Wednesday, April 30, 2008

www.batik4u.com



Alhamdulillah, projek kedai online sampai ke fasa ke dua. Fasa pertama, mendapatkan rupa bentuk dan design telah 99% siap. Walaupun begitu, jika ada kesempatan saya akan memperkemaskan lagi rupa paras kedai ini.

Fasa ke dua ialah memasukkan element pembayaran secara online. Setakat ini 2 "local Payment gateway" telah dikenalpasti.

Target kedai dibuka pada 1 Jun 2008 masih mengikut jadual ...insyallah
Pada pengunjung yang dihormati, anda digalakan memberi komen disini supaya saya boleh mempertingkatkan laman kedai batik4u.com.
Mungkin tuan puan mempunyai idea yang lebih baik atau sekadar idea ...coretlah disini ..

Bila online sahaja kedai ini[ sekarang pun dah online cuma modul pembayaran COD], boleh lah saya mengajar kepada yang berminat untuk membuka kedai online ...
Kata orang, pengalaman itu menjadi guru terbaik. Berilmu tapi tidak disebarkan tidak mendatangkan apa apa manfaat.
Insyallah ... ilmu yang sedikit ini nanti akan dikongsikan bersama ...amin

-2 am [ Waktu menunggu MU vs Barcelona ]

Tuesday, April 29, 2008

LHDN dan Anda

Hari ini adalah hari ke 2 terakhir untuk anda, rakyat Malaysia yang baik hati untuk memulangkan atau mengisi borang cukai 2007.
Bagi yang belum berkesempatan, silalah lah ke LHDN yang terdekat kerana pegawai pegawai LHDN berhempas pulas bekerja dari Jam 8pagi sehingga lewat Malam [ Sore]
Bagi yang mempunyai akaun online, anda perlu membuat dan mengesahkan penghantaran borang cepat cepat. Walaupun online, saya pasti pada saat saat terakhir begini talian internet LHDN pasti akan mengalami jam seperti Kuala Lumpur di pagi hari. Ya Sesak.

Saya sendiri mengambil 2 hari untuk menyiapkan e-filing saya, dan nasihat terbaik saya, buatlah di awal pagi 2-6 pagi ..laju ....

Kalau anda jenis yang kurang ilmu IT, teruskan lah ke kaunter LHDN yang saya pasti hari ini dan esok sangat ramai pengunjungnya.

Makluman: Jika anda lewat menyerahkan borang penyata cukai anda, anda akan dikenakan denda tambahan sekurang kurangnya RM50.00 [ Banyak tuuu ..dapat piza combo special 2 biji lagi...]

Berikut sedikit maklumat untuk dikongsi bersama :-

E-Filing [ Online ]
URL https://e.hasil.org.my
atau laman web utama LHDN http://www.hasil.org.my

Pengguna e-Filing 2007

Pembayar cukai yang telah menghantar borang cukai secara
e-Filing pada tahun 2007 tidak akan menerima cetakan borang
cukai manual dari LHDNM. LHDNM beranggapan mereka akan
terus menggunakan Sistem e-Filing 2008 kerana telah
mempunyai Sijil Digital. Seterusnya…

2 hari lagi
62 hari lagi

Tarikh Akhir Permohonan PIN Melalui E-Mel Dan Faks Adalah Pada
25 April 2008. Sila Klik Di Sini.

Permohonan PIN Yang Telah Dibuat Sebelum 25 April 2008.
Sila Klik Di Sini.

Sunday, April 27, 2008

Be proactive #2

Leader dalam office mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai sikap merancang kehadapan dan meneroka segala isu isu atau masalah yang akan berbangkit kemudian. Mereka meramalkan masalah, sentiasa peka pada keperluan semasa dan bertindakbalas, dan juga sentiasa menimbangkan langkah langkah wajar sebelum bertindak.
Bila situasi ramalan berlaku, mereka akan mengutarakan pemikiran berikut; "What if thinking"
  • Apa yang ada dihadapan?
  • Jika ia berlaku, apakah reaksi mereka ?
  • Siapakah yang terlibat ?
  • Apakah akibatnya ?
  • Patutkah kita ambil tindakan ?
  • Jika kita bertindak, apakah yang mesti kita lakukan ?
  • Bagaimana jika kita tidak ambil pusing [ignore] ?
  • Akibat yang manakah akan berlaku ?
Jadi, memang patut setiap dari kita mengambil masa 15 hingga 30 minit setiap pagi memikirkan perkara perkara di pejabat. Cubalah tanya diri sendiri dengan persoalan persoalan diatas ... masalah harian yang sering kita hadapi, tetapi kali ini kita memikirkan masalah masalah tersebut secara tersusun dan kita menyusun strategi strategi bagi mencari jalan keluar atau strategi strategi mengelakan kita dari bertembung dengan masalah tersebut.
Ambillah prinsip ..plan to fail ..supaya kita lebih bersedia...