Ramadhan 1430 kali ini, kami sekeluarga berkesempatan pulang ke Kuala Terengganu. Suasana yang hebat apabila anda berpuasa dan berbuka di Terengganu. Sebelah malam, bersembahyang di Masjid Kristal sambil di Imamkan oleh Imam dari Mesir Abd -ElRahman Mahmoud.
Bercerita tentang berbuka puasa, inilah masa untuk kita melihat pelbagai jenis kuih muih. Tetapi kali ini saya hanya memaparkan kuih kuih yang biasa terdapat di KT.
Kuih Penganang
Kuih lompat Tikam
Kuih Batang Burok ( dalam bungkusan Daun Pisang).
Kuih Batang Burok yang telah dibuka, rasanya enak sekali. Cubalah. Namanya sama seperti kui "Batang Burok" yang femes masa Hari Raya, tapi ropanya berlainan sekali ...
Dari Kiri, Kuih Chara, Chara Berlauk dan Asam Gumpal. Di sini, RM 1 untuk kuih chara kita dapat 8 biji :) ...
Beginilah rupa "Asam Gumpal", inti kelapa rupanya ...
1 comment:
Asang Gupal yang Pokku ingat ada kuoh.
Tiap tiap kali posa, miss nekbat.
Post a Comment