Pepagi lagi kami dah bangun.. kol 6 am seme dah siap..
Perjalanan ke Tangkuban Perahu dalam sekitar 45 minit - kalau 'macet' yg biasa2 jer.. Apa2 pun - keluar awal2 pagi..
Belum pun sempat kami habis 'posing' dengan berlatar belakangkan kawah gunung berapi yg baru pertama kali dilihat secara 'live'..
...tiba2... kabus datang meliputi pemandangan... huhuhu.. tak sempat nak snap view perahu yang terlungkup tu - yg menjadikan namanya 'Tangkuban Parahu'...
Tak per.. makna nyer kena datang lagi laa tu utk sesi 'menembak'..
Desiran gas sulfur masih boleh didengari.. bau belerang usah citer laa..
Tak perlu risau.. you'll get used to it soon... lagi pun, tak ada masa nak layan tu semua..
Rasa 'excited' menyaksikan pemandangan di sini mengatasi segalanya.. subhanallah...
Juga ada 'anjung' - port bagus utk shooting dgn kawah nun... dgn syarat, tak berkabus yekk..
Jika perjalanan ingin diteruskan hingga ke tepi kawah, pastikan ada 'guide' yg membawa kita.. sebab bila nak balik nanti tak guna jalan yg sama - terus jer 'tembus' ke jalan di bawah.. tak kuasa nyer kome nak panjat semula 'gunung' ni wehh...
..pokok memang tinggal rangka jer.. tanda pernah dilitupi debu gunung berapi tersebut..
Mana-mana tempat 'wisata' - memang akan yg berjualan mencari rezeki.. sesuap nasi..
bukan setakat deretan kedai2 ni sahaja, juga ada yg 'direct selling' - mengikuti setiap jejak kita..
Memang mereka ni benar2 gigih mencari rezeki.. Jika 'terganggu', tolak laa dgn baik dan penuh berhemah.. mereka hanya mencari rezeki..
Di deretan ni laa banyak souvenir Tangkuban Parahu - t-shirt.. fridge magnet.. angklung.. etc.. etc..
Pandai tawar, dapat laa murah.. datang pepagi gini senang = 'pecah telur'..
Harga 2 keping (sebungkus) fridge magnet yg asalnya diletakkan Rp50k - boleh ditawar sehingga 4 bungkus (8 keping) = Rp70k !!
Tu pun rasanya boleh tawar lagi.. tapi dah tak sampai hati daa..
so, conclusion.. I wuz here in 2012 with my family...
No comments:
Post a Comment