Sunday, January 6, 2008

Rumah tradisi Melayu Terengganu : Renovasi

Photobucket

Alhamdullilah, Project 2008 telah bermula.

Deskripsi Projek: Ubahsuai rumah tradisi melayu Terengganu. Melibatkan penggantian dinding kayu sekeliling yang telah reput atau rosak. Juga melibatkan ubahsuai hiasan dalaman.

Deskripsi Rumah: Rumah ini dibina diatas tanah di Kg Hiliran Jejawi, Kuala Terengganu. Lokasi rumah berhampiran dengan Pulau Kambing dan Losong. Mengikut keterangan asal, rumah ini didirikan pada tahun 1963. Tuan asal rumah ini adalah Arwah Cikgu Long [ 1990] dan Pn Anung [1998] { Al fatihah }. Perhatikan "Pacang" yang menjadi simbol rumah Tradisi Terengganu [ sila lihat di atas bumbung rumah ]. Rumah ini pernah mengalami proses ubahsuai pada tahun 1978. Asalnya rumah ini hanya 1 tingkat, dan diubah menjadi 2 tingkat dan di tambah ruang dapur basah dan kering [ 1978 : pada kos kurang lebih RM8,000 ]

Jangka siap: Proses ubahsuai ini mengambil masa 2 - 3 bulan dan dibiayai sepenuhnya oleh pemilik tuan rumah [ anak kepada Arwah Cikgu Long, Pn Fatimah ]

Objektif Ubahsuai: Untuk menggantikan dan memastikan struktur rumah terjaga baik dan kekal untuk 15 tahun akan datang supaya menjadi warisan dan kebanggaan untuk keluarga Cikgu Long. Rumah ini juga akan berterusan menjadi tempat berkumpul waris Cikgu Long pada masa hadapan.


No comments: