Showing posts with label Ubahsuai Rumah. Show all posts
Showing posts with label Ubahsuai Rumah. Show all posts

Friday, April 25, 2008

Grill : Langkah keselamatan


Rumah sudah berada di fasa terakhir. Sentuhan Grill sebagai langkah keselamatan. Sejarah nya, rumah ini sudah banyak kali cuba dimasuki oleh orang asing. Ye laa.. Rumah dikawasan BANDARAYA !

Grill warne putih dipadankan semula dengan kaler rumah

Rumah atas juga di pasang grill. Penjara kah ini ?

Faktor keselamatan yang di utamakan.
Selepas ini, Kerja kerja memotong 3 Batang Pokok yang berusia lebih 20 tahun akan dijalankan.

Tuesday, April 8, 2008

Koleksi gambar [ baru 1/3 jer tu banyaak lagi ]




Layan ... kualiti gambar kurang memuaskan disebabkan terpaksa download dari internet semula, dan telah dikecilkan pixelnya ...untuk memudahkan upload video ini ke internet untuk tatapan semua. Sekali lagi terima kasih ...

Yesterday Once More [ 1st Song]

When i was young
I'd listened to the radio
Waitin' for my favorite songs
Waiting they played i'd sing along
It made me smile

Those were such happy times
And not so long ago
How i wondered where they'd gone
But they're back again
Just like a long lost friend
All the songs i loved so well

(*) every sha-la-la-la
Every wo-wo-wo
Still shines
Every shing-a-ling-a-ling
That they're starting to sing's
So fine

When they get to the part
Where he's breakin' her heart
It can really make me cry
Just like before
It's yesterday once more

Lookin' back on how it was
In years gone by
And the good times that i had
Makes today seem rather sad
So much has changed

It was songs of love that
I would sing to then
And i'd memorize each word
Those old melodies
Still sound so good to me
As they melt the years away

Repeat (*)

All my best memories
Come back clearly to me
Some can even make me cry
Just like before
It's yesterday once more

Love story [ 2nd Song]
Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start

With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'd never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart

She fills my heart with very special things
With angels' songs , with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That anywhere I go I'm never lonely
With her around, who could be lonely
I reach for her hand-it's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there

Thursday, March 27, 2008

Dulu dan Kini























Past and Present. Inilah antara objektif asal pengubahsuaian rumah ini. Keadaan asal yang sudah uzur dimakan usia diganti dengan yang baru. Lihat berbandingan bilik air. Dulu, ada kolah tetapi kini hanya ada pancuran air sahaja. Ruang kolah dibuang menjadikan ruang bilik air luas dan selesa. Jubin juga ditukar kepada warna yang lebih garang dan berani ..Kuning!!

Wednesday, March 26, 2008

Cerita tentang sinki

Cerita tentang sinki, he he saya sebut sink + Ki jadinya sinki. Just panduan untuk you all semua, kalau modified atau renovate dapur kat area sinki korang bleh buat cam aku buat ni ha. Tak caya tengok gambar diatas. Ada perasan tak ape apa perbezaan dengan sinki biasa ?
Design 2 sinki. Sebenarnya memudahkan kerja kerja membasuh pinggan dan cawan. satu sinki untuk meletakkan pinggan dan cawan kotor dan sebelahnya untuk pinggan dan cawan yang hendak dibilas. Dalam erti kata yang lain, kerja membasuh dan membilas pinggan mangkuk dan cawan bleh dibuat secara berpasangan ..heiii romantik tuuu. Tapi kalau rase malas, sorang pun dah cukup heh ....

Yang kedua pulak, dengan sengaja nya area sinki tu ada "barrier". Cuba perati betul betul. Design ni aku dapat bile melawat rumah Ipar aku. Kebetulan dier pun tengah renovate kat dapur. Reason nya ialah untuk mengelakkan air dari terus tumpah ke lantai, people said in Manglish " to avoid water from spill to the floor" dalam laen bahasa
  1. Um Wasser aus dem Boden zu Spill [German]
  2. [Arab] لتجنب تسرب المياه من اجل الكلمه
  3. Per evitare la fuoriuscita di acqua dal pavimento [Italy]
  4. D'éviter les déversements d'eau de la parole [France]
  5. Para evitar derrames de agua a la palabra [Spanish]
  6. を避けるために、床に水をこぼす
    [Japan]
  7. 为了避免水溢出到地板 [Chinese]
Macam mane nak sebut itu aku pun tak tahu ....

ps: Bahasa&tulisan yang diguna pakai adalah dari dialek harian orang "Kota Key Ell"

Sunday, March 23, 2008

Kayu lerek : Seni Melayu

Lihat Kayu lerek dipasang di bahagian atas rumah. Kemas dan menarik setelah di "varnish". Idea meletakkan kayu lerek disini datang setelah dinding asal dibuang akibat dimakan anai anai. Demi keselamatan anak anak, kami mungkin menambah lagi beberapa ciri penghadang dibahagian ini seperti kayu buluh atau grill besi.

Tuesday, March 18, 2008

Cat dalaman dan Lantai

Lantai Dapur Kering siap , yang belum tentu ialah pintu kabinet dapur

Cove, perhatikan siku jubin [ mungkin terlalu kecil tak nampak ... ]

Lantai ruang makan

Lantai Master Bedroom

Ruang famili, bahagian atas

Dinding Ruang Famili bahagian atas, menghala ke bilik air

Bilik tetamu, atas.

Lantai Dapur basah

The Curve, pemandangan dari Dapur kering

Nampaknya, jubin telah siap dipasang. Kini menunggu pemasangan jubin di Para dapur dan bilik air.
Proses terakhir ialah mengemas keliling rumah serta menebang 4 batang pokok disekeliling.

Monday, March 17, 2008

Cat luar rumah hiliran

Keadaan rumah pada Disember 2007, sebelum projek ubahsuai di jalankan


Rumah Hiliran pada 16 Mac 2008.

Project delay ?? Yes, my expectation the project will finish by early Mac 2008, however my main contractor ask for extension another 2 weeks. Thats mean I will get my house key by early April 2008.
Not to worry so much, all running fine as per plan. In fact, the color scheme also 80% as per discussion.
As you can see, the house look more cheerful from outside. The yellow and White combination is really awesome!!
Look at the original house, look old, haunted and "kelam".


Thursday, March 6, 2008

Windows Hiliran 2008

Ini bukan nya windows Vista atau windows Longhorn. Tetapi adalah bentuk bentuk windows, dalam bahasa "tingkap".
Tingkap nako dan kayu masih dikekalkan di bahagian atas rumah.





Lihat, nampak sangat klasik. Ia dibuat sekitar tahun 1978.
Mengekal bentuk asal adalah satu kebanggaan kami.







Sentuhan pintu rumah bawah agak kotemporari.
Satu bentuk yang moden, gabungan frame berwarna "koko".
Dan pintu sliding kaca.





Ruang makan juga tidak ketinggalan mendapat tingkap yang tersendiri.
Lihat diluar, pemandangan hijau sangat cantik dari meja makan.
Impak cahaya dan udara segar disini menjadikan ruang makan sangat strategik.



Pemasangan tingkap di bilik bacaan.
Satu lagi revolusi pada rumah ini, bilik bacaan khas.






Bilik utama, mendapat 3 daun tingkap.
Kenapa ? Sebab utama supaya cahaya dan udara segar masuk sebanyak mungkin.







Ruang dapur basah. 2 daun tingkap.
Basin tempat basuhan betul betul mengadap tingkap.








Ini tingkap di ruang dapur kering sebelah kanan.





Ruang dapur kering juga mendapat tingkap.
1 disebelah kanan dan 1 lagi dibahagian belakang.
Moga ruang dapur ini menjadi ruang yang begitu ceria dan segar.
Tiada lagi kemuraman [ kurang cahaya ]

Sunday, March 2, 2008

Hasil cat dalaman : Satu evolusi


Konsep asal ruang tamu: Hijau [lime] dan Trim Pearl White.
Maka Bermulalah kisah ubah suai bahagian dalaman yang terduga ..







Lihat dinding setelah dicat dengan kolor "hijau limau".
Ianya seakan konsep ruang tamu diatas.
Dengan 2 "arch" dan pintu sliding Frame "Brown".
Kata orang Ganu "kaler koko".






Keadaan dinding setelah kerja kerja stuktur siap.
Cat putih dikenakan [ undercoat].








Bandingkan keadaan asal rumah ini.
Ruang ini sebenarnya hasil 2 buah bilik, laluan dapur dan laluan ke bilik air.
Lihat dinding ditebuk untuk membuat pintu sliding supaya cahaya dan udara masuk sebanyak mungkin.
Keadaan ini dirakam 2 bulan yang lalu.



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam takziah kepada sahabat dan rakan sekerja saya [ en Mazlan] yang baru kehilangan ayahnya Arwah Mardan Ismail. Moga arwah ditempatkan dikalangan Mukmin.
Juga buat arwah ayah saya yang tercinta yang telah pergi pada 27 hb Feb 2004. Marilah kita sama sama sedekah kan Alfatihah buat mereka yang telah pergi menemui NYA
Al- Fatihah

Corak Jubin


Susah juga nak menggambarkan corak jubin. Untuk itu kami telah sepakat untuk mengenakan lantai yang berwarna "cream" atau kekuningan sebagai asas tema.

Beberapa bentuk design corak telah diserahkan pada kontraktor untuk diteliti .

Lihat corak jubin sebelah kanan, corak bunga kuning akan digunakan diruang tamu untuk menampakkan kelainan.

Corak ini hanya akan digunakan pada 2x4 sahaja. Nantikan hasil corak ini nanti

Untuk bahagian lain [ selain dari diatas], kami memilih jubin kuning dengan corak geometri segi empat sama. Agak ekstrem juga pemilihan corak jubin ini untuk dipadankan dengan corak bunga diatas.





Bagaimana dengan jubin kolor "pink" tu ?
Kami rasakan kolor kuning lebih sesuai dengan konsep rumah ini.


ps: Pilih jubin lebih susah daripada memilih calon MP dan ADUN he he

Pemulihan : Kerja kerja atap

Atap Zink lama telah dibuang dan diganti dengan atap baru.
Kerja-kerja menutup sepenuhnya supaya air tidak mengalir melalui celah celah







Pekerja sedang menebuk sedikit dinding untuk memasukan sedikit bucu zink


Dengan penutupan ini , diharap tiada lagi 'tiris' air ketika hujan [ oh ya kumpulan Hujan tengah hangat ketika ini dengan lagu "Bila aku sudah tiada"]

Sunday, February 24, 2008

Rumah Hiliran Masuk Fasa hampir siap [1]

Keadaan ruang tamu. Serba putih tetapi akan di cat Hijau [ Elektrik Lime ]. Dan "trim" akan di biar cat putih [ Pearl white ]. Rujuk artikel disini untuk colour scheme rumah ini . Adakah sesuai perabot jati diletak disini ?

Barisan ruang kedai dihadapan rumah , bahagian bawah. 3 unit ini akan disewakan kepada mereka yang berminat.
Ruang Dapur basah, disini akan diletakan mesin basuh baju dan dapur. Kami juga merancang untuk mendapatkan freezer untuk menyimpan makanan segar seperti ikan dan daging.

Pandangan ruang dapur kering. Lihat sebelah kanan adalah ruang basin untuk basuh pinggan mangkuk. Tingkap yang lebih luas juga dibina untuk mendapatkan cahaya dan aliran udara secukupnya. Disini merupakan nadi rumah ini.

Penggunaan Kaca untuk membiarkan cahaya menembusi ruang makan menjadikan keadaan cukup cahaya dan tidak merimaskan.