Monday, March 30, 2009

Healthy Children, Healthier Nation



Come to the Nutrition Month Malaysia 2009 Family Carnival

4-5 April 2009 in Mid Valley Convention Centre, Kuala Lumpur.

Free nutrition screening and lots of goodies!

Friday, February 27, 2009

Kembara Amal Jelajah Malaysia ( Tabung Dakap)


Kembara Amal bermula

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my


PESERTA Kembara Amal Jelajah Malaysia membuat kutipan derma bagi mengisi tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) di Terminal One Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Para peserta program Kembara Amal Jelajah Malaysia Selamatkan Gaza memulakan penjelajahan mereka ke seluruh Semenanjung hari ini dengan 40 buah motosikal berkuasa tinggi.

Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Abdullah berkata, program lima hari anjuran Utusan Malaysia dan IRM itu bertujuan mengutip sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap).

Katanya, sepanjang program berkenaan, peserta akan berhenti di 17 lokasi tumpuan ramai dan mengisi sumbangan yang diterima ke dalam 10 tabung yang dibawa bersama.

"Lebih menarik, seramai 100 individu yang menaiki motosikal berkuasa tinggi akan menanti di negeri lain dan menyertai program ini ketika peserta berhenti di lokasi terbabit.

"Kami menyasarkan kutipan RM100,000 sepanjang program ini," katanya pada majlis pelepasan peserta kembara tersebut di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin pada pukul 9.15 pagi.

Zawahir berkata, peserta akan berhenti di Terminal One Seremban, Universiti Multimedia (MMU) Melaka, Wetex Parade (The Store) Muar, Plaza Angsana Johor Bahru dan Danga Bay Johor Bahru.

''Destinasi lain ialah bandar Mersing (hadapan Maybank), Masjid At-Taqwa Pekan, Kuantan Parade Kuantan, pekarangan TNB Kemaman, Pasaraya Mydin Kuala Terengganu dan KB Mall Kota Bharu.

"Selain itu Kayangan Square Kangar, Alor Setar Mall, Giant Sungai Petani, Genuine Bike Centre Seberang Perai, RKM Juru dan Greentown Mall Ipoh," katanya.

Sebarang maklumat lanjut termasuk waktu dan hari peserta akan mengunjungi setiap destinasi boleh didapati dengan menghubungi Rosnita di talian 04-7321812.

Thursday, February 26, 2009

Kembara Amal Jelajah Malaysia! Selamatkan Gaza oleh SuperbikeMalaysia.com

Pagi tadi saya berkesempatan datang ke acara Flag Off di Sri Utusan, BangiTujuan utama jelajah ini untuk mengutip Derma dan disumbangkan ke pihak Palestine. Cerita lanjut di Superbikemalaysia.com klik sini --> http://superbikemalaysia.com/pages/gaza/

Ini sedikit gambar yang saya rakam kan menggunakan HP ...




Ini serba sedikit jadual jelajah ini.
Kepada yang berkelapangan silalah hadir ke lokasi yang di sebut

Hari 1 - 26 Feb 2009:

10am: Di jangka tiba di Terminal One , Seremban.

12noon: Di jangka tiba di Universiti Multimedia, Bukit Beruang, Melaka.

2pm: Di jangka tiba di Wetex Parade (The Store) Muar.

5pm: Di jangka tiba di Plaza Angsana, Johor Bharu

9.00pm: Di jangka tiba Danga Bay, Johor Bharu.


Hari 2 - 27 Feb 2009:

10am: Di jangka tiba di bandar Mersing. Berhadapan bangunan MAYBANK.

12.30noon: Di jangka tiba di Masjid At-Taqwa, Peramu, Pekan. Solat Jumaat.

4pm: Di jangka tiba di Kuantan Parade, Kuantan.


Hari 3 - 28 Feb 2009:

9am: Di jangka tiba di perkarangan TNB, Kemaman.

12noon: Di jangka tiba di MYDIN, Kuala Terengganu.

3pm: Di jangka tiba di KB Mall, Kota Bharu.


Hari 4 - 01 Mac 2009:

12noon: Di jangka tiba di Kayangan Square, Kangar.

2pm: Di jangka tiba di Alor Setar Mall, Alor Setar.
4pm: Di jangka tiba di Giant, Sg Petani.

5.30pm: Di jangka tiba di Genuine Bike Centre , Seberang Perai.


Hari 5 - 02 Mac 2009:

10am: Di jangka tiba di RKM, Juru Auto City.

1pm: Di jangka tiba di Greentown Mall, Ipoh.

5pm: Di jangka tiba di Ibupejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin untuk penyerahan kutipan derma.


TAMATLAH ACARA "KEMBARA AMAL JELAJAH MALAYSIA-SELAMATKAN GAZA!"


Sumbangan anda boleh dihulurkan di dalam bentuk TUNAI ataupun CEK di atas nama ISLAMIC RELIEF MALAYSIA BERHAD