Wednesday, July 23, 2008

Di manakah kewarasan penyelengaraan Proton Perdana sebgitu mahal ?

Biar saya berbicara, dimana kewarasan dan pertimbangan sehingga begitu mahal kos penelengaraan sebuah kereta sehingga mencecah ratusan ribu ringgit ?

Bagi yang sudah biasa menyelengara kereta, kemungkinan kereta tersebut telah pecah engin, rosak gearbox, tukar cat, tukar tayar, penghawa dingin rosak dan ECU yang malfunction.
Inilah kos yang besar.
Biasanya, ini berlaku bila batuan kereta mencecah 150,000KM ke atas.
Saya menuntut ketulusan kerajaan Ahmad Said supaya menyiasat kos sebenar. Jika didapati ada penyelewengan, biarlah undang undang yang mendakwa mereka yang terlibat.
Bagi PROTON, ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kereta NASIONAL.
Saya menyokong pembelian Mercedes baru, tetapi kegunaan mestilah untuk kegunaan RASMI.
Kereta tersebut mestilah diletakkan di Garaj Kerajaan, dan bukan di rumah pegawai tinggi yang mendapat faedahnya.
Dan lantiklah BENGKEL PANEL supaya mudah pemantauan dibuat.

Petikan Utusan Malaysia 23 Julai 2008
Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).

“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.

Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.

Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.

Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.

“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.

Tuesday, July 22, 2008

Procedure naik taraf HP Ipaq RW6828

Assalamualaikum,
Saya menulis procedure ini untuk membantu pengguna siri HP Ipaq RW68x8 yang terperangkap dalam OS WM5 yang lama lagi perlahan.
Setelah 2 minggu kajian, saya telah berjumpa dengan satu group yang telah berjaya menghasilkan software untuk upgrade Ipaq kesayangan ke OS WM6.1
Sebelum memulakan apa apa proses, pastikan kita telah faham sepenuhnya risiko yang bakal di hadapi :-
  1. PDA kong --> Buang tong sampah
  2. Update fail --> ROM korup
  3. Tak cover warranty
So sebelum mulakan pastikan PDA dah habis warranty.

Untuk merenjis semangat korang aku upload screen capture PDA aku yang telah di upgrade sebulan yang lalu ..best best, laju superb !! siap ada flying windows ...Lihatlah screen capture diatas ..saya pun tak percaya di Seremban2, Line celcom disana ada EDGE ..betul ke ? Tapi itu yang HP saya dapat ...menda ni dah dikesan sebelum saya upgrade OS lagi...
Hanya CELCOM yang boleh beritahu kenapa ada EDGE kat Seremban 2, tapi tempat lain tak de ler pulok ...
Itulah sebahagian dari screen capture yang ada dalam HP Ipaq RW6828 saya. Saya juga telah install program Pocket Islam ..memang best ..sangat membantu saya dalam soal solat 5 waktu ..


Ok berbalik kepada Procedure installation.
Ini checklist yang perlu:-
  • HP IPAQ RW6828 / RW6818 [ Jika tiada, abaikan procedure yang seterusnya]
  • Mini SD card [ Saya hanya menunjukan cara cra upgrade dengan mengunakan SD card ..]
  • diskimage dari NHOCBANME [ ini fail dia diskimg.nb0 ..size MESTI 64,000 KB]
  • Flash card Reader [ untuk copy diskimage yang telah dimuat turun ke mini SD anda ]
  • Computer Berinternet [ untuk download dan backup HP anda..]
  • Charge HP IPAQ anda ..100% [ Kalau bateri abis semasa upgrade ..sendiri tanggung ..]
Untuk download file boleh "google : diskimg NHOCBANME", ambil yang paling latest ..Feb 2008
-->> http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=389743
Cara untuk upgrade :
  1. Keluarkan Card CELCOM / DIGI / MAxis dari HP sehingga selesai [ yang ini perlu offkan dulu HP, keluarkan bateri dan cabut SIM card anda ]
  2. Keluarkan Mini SD dari HP anda
  3. Backup kesemua content Mini SD anda ke Komputer [ guna flash card reader ]
  4. Backup dan sync contact phone anda ke komputer anda [ Guna usb sync cable ]
  5. Pastikan 3 langkah diatas telah anda lakukan dengan jayanya kerana bila OS upgrade sama seperti kita mmbuat "hard reset"
  6. Padamkan semua content dan directory dalam MiniSD card anda [ dalam kata mudah ..format SD card ...]
  7. Copy / Salin file yang anda download "diskimg.nbo" ke Mini SD card
  8. Pastikan :-
    • Saiz file tersebut 64,000 KB genap
    • namanya : diskimage.nb0
    • fail berada pada root folder [ bukan dalam direktori ....kalau ada alihkan pada root]
    • Tiada file lain
  9. Bina satu folder baru dalam Mini SD card anda , folder bernama CABS
  10. Masukkan mini SD card anda kedalam IPAQ
  11. Keluarkan Stylus Pen
  12. Tekan Butang Kiri dan Kanan IPAQ anda serentak

