Banyak kerja yang terbengkalai ni, Kedai online aku tak siap lagi ni ..kain batik sutera corak baru banyak masuk ni ...
Stok lame sutera dah habis ... ... dan kehidupan aku harus diteruskan ...

Aku sempat jugak singgah untuk bersama sama rakyat Terengganu masa perasmian SUKMA tempoh hari .. ye lahh tengok stadium baru yang canggih gituuuu