Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, August 25, 2008

Antara Permatang Pauh dan Olimpik 2008

Tajuk nya sahaja sudah tiada kaitan. Begitulah kehidupan kita.
Cuma nak beritahu, Olimpik 2008 di juarai oleh China ..satu kejutan.
Adakah Permatang Pauh juga akan berlaku kejutan ?
Saya tidak terkeut kerana media massa begitu memainkan serangan "reverse psychology" terhadap pengundi dan juga rakyat Malaysia umumnya.
Kempen kempen BN lebih kepada betapa "Kerajaan" telah dizalimi, betapa secara halusnya menyatakan PKR akan membuat onar dan kacau bilau ...
Betapa bahaya nya jika PKR menang ...
Di tambah dengan kes kes pergaduhan, ingatan silih berganti Pak Menteri yang meminta tiada rusuhan atau pergaduhan dicetuskan ...
Polis yang secara proaktif telah mengembling begitu ramai tenaga ke Permatang Pauh ....

Benar lah ... Kita patut denda Wan Azizah kerana melepaskan tanggung jawab sebagai MP terlalu awal .... banyak wang dan tenaga habis begitu sahaja ...

Apa yang diharapkan ... keputusan Permatang Pauh menjadi satu keputusan yang berbaloi ..
Kepada pengundi PErmatang Pauh, sekali lagi selamat mengundi .....

Thursday, May 22, 2008

Ekoran Mahathir Keluar – Pemimpin UMNO Berkecamuk

Ditulis oleh MatStringer
Wednesday, 21 May 2008
Masing-masing terus memberi pendapat apabila diserang wartawan, akibatnya pemimpin UMNO berkecamuk sesama sendiri. Shafie Apdal berkata, perumpamaan "duri dalam daging" yang ditujukan oleh Musa Hitam kepada Dr. Mahathir adalah tidak wajar.
Katanya walaupun bertentangan pendapat, Musa Hitam tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian terhadap Dr Mahathir yang banyak memberi sumbangan kepada perjuangan parti dan pembangunan negara dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Sementara itu, Rafidah Aziz berkata tindakan Dr. Mahathir seolah-olah "membakar kelambu kerana marahkan nyamuk".
Rafidah juga seolah-olah menganggap Mahathir menjadikan UMNO sebagai 'tebusan' untuk mencapai cita-cita atau hasrat bagi kepentingan diri sendiri.
Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhamad Taib pula kelam kabut dan berkata, beliau akan turun padang memberi penerangan kepada anggota UMNO di semua peringkat mengenai tindakan Dr Mahathir.
Mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mendesak agar Abdullah melepaskan jawatan, Muhammad berkata, ia bukan budaya UMNO dan terserah kepada anggota parti untuk membuat keputusan pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Annuar Musa pula percaya tindakan Dr Mahathir keluar UMNO, mempunyai agenda tersendiri dan disertai dendam peribadi.

Katanya, tindakan Dr Mahathir itu lebih kepada sindrom kecewa berikutan tindakan Abdullah Ahmad Badawi mengubah dasar yang pernah dilaksanakannya sebelum ini dan bukan semata-mata kerana bangsa dan negara.
Kelmarin beberapa pemimpin UMNO telah pun 'merapu' macam-macam pasal hal Dr. Mahathir keluar UMNO.

Musa Hitam mengata tindakan Mahathir sebagai 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Mungkin dia tak boleh lupa peristiwa Dr. Mahathir memecatnya.
Musa juga berkata dalam jangka pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan

Ali Rustam mungkin lebih sayang kepada Mahathir, kerana dia dapat naik masa zaman Mahathir. Jadi dia minta Mahathir tarik balik keputusan

Ku Li pula dipercayai 'percaya' kata-kata bomohnya, yang dia akan jadi Perdana Menteri juga suatu hari nanti. Sebab itu dia tidak akan ikut jejak Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno, sebaliknya akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember ini

Azalina memang 'style' dia, tak boleh nak cakap lembut-lembut, walaupun nampaknya sekarang dia dah berhias 'sakan' baru bertukar jadi 'wanita'.

Azalina kata tindakan itu tidak menyelesaikan masalah , sebaliknya hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang.
Noraini Ahmad Si Ketua Puteri memang lah. Sebagai budak-budak baru dalam UMNO, mesti ungkit mengungkit. Dia kata tindakan Mahathir bertentangan dengan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada pemimpin muda sebelum ini
Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan Dr Mahathir untuk keluar Umno akan memburukkan lagi keadaan ketika parti sedang melalui suasana sukar.

Yang 'cool' sikit Mad Said kut? Dia boleh jadi gitu mungkin sebab telah melalui krisis pelantikan MB Terengganu baru ni.

Tuesday, April 1, 2008

Senario politik terkini Malaysia

Pilih yang paling layak -- Ahli UMNO mesti jujur, berani menentukan pemimpin – Hishammuddin

KUALA LUMPUR 31 Mac – Ahli-ahli UMNO mesti berani dan jujur untuk memilih serta menentukan siapa yang paling layak menerajui parti keramat itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan pilihan raya umum lalu menuntut ahli-ahli UMNO di semua peringkat supaya melakukan muhasabah diri dan menerima realiti senario politik negara pada hari ini. Berita lanjut klik disini


Sumber berita diatas dipetik 1 April 2008 [ Ini bukan April fool]

Betul lah kata Hishamudin tu, tapi apakan daya luka dan nanah telah lama ada barulah sekarang hendak merawatnya. Belum terlambat, silalah rawatnya.

