Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru 2008



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari Guru buat guru guru saya :-

  1. Imam Said dan Isteri [ Guru Al quran saya]
  2. Guru guru Sekolah Kebangsaan [F] Bukit Mendi, Triang terutama yang mengajar dari tahun 1979 hingga 1984; Teristimewa buat Cikgu Kamaludin, Cikgu Othman dan Cikgu Bahari
  3. Guru guru Sek Menengah Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan terutama yang mengajar dari sessi 1985 hingga 1989;
  4. Guru guru Matrikulasi saya; Matrikulasi UKM 1990-91, Cikgu Jaafar, Cikgu Puspa, Cikgu Adnan
  5. Matrikulasi UKM 1991-1992; Cikgu Azhar, Cikgu Yati, Cikgu Azila
  6. Pensyarah saya di UKM 1992-1997; terutama Prof Abu, Prof Latif
  7. Family saya yang menjadi guru; Cikgu Yah, Cikgu Nah, Cikgu Na, Cikgu Alan & Isteri, Cikgu Siti
  8. Semua guru guru yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak langsung
  9. Semua guru - guru di Malaysia
  10. Dan Guru guru di Sekolah SK Seremban 2B
Selamat Hari Guru -> Guru Umpama lilin, terbakar untuk menerangi insan lain.
Jasa mu tidak terbayar, moga Allah sahaja yang melimpahi nikmat dan berkat pada kalian semua.
Amin

Tuesday, May 13, 2008

The Saga between Us, Goverment and Conglomerate

Tolak permohonan halang bina tembok penghadang

KUALA LUMPUR: Harapan kira-kira 30,000 penduduk untuk mengekalkan menggunakan laluan ke Bandar Mahkota Cheras, Kajang, 'musnah' selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi mereka bagi menghalang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd, membina semula tembok penghadang di persimpangan ke kawasan berkenaan.


Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee membuat keputusan itu dalam kamarnya, menolak permohonan injunksi Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras, Tan Boon Wah, yang difailkan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Muhamad Ideres tidak mengarahkan sebarang perintah kos berhubung kerosakan penghalang jalan itu.

Tan diwakili peguam Yap Boon Hau dan Teo Nie Chiang yang juga Ahli Parlimen Serdang, manakala peguam Logan Sabapaphy mewakili Grand Saga.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Penduduk Taman Desa Permai, Taman Bukit Permai dan Taman Makmur di Bandar Sungai Long, Kajang, terpaksa melakukan sendiri operasi mengalihkan batu di Jalan Bukit Permai 1 dan Jalan Shahbandar 24/6, Bandar Mahkota Cheras sebagai langkah terakhir supaya persimpangan terbabit boleh dilalui penduduk sekitarnya. sumber www.hmetro.com.my
++++++++++++++++++++++++
Fakta:-
  • Grand Saga Sdn Bhd was incorporated 26 July, 1991
  • The company was entrusted by the Government to undertake the design, construction, maintenance and operation of the privatized section of the Federal Route 1; namely, the Cheras – Kajang Highway
  • The Concession Agreement signed on 19 September 1995 granted Grand Saga a concession period of 30 years on a build, operate and transfer (BOT) basis
  • The company started collecting toll with effect from 15th January 1999 at the two toll plazas along the highway; one at Batu 9, Hulu Langat and the other at Batu 11, Cheras.
  • Grand Saga is a consortium of three companies, namely, Peak Synergy Sdn Bhd, Europlex Consortium Sdn Bhd and Cerah Sama Sdn Bhd
Who is the boss now ?

Thursday, May 8, 2008

Allahyarham Muhammad Hambali Bin Mustafa


Nama: Muhammad Hambali Bin Mustafa
Lahir: 25 August 1989
Meninggal: 6 May 2008 [ jam 11.30 pm]
Sebab: Pendarahan teruk di kepala akibat kemalangan Motorsikal
Tempat: Hospital Selayang Selangor
Usia: 18 Tahun 9 bulan

Dear my friends and surfers,
Let us recite Al-Fatihah for Arwah. Let him rest in Peace in "Alam Barzakh".
Arwah is my nephew, live with us since his mother died in 1997 [ He was 8 years old that time].
I miss him so much, for the last 3 month, never had a chance to meet him.
For the last, my pray for him to be place within "mukmin" . Al fatihah


Bila Aku Sudah Tiada Lirik :-

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…