Showing posts with label Kempen Turun Harga. Show all posts
Showing posts with label Kempen Turun Harga. Show all posts

Wednesday, July 9, 2008

Kempen 3: Belilah di kedai yang menjual pada harga murah

Saya menyeru kita semua membeli di kedai yang menjual harga yang murah.
Murah bukan bererti kita membeli beras hancur, ikan yang pecah perut atau bawang yang sudah busuk.
Murah jika dibandingkan dengan kualiti dan tawaran tawaran kedai lain. Janganlah kita abaikan soal keselamatan makanan. Ini penting, minda yang cerdas dari makanan yang bermutu !!

Di Bangi, saya mendapati Kedai Petronas menjual BERAS FAIZA tempatan pada harga RM28.00. Manakala di Fasa 1, BBB ada sebuah kedai yang menjual beras pada Harga Rm26.50. Ini sudah cukup murah jika dibandingkan dengan beberapa pasaraya "gergasi" lain yang menawarkan beras pada kualiti yang sama tapi pada harga yang jauh lebih tinggi sekitar RM40 ...mahal tuu.

Di pasar malam, terdapat peniaga yang menjual sayuran daun pada harga 50sen seikat ...okey lah ..
Cuma harga ikan basah tidak banyak beza antara peniaga pasar malam dan pasar raya!!
Jika tuan puan melayari internet, kita boleh mendapatkan banyak barangan pada harga yang murah ..kenapa tidak kita membeli nya ? Penjimatan penting untuk kita semua menghadapi kesan inflasi yang akan menunjukan taringnya sebulan dua lagi ...

Pesan saya, bersedialah ...

Friday, July 4, 2008

Kempen 2: Kesan kesan ke atas kita

Petikan penuh boleh di baca dari laman web Dr Mahathir http://www.chedet.com
Saya bukanlah pecinta Dr M, tetapi beberapa kenyataan menarik yang saya hendak kongsi supaya kita tidak leka. Kepayahan hidup hari ini bukanlah semata mata atas faktor tempatan, ia juga dipengaruhi faktor luaran. Kita terkena terus dengan faktor luaran tanpa ada apa apa penampan dari pihak kerajaan.
Kenapa saya berkat begitu ? Lihat lah harga Beras yang telah kerajaan canangkan ..Dunia kekurangan makanan ..harga beras dunia meningkat ..dan lain lain lagi ..
Akibatnya, harga beras di pasaran tempatan pun naik hingga 100% , sungguh kejam permainan perniagaan hari ini.
Saya tidak pasti, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi 2-3 tahun lagi ?
Sudahkah anda bersedia ?

Berikut petikan lama web Dr M. Baca dan hayatilah minda beliau
31. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.

32. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.

33. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.

Thursday, July 3, 2008

Kempen 1 : Turun harga barang keperluan

Jom Pakat Turunkan Harga Barang
Hari ini, marilah kita sama sama berjuang unutk menurunkan harga barang barang yang nampaknya naik menggila.
Tiada tindakan ataupun pelan yang benar benar berkesan.
Kesan kesan ini sangat buruk pada ekonomi kita untuk tempoh sekurang kurangnya 2-3 tahun.
Senarai Harga hari ini:-
  • Minyak Petrol : RM2.70/l
  • Beras : RM40/10kg untuk beras istimewa tempatan 5%
  • Tepung gandum : RM2.50/kg
  • Ayam bersih : RM7/kg
Kalau tuan tuan ada senarai harga barangan sila beri pada saya. Biar saya simpan buat graf unjuran sehingga 1 tahun.
Jom sama sama kita sumbangkan idea bagaimana kita harus bermula.
Isu beras : Kenaikan harga sehingga 100% dalam pasaran tidak dapat diterima. Malaysia sendiri menghasilkan 70% keluaran padi tempatan, makna nya hanya import 30%.
Takkan yang import dapat menentukan harga beras tempatan ??
Ada yang mengambil untung atas kesusahan kita ......
Harga sebelum: RM 2 /kg
Harga Selepas: Rm 4/kg
Jika tuan tuan menyimpan 10 tan metrik beras dalam stor pada harga lama, secara automatiknya tuan tuan akan mendapat untung sebanyak
== [ Harga Selepas - Harga Sebelum ] x [10 tan x 1000 kg/tan]
== RM2/kg x 10,000 kg
== RM20,000
secara sekelip mata pengedar beras dapat untung sebanyak RM20,000 .
Itu baru 10 tan, kalau ada beratus ratus tan macam mana ?Lu pikir ler sendiri

Berita pelik : Kes Liwat DSAI dan Saiful, Akuan bersumpah Raja Petra, Kes Altantuya, Kes Hakim Ian Chin dan pelbagai lagi kes sampingan

Jangan kita lari dari isu asal kita sebagai rakyat. Biar kan Berita pelik itu di selesaikan oleh mereka sendiri. Benar tetap benar. Hanya masa yang menentukan [ Seperti Hang Jebat ... ]