----- Kg Hiliran Jejawi, Kuala Terengganu. Rumah tradisi Terengganu. -----
Thursday, August 27, 2009
Khazanah makanan dari Ganu Kite
Wednesday, July 23, 2008
Di manakah kewarasan penyelengaraan Proton Perdana sebgitu mahal ?
Biar saya berbicara, dimana kewarasan dan pertimbangan sehingga begitu mahal kos penelengaraan sebuah kereta sehingga mencecah ratusan ribu ringgit ?
Inilah kos yang besar.
Biasanya, ini berlaku bila batuan kereta mencecah 150,000KM ke atas.
Saya menuntut ketulusan kerajaan Ahmad Said supaya menyiasat kos sebenar. Jika didapati ada penyelewengan, biarlah undang undang yang mendakwa mereka yang terlibat.
Bagi PROTON, ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kereta NASIONAL.
Saya menyokong pembelian Mercedes baru, tetapi kegunaan mestilah untuk kegunaan RASMI.
Kereta tersebut mestilah diletakkan di Garaj Kerajaan, dan bukan di rumah pegawai tinggi yang mendapat faedahnya.
Dan lantiklah BENGKEL PANEL supaya mudah pemantauan dibuat.
Petikan Utusan Malaysia 23 Julai 2008
Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6
KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.
“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.
“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).
“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.
Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.
Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.
“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.
Tuesday, June 17, 2008
La Hot Spring [ Kolam Air Panas La, Jerteh]
Setiba di La Hot Spring, anda kena bayar Tol [ parking ] RM2 kalau tak silap. Di sini disediakan chalet untuk anda bermalam pada kadar Rm 60 [ lebih kurang ..kena tanya sendiri ler ..]. Kalau ikut signboard atas, dari sini anda boleh jungle trekking ke Gunung Tebu dan kawasan sekelilingnya ...ada banyak tempat saya dah tak ingat ...
Gazebo [ Wakaf ] untuk seisi keluarga bersantai meletakkan barang barang perkelahan.
Surau untuk bersembahyang
Gerai Makanan juga ada ..jika anda tidak membawa bekalan, boleh menjamu selera di gerai milik Warga tempatan disitu
Yang ini punca mata air, panas sungguh !! Mengikut kenyataan disitu air ini boleh menjadi sepanas 100 Celcius pada waktu waktu tertentu !!
Punca air ini mengalir dari celah celah batu, saya memang tertarik sangat.Air yang mengalir sangat banyak !!
Di Kolam ini, ramai yang mengambil kesempatan mandi manda dan merendam kaki. Bau sulfur sangat kuat ... saya rasa kepanasan air tersebut mencecah 50 - 60 celcius. Saya mengambil kesempatan merendam kaki sahaja sebab saya tidak membawa baju mandi bersama. Ini lah padahnya jika kita tidak plan awal untuk ke sana ...walaupun begitu ..anak anak gembira kerana dapat mandi air sungai yang separuh sejuk dan separuh panas ...hmm best best ..lain kali saya datang lagi ..
Tuesday, May 20, 2008
Trip Mencandat Sotong: Project De'Sotong
Project De'sotong telah diilhamkan oleh Saudara Md Ranzi. Maka saya sebagai tuan rumah [Gganu] telah diberi task untuk mendapatkan Bot Candat Sotong[ Naik di Jeti Marang, Terima Kasih Buat Pak Mat & Tekong Pok De Awi].Trip kali ini sangat berjaya kerana lebih daripada 20 ekor sotong Saiz XXL berjaya di tangkap. Manakala saudara Baharum berjaya menangkap sotong saiz M [ sotong yang bermain diatas air] yang saya kira lebih dari 20 ekor. Tahniah sebab hanya 3-4 orang sahaja yang biasa ke laut ..yang lain baru 1st time!!
Aktiviti sampingan lain termasuk membeli ole ole di Pasar Payang, berjalan di sekitar Losong termasuk Jeti Pulau Kambing dan melawat serta bersembahyang di Masjid Kristal.Saya sebagai tuan rumah juga amat terharu diatas kerjasama mereka untuk mensedekah bacaan Yasin untuk abang Ipar saya yang sakit kuat [ Che Mazlan bin Sulong]. Jasa kalian hanya Allah yang balas.