  13. Cucuk stylus pen anda pada lubang reset [ Sekejap jer ..]
  14. Pastikan anda masih menekan butang kiri dan kanan sehingga keluar LOGO HP, kemudian lepaskan butang tersebut
  15. Biarkan proses menggantikan ROM berjalan kira kira 30 minit
  16. Apabila selesai, HP anda akan automatik restart
  17. Anda akan di Prompt dengan screen tertulis perkataan NHOCBANME
  18. off semula HP, dan masukkan kad SIM anda
  19. On dan selamat menggunakan HP IPAQ be OS WM6.1
Sebarang kemusykilan sila tanya disini sahaja.
Ingat, proses ini adalah dibawah risiko anda sendiri.
Thanks

Wednesday, July 9, 2008

Kempen 3: Belilah di kedai yang menjual pada harga murah

Saya menyeru kita semua membeli di kedai yang menjual harga yang murah.
Murah bukan bererti kita membeli beras hancur, ikan yang pecah perut atau bawang yang sudah busuk.
Murah jika dibandingkan dengan kualiti dan tawaran tawaran kedai lain. Janganlah kita abaikan soal keselamatan makanan. Ini penting, minda yang cerdas dari makanan yang bermutu !!

Di Bangi, saya mendapati Kedai Petronas menjual BERAS FAIZA tempatan pada harga RM28.00. Manakala di Fasa 1, BBB ada sebuah kedai yang menjual beras pada Harga Rm26.50. Ini sudah cukup murah jika dibandingkan dengan beberapa pasaraya "gergasi" lain yang menawarkan beras pada kualiti yang sama tapi pada harga yang jauh lebih tinggi sekitar RM40 ...mahal tuu.

Di pasar malam, terdapat peniaga yang menjual sayuran daun pada harga 50sen seikat ...okey lah ..
Cuma harga ikan basah tidak banyak beza antara peniaga pasar malam dan pasar raya!!
Jika tuan puan melayari internet, kita boleh mendapatkan banyak barangan pada harga yang murah ..kenapa tidak kita membeli nya ? Penjimatan penting untuk kita semua menghadapi kesan inflasi yang akan menunjukan taringnya sebulan dua lagi ...

Pesan saya, bersedialah ...

Friday, July 4, 2008

Kempen 2: Kesan kesan ke atas kita

Petikan penuh boleh di baca dari laman web Dr Mahathir http://www.chedet.com
Saya bukanlah pecinta Dr M, tetapi beberapa kenyataan menarik yang saya hendak kongsi supaya kita tidak leka. Kepayahan hidup hari ini bukanlah semata mata atas faktor tempatan, ia juga dipengaruhi faktor luaran. Kita terkena terus dengan faktor luaran tanpa ada apa apa penampan dari pihak kerajaan.
Kenapa saya berkat begitu ? Lihat lah harga Beras yang telah kerajaan canangkan ..Dunia kekurangan makanan ..harga beras dunia meningkat ..dan lain lain lagi ..
Akibatnya, harga beras di pasaran tempatan pun naik hingga 100% , sungguh kejam permainan perniagaan hari ini.
Saya tidak pasti, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi 2-3 tahun lagi ?
Sudahkah anda bersedia ?

Berikut petikan lama web Dr M. Baca dan hayatilah minda beliau
31. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.

32. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.

33. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.

Thursday, July 3, 2008

Kempen 1 : Turun harga barang keperluan

Jom Pakat Turunkan Harga Barang
Hari ini, marilah kita sama sama berjuang unutk menurunkan harga barang barang yang nampaknya naik menggila.
Tiada tindakan ataupun pelan yang benar benar berkesan.
Kesan kesan ini sangat buruk pada ekonomi kita untuk tempoh sekurang kurangnya 2-3 tahun.
Senarai Harga hari ini:-
  • Minyak Petrol : RM2.70/l
  • Beras : RM40/10kg untuk beras istimewa tempatan 5%
  • Tepung gandum : RM2.50/kg
  • Ayam bersih : RM7/kg
Kalau tuan tuan ada senarai harga barangan sila beri pada saya. Biar saya simpan buat graf unjuran sehingga 1 tahun.
Jom sama sama kita sumbangkan idea bagaimana kita harus bermula.
Isu beras : Kenaikan harga sehingga 100% dalam pasaran tidak dapat diterima. Malaysia sendiri menghasilkan 70% keluaran padi tempatan, makna nya hanya import 30%.
Takkan yang import dapat menentukan harga beras tempatan ??
Ada yang mengambil untung atas kesusahan kita ......
Harga sebelum: RM 2 /kg
Harga Selepas: Rm 4/kg
Jika tuan tuan menyimpan 10 tan metrik beras dalam stor pada harga lama, secara automatiknya tuan tuan akan mendapat untung sebanyak
== [ Harga Selepas - Harga Sebelum ] x [10 tan x 1000 kg/tan]
== RM2/kg x 10,000 kg
== RM20,000
secara sekelip mata pengedar beras dapat untung sebanyak RM20,000 .
Itu baru 10 tan, kalau ada beratus ratus tan macam mana ?Lu pikir ler sendiri

Berita pelik : Kes Liwat DSAI dan Saiful, Akuan bersumpah Raja Petra, Kes Altantuya, Kes Hakim Ian Chin dan pelbagai lagi kes sampingan

Jangan kita lari dari isu asal kita sebagai rakyat. Biar kan Berita pelik itu di selesaikan oleh mereka sendiri. Benar tetap benar. Hanya masa yang menentukan [ Seperti Hang Jebat ... ]