Thursday, January 24, 2013

CERPEN: Ninja Tua

Kisahnya bermula begini...

Selasa, 14 April 2009. Jam menunjukan pukul 10.30 malam, aku pula kusyuk membaca artikel dari internet aah semuanya berkenaan projek aku yang terbaru ...tiba tiba handphone ku berdering ....ku kenal bunyi itu ..dan juga nombor yang tertera ...ya itu panggilan dari Ibu di kampung ..

Pasti ada khabar kurang enak yang Ibu mahu beri tahu ...ku angkat dan segera ku menjawab ....

"Assalamualaikum ....Mak ..apa khabar ...?"

Ibu segera memberitahu ...

"uda, Acik baru sahaja meninggal dunia ...sakit tua ..." ringkas, padat dan membuat aku termanggu seketika ..

"ok ..Yang lain lain mak dah beritahu .." ujar Ibu ku ..

Teringkat aku pada Arwah, kali terakhir aku melawat beliau ialah pada hari raya Haji yang lalu .. memang sudah ku tahu, semenjak arwah kena strok beberapa tahun yang lalu, arwah sudah tidak sihat ..dan kebelakangan ini arwah tidak berupaya menguruskan diri sendiri ....semuanya dibantu oleh Isteri beliau dan anak lelaki nya ...alhamdulillah ...

Belangkasuwa: Arwah Hj Manhuri, bapa kepada 6 anak lelaki dan 1 perempuan merupakan guru Al-quran dan Imam di Surau dihadapan rumahnya. Anak sulong beliau, Haji Aripin juga sudah kembali ke rahmatullah 2 tahun yang lalu ...Al fatihah ..

Ku tutup komputer dan segera memberitahu isteriku tentang pemergian arwah.

"Yang, esok saya akan pergi melawat arwah di Bukti mendi, pahang"

Memang sudah ku tahu, isteriku tidak mahu mengikut kerana aku bakal menimang seorang lagi cahaya mata yang ke tiga Alhamdulilah ...orang tengah mabuk mabuk dan asyik kepenatan sahaja ...

"Ayang pergi sorang je ...lah"

Kebetulan, anak sulong kami, Yasmin perlu menghadiri Kuiz kerjaya pada hari Rabu. Aku segara membuat keputusan ...

Aku akan pergi esok hari dengan menaiki Motor Ninjaku ...ah akhirnya aku akur juga....


Rabu

Pagi pagi lagi aku sudah bangun dan bersiap. Seperti biasa, aku ke dapur dan menyiapkan sarapan pagi buat anak anak ku dan isteriku. Ini adalah rutin harian ku semenjak aku berhenti kerja . Ya ..aku memang berehat .....seketika sebelum aku kembali bekerja ....pagi ini hujan ...

Jam 8 pagi, aku segara menyarung jaket, boot, sarung tangan dan Helmet Fullface ...hujan belum mahu reda, ah ku teruskan perjalanan ini, takut pula terlewat nanti ...beg pula ku isi dengan sebotol air dan baju Hujan yang lengkap....manalah tau kalau hujan benar benar lebat ...

Ku mulakan dengan Bismilah ..dan terus ku pacu motorsikal ku ke Seremban melalui LEKAS. Hujan sepanjang jalan sehinggalah ke Kuala Klawang ... Motor ku pulas lembut dan juga tidak ku bawa laju ...jalan licin dan basah ...hati hati ..

Pukul 10.15 pagi, aku sampai ke destinasi ku, jiran jiran dan orang tua semua sudah berkumpul di sekeliling ...
...
...
...
Memori lama ..beberapa draft asal posting untuk blog hiliran yang tidak sempat ku habiskan ...Alfatihah buat Ayahku Saleh Hassim, Nenek Salamah , Hj Manhuri, Hj Ariffin, Arwah akak Iparku Rohana Rejab, Arwah  Uci (sepupuku), Arwah Hambali Mustafa ( Anak buah).