Saya hendak beritahu contoh yang terang dan nyata pihak kerajaan tidak mempedulikan nasib rakyat bawahan :-

1. Krisis Minyak dunia: Alahai, kenaikan 30 sen tempoh hari sangat memberi kesan keatas kami. Kenaikan minyak 30 sen di ikuti dengan kenaikan barangan harian pengguna. Kerajaan kata akan pantau, yelah ..pantau ..tapi tiada kekangan yang berkesan untuk mengelakan kenaikan harga barangan berterusan. "Ubah gaya hidup" menjadi slogan kerajaan, dan berterusan menyalahkan kami rakyat marhain. Mana adil ?

Fakta kenaikan minyak : 17%

2. Konsesi TOL : Tiada kesudahannya ...ini semua salah penilaian. Buat infrastruktur yang terbaik untuk kami, kami terima dan bangga. Tetapi, janganlah ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Hidup di kotaraya KL, hampir tiada jalan yang tidak dikenakan TOL, kami akur, tetapi kenaikan TOL setiap 3 Tahun sekali tidak munasabah langsung !!! Konsep penswastaan yang telah disalah gunakan. Tidak bolehkah TOL itu ditiadakan ? Atau TOL itu ditetapkan pada kadar RM1 sahaja sehingga bila bila? Tidak bolehkah perjanjian ini dicapai ? saya pasti boleh, jika sebahagian kos pembinaan atau dana nya datang dari Kerajaan sendiri. Atau kerajaan sendiri yang membuat budget dan melaksanakan projek tersebut. Tentu boleh ..Malaysia Boleh ..!!!

3. Perbandingan yang memualkan. contoh .."kenaikan harga minyak kita yang paling rendah berbanding dengan Singapura ...etc etc ...". "Inflasi kita antara yang terendah ...di Asia". Kenaikan walaupun 5 sen akan diikuti oleh kenaikan barang barang lain. Contoh Tepung naik 5 sen [ 3% kenaikan], di ikuti dengan kenaikan Kuih muih sebanyak 10 sen [ dulu kuih 20sen] lihat kenaikan kuih tersebut 50% !!!

Contoh 2, TOL LDP dulu RM1.00 [ kalau tak silap] sekarang ?? RM1.60, berapa kenaikan ? 60% tau!! Kalau kenaikan 60% TOL ini akan dikuti dengan kenaikan barangan harian lain sekurang kurangnya 15 % - 20%.

Contoh 3, Kicap Habhal cap kipas udang [ Ini bukan keperluan harian, tetapi ramai yang beli ..] Dulu RM2.40 harga yang tertera, sekarang RM2.90 kenaikan 50 sen, Berapa peratus ?? 20.8% tau ... hasilnya, kos Ayam masak kicap naik, ikan masak kicap naik ..kita makan tengah hari kat kedai , dulu Ayam masak kicap Rm2.50 tetapi sekarang RM3.00 ...naik lak 50sen ..berapa peratus ?? 20% jugaaak! errr kerajaan boleh kawal ke yang ini ? Susah kan ..!! so mekanisme mengawal kenaikan ialah dengan mengawal harga barangan asas, minyak, TOL, Ikan, AYAM dll.

Kalau tanya pengeluar kicap, kenapa naik harga, jawabnya TOL dan minyak naik, upah pekerja naik.
Tanya pekerja, kenapa minta upah naik ? sebab minyak, TOL naik dan brangan harian naik ....last last jadi cerita bangau oh bangau ...tiada kesudahan nya

Berbalik kepada cerita Politik, nampaknya Laksamana kita dah terpekik. dan saya pasti akan diikuti dengan sahutan sahutan yang lain macam ayam berkokok dipagi hari [ err kat KL tak de ler ...]. Bagus lah tu, berkokok lah. Potong lah sebelah kaki yang dah busuk bernanah tu, buang lah jauh jauh. [ Lepas ni tempanglah ia ..selama lamanya ...]




Tuesday, March 18, 2008

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

Pihak desak PM letak jawatan dikutuk

KUALA LUMPUR 17 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

MBM yang mewakili 40 pertubuhan belia di negara ini berpendapat, ketika ini Perdana Menteri sebagai pemimpin utama negara memerlukan sokongan untuk menguatkan kerajaan dan beliau tidak seharusnya didesak.

Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, MBM yang mewakili generasi belia sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘MBM mengutuk keras tindakan segelintir pihak yang mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

‘‘Tumpuan yang perlu diberikan sekarang adalah bagaimana untuk menguatkan semula kerajaan, memelihara perpaduan kaum dan kestabilan negara,’’ katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MBM di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur.

sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2008

Apalagi UMNO ? Saya tak mo campor .. tapi kan lebih baik duduk same same semua dan berbincang dan bermuafakat. Apa la semua dok pakat guna suratkhabar sokong sane skong sini, kutuk sana kutuk sini. Ini kan masalah dalaman. Dok diam diam bincang secara dalaman udah lew ..

Saya nak ambik quote " Beliau berkata, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada sesuatu pihak sahaja dan meminta Perdana Menteri berundur."

Jadi sape yang salah ? Rakyat yang kuar mengundi ke yang salah ? Bukan cari salah tapi muhasabah diri sendiri dan kenapa anda semua ditolak begitu ... Ada yang cabar rakyat guna kuasa undi ..itulah padahnya ..

Yang saya nampak, banyak gula gula disuakan. Kata orang tua tua, yang benar itu pahit. Jika pahit telan jer la .. Sape yang berani nak mengata yang benar ?

Jadi tidak salah jika ada suara suara yang mintak kepimpinan UMNO sekarang meletak jawatan, sebab yang benar itu pahit. Yang manis itu gula gula yang membuai angan angan. Bak lagu Mawi "Angan dan sedar"

Saya tak nak menghasut ahli UMNO, tapi berkata benarlah semua, terimalah hakikat .

Yang benar itu pahit, sudah pasti.

Peace