Sebagai tuan rumah juga saya tidak ketinggalan mempromosi 3 jenis masakan Gganu :-
- Nasi Dagang [ Kedai Ladang]
- Ikan masak Singgang [ Ikan Aye] -> tapi depa kata itu ikan TUNA ha ha
- Gulai Ayam Gganu
Jangan serik untuk pergi mencadat lagi, Marilah kite ke Teganu!!! Banyok weh ikang dan sotong segar ....
Wednesday, April 23, 2008
Kopitiam di Kemaman
Maka dengan bersemangat nya saya singgah di Kemaman dan mencari kedai kopi Hai Peng. Tak susah.
Kalau dari Kuantan, terus hingga ke Simpang 4 Trafik ke Bandar Kemaman, masuk ke Kanan, kedai Kopi ini berada di sebelah kiri, kira kira 50 - 70 Meter dari simpang.
Jika dari Kuala Terengganu, terus masuk kiri. Dan perhatikan sebelah kiri.
Tapi awas, tiada tempat parking kereta disepanjang jalan ini. Anda harus pusing semula kerana betul betul dihadapan Kedai ini ada kawasan letak kereta.
Macam mana nak pergi .. cari sendiri ...heh he he saya pun
Lihat begitu ramai pengunjung di waktu petang [ jam saya pukul 4.45 pm]
Apa apa aje lah ..
Thursday, April 10, 2008
Dapak Sikik Cuko’ ah, Dapat Banyök Mujo ddö’öh...
Dapak sikik cuko’ ah, dapak banyök mujo ddö’öh,
Bila aku jjupe hari sedih atau hari hök nök geröh,
Aku nggelik bila napök dia jjalang kèdèk-kèdèk,
Denge tèh tarik segelah aku pong nnyanying mmölèk.
Dapak sikik cuko’ ah, dll.
Aku sigong gi habih pikirang hök dok nök nnyusöh;
Orang llaki suka nnawang, hidop ning tepak ggöcöh;
Galök, dök mmusang, itulah möda aku ddalang köcèk,
Aku bèbah gi mana-mana, takdök orang buléh kösèk.
Dapak sikik cuko’ ah, dll.
Kalu setahong nök nnyusöh, ggitulah gamök-öh,
Dapak kawang saing rödöng rasanya imboh-döh:
Bila hati lege dang suka sebab jjalang jauh döh,
Wak apa nök tèngök kalu jalang tu banyök lecöh?
Dapak sikik cuko’ ah, dll.
Nasib tu biarlah dok jjalang ssorang diri ikut dia;
Mari ssining, gi dinung ke, kita dök léh nök kata:
Mari senang kita lege, susöh bukang kite nök mitök,
Döh nök wak guane: "Aku terima, kena ök lah jugök!"
Dapak sikik cuko’ ah, dll.
Labels: Robert Burns
posted by Awang Goneng at 11:04 AM
Blogger Halimsaleh said: Bagus sungguh saudara Awang Goneng kita. Boleh pulok translate sajak Inggeris ke sajak Teganu, dengan kate kate yang cukop rase ..
Kalau ada sesiapa yang berhajat nok tahu cakap' Gganu, pergi lah ke blog beliau ..fuhh terbelit lidah 10 x kali :)
Ada satu lagi, ini promo ..hok sape sape yang nok tahu kisah beliau di Teganu, belilah Buku beliau yang bertajuk " Growing UP in Trengganu".
Bace dulu, kalu dok faham, baru tanya ssini atau tanya direct ke owner ..Awang Gooneng !!
Mane nok dapat buku ggini ?? Aloh, carik jer kat MPH, musti ade...tanye kek mek hok jage konter .."Buku Awang Goneng ..ade jual ssini do' ?"
Kate mek , " Abang tengok kat Rak depan tu, sebelah pintu ...belah kiri"
Uissh ..dier letok buku ni kat depang!! ingatkang kat belakang!!
Ke guane ? Gitu gitu aje lerrr ..beli jangan tak beli ....
Lepas beli bace , kurang kurang bleh gok tamboh statistik rakyat membaca buku rakyat Malaysia tahun 2008!!
Selamat Aman Makmur
Sunday, March 16, 2008
Cuti cuti di Kuala Terengganu
![]() |
| School Holiday mac 2008 ( klik pada Gambar ) |
Sempena cuti sekolah [ 1 minggu] saya mengambil kesempatan untuk pulang ke KT selepas mengundi dan menghadiri majlis Kahwin sepupu di Triang, Pahang.
Jika ke Kuala Terengganu, apa yang terlintas difikiran anda ?
Sudah tentu Keropok lekor dan Kain Sutera Terengganu yang murah !!
Berada di negeri Terengganu memang menyeronokkan, bermula dari bangun pagi anda boleh membeli bermacam macam juadah pagi seperti Nasi dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak dan Kuih muih.
Di mana hendak merasa semua ini di pagi hari ?
Senang sahaja, jika dari bandar KT pergi sahaja ke Ladang, Kuala Terengganu. Ada beberapa deretan gerai. Kunjungilah salah satu dan enjoy lah makan pagi anda bersama keluarga. Saya biasanya menghabiskan 2 hingga ke 3 bungkus makanan yang pelbagai di atas meja. Cubalah.
psss Ladang adalah nama tempat berhampiran Batu Burok dan Primula Beach Resort.
Selesai bersarapan, pergilah ke Syah Bandar [Berhadapan dengan Pejabat POS dan Stesen bas lama]. Tunggu lah"Bas Kayu" yang unik. Naiklah bas ini dengan bayaran RM1 .
Bas ini akan membawa anda berpusing pusing sekitar KT. Bermula ke arah Masjid Terapung, Nor Arfa Batik Craft Center, dan berpusing balik ke Bandar KT dan terus ke Losong.
Dari losong ia melalui Muzium Losong [ Muzium terbesar di Asia] dan terus ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam [TTI]. Anda boleh turun di sini, dan menaiki bas yang berikutnya untuk balik ke SyahBandar.
Perjalan pulang akan melalui Losong dan ia berhenti di salah satu gerai yang menjual keropok Lekor Terengganu. Belilah ....makan yang rebus pasti sedap!!
Sampai di Syahbandar, anda boleh berjalan kaki ke Pasar Payang atau pergi ke jeti untuk untuk menaiki bot menyusur sungai Terengganu ..terpulang pada anda ....
Apa ada di Pasar Payang ? Macam macam ada ... kain sutera, batik, barangan logam, tembaga, cenderahati, keropok, ikan dan banyak lagi ...datang sendiri dan sediakan poket yang penuh untuk membeli belah ...
Untuk makan tengah hari, anda boleh menikmati makan di Kedai makan di Pasar Payang . Untuk bersolat, anda boleh berjalan ke Masjid Puteh, betul betul di tengah bandar KT.
Sebelah petang anda boleh duduk Pantai Batu Burok sambil menikmati juadah keropok, ikan, udang dan sotong goreng.
Gerenti anda suka sehari di KT.
Thursday, January 31, 2008
Pulau Kapas
Tiada kata secantik bahasa,
Tiada gambar secantik foto diatas ..
Oh ya, jangan lupa membawa bekalan makanan sehingga petang. Disini kurang kedai makan, jadi yang terbaik ialah dengan membawa makanan sendiri.
Untuk mandi manda tidak digalakkan kerana air nya gatal [ ada umpai umpai halus ] .
Tapi, saya terjun jugak kerana air laut yang sungguh jernih ......
Wednesday, January 23, 2008
Sehari di Kuala Terengganu
Breakfast ...and Tea ...
Kat sini, yang sedapnya kuah gulai ikan "aya" [ Tongkol] campur dengan Nasi dagang ... perghhh ..meleleh air liur ...
Pelbagai pilihan kueh mueh ... sila kan .....
For English reader [ potential tourist], Actually you can enjoy more foods for breakfast. The famous one are Nasi Dagang, Nasi Minyak and Nasi Kunyit. Try find out these food at Pasar Payang, Terminal Bus, Ladang and various places in Kuala Terengganu. Nearby my project, Pasar Chabang Tiga also got various local food.
Maybe, Terengganu peoples more knowledgeable than me ..[ aiyaa ..I'm not "Anak Terengganu"] . One day, I will snap all foods sold here, and when you come here ..please please please try it out .... you will love it ..believe me ..adioooss
Good Morning Terengganu
New Building for "Pasar Payang" [ ??? I'm not sure ] . Very nice and beautiful building.
Laksam .... try it out ..sure "tak nyesal punye